BATANG KALI: Sebanyak 15 daripada 24 mayat mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, di sini, telah diserahkan kepada waris dan keluarga pada Sabtu.
Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, ia melibatkan mangsa dua lelaki dewasa, lapan perempuan dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.
Kata beliau, ia menjadikan setakat ini, sembilan lagi mayat masih berada di Hospital Sungai Buloh.
“Keseluruhan (mayat) ada 15. Kita masih ada baki sembilan lagi mayat yang masih berada di hospital untuk tujuan bedah siasat dan pengecaman waris,” katanya dalam sidang media, di sini, pada Ahad.
Dalam masa sama, Suffian menggesa, waris, keluarga atau rakan kepada sembilan mangsa yang terkorban tampil membuat pengecaman di hospital.
“Kita mohon pada waris dan keluarga serta rakan terlibat supaya pergi ke hospital Sungai Buloh untuk membuat pengecaman dan mengenal pasti mayat bagi memudahkan urusan pengembalian kepada waris.
“Ada sembilan lagi mayat di Hospital Sungai Buloh. Saya minta keluarga dan rakan datang ke balai polis dan hospital kerana kita ada pasukan khas untuk menguruskan dokumentasi dan penyerahan kepada keluarga terlibat,” ujar beliau lagi.
Rahimah Abdullah
Sun Dec 18 2022
Sebanyak 15 daripada 24 mayat mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, di sini, telah diserahkan kepada waris dan keluarga pada Sabtu.
Tumpuan Khamis – 16 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
10 Berita Pilihan - (15 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Petros dan Sarawak komited untuk bekerjsama dengan Kerajaan Persekutuan, PETRONAS
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghargai pengiktirafan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sebagai agregator gas tunggal di Sarawak.
15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.
'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Khairunnisa kuasai scratch elit wanita
Pelumba berbasikal trek pelapis wanita negara Khairunnisa Aleeya Saifulnizam mempamerkan kayuhan bertenaga untuk memenangi perlumbaan scratch elit wanita pada Siri Trek ASEAN (Piala Presiden).
Tanah Runtuh Batang Kali: Operasi SAR diteruskan untuk pembersihan, siasatan
Komander operasi rakam penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses mencari dan menyelamatkan mangsa.
Tanah Runtuh Batang Kali: Mayat ke-26 lelaki dewasa ditemui - Bomba
Mayat mangsa ditemui sekitar pukul 11.16 pagi di sektor B.
Tanah Runtuh Batang Kali: Tiga anggota SAR alami masalah kesihatan
Turut mengalami masalah kesihatan ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Datuk Norazam Khamis.
Tanah Runtuh Batang Kali: Tiada petunjuk positif kesan sembilan mangsa hilang
Operasi SAR kini tertumpu kepada timbunan tanah dan kenyataan daripada saksi.
Tanah Runtuh Batang Kali: Jabatan Forensik HSB lengang sejak pagi tadi
Hanya pengamal media yang berada di pekarangan jabatan berkenaan sejak awal pagi ini.
Tanah Runtuh Batang Kali: "Semua petugas cekal, sudah terlatih meskipun berdepan cabaran" - KPN
Ketua Polis Negara hargai komitmen pasukan petugas operasi SAR.
Tanah runtuh Batang Kali: 6 daripada 21 mangsa meninggal dunia dikenal pasti - NADMA
Enam daripada 23 manga yang meninggal dunia telah dikenal pasti melalui proses pengecaman oleh waris atau melalui ujian cap jari.
Tanah runtuh Batang Kali: Tanih tepu dipercayai punca utama tanah runtuh - Pakar
Tanih yang tertepu dengan kelembapan akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lepas dipercayai antara punca berlakunya insiden tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father's Organic Farm.
Tanah runtuh Batang Kali: Syarikat kendali tapak perkhemahan tiada lesen
Syarikat tersebut hanya diberikan lesen pembangunan kebun organik dan bukan lesen untuk melakukan aktiviti perkhemahan.