Jawatankuasa Geopark Kebangsaan telah menerima sebanyak 15 pencalonan dari seluruh negara kecuali Melaka dan Negeri Sembilan untuk dipertimbangkan bagi mendapat pengiktirafan Geopark Kebangsaan, kata ahli pakar jawatankuasa itu, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo di sini hari ini.
Katanya pencalonan-pencalonan ini dikemukakan berikutan minat yang semakin meningkat dalam kalangan negeri-negeri berkenaan untuk mewujudkan tapak geopark berikutan kejayaan yang dicapai oleh Langkawi sejak mendapat pengiktirafan Geopark Global oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
"Kita sedang bekerja keras untuk membantu mereka mewujudkan Geopark Kebangsaan (di negeri masing-masing)," katanya kepada pemberita selepas pelancaran logo baharu Langkawi UNESCO Global Geopark dan program Geokomuniti oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Tan Sri Khalid
Ramli di sini.
Geopark merupakan sesuatu kawasan yang memiliki tapak warisan geologi yang boleh digunakan bagi tujuan pemeliharaan, pendidikan dan pembangunan secara lestari dan Prof Ibrahim berkata pengwujudan Geopark Kebangsaan ini menjadi langkah permulaan sebelum menjadi geopark bertaraf dunia menerusi pengiktirafan UNESCO.
"Ini adalah formula yang digunakan di Jepun dan China yang telah mewujudkan geopark kebangsaan dulu, lepas itu barulah dinilai sebelum disyorkan untuk menjadi geopark global," katanya.
Bernama
Sun Feb 28 2016

Kejayaan tapak geopark di Langkawi memberi inspirasi kepada negeri-negeri lain untuk mencalonkan tapak geopark masing-masing. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bukit, gua batu kapur sepatutnya jadi milik kerajaan negeri - Pakar
Ibrahim mendapati sukar untuk mendekati dan menerokai bukit atau gua batu kapur kerana kebanyakan jalan adalah hak peribadi, dipagar atau dikawal.

Banjir: Fahami fenomena bantu minimumkan kesan
Masyarakat memperkatakan perihal bencana seperti banjir dan tanah runtuh sebagai dua perkara berbeza, sedangkan ia satu proses geologi berantai.

Langkawi terima kad hijau, kekalkan status Global Geopark kali ketiga
Berdasarkan maklumat awal yang diterima, UNESCO Global Geopark berpuas hati dengan pelaksanaan konsep geopark di Langkawi.

Hanya pembangunan menguntungkan rakyat dilaksanakan di Langkawi
Pembangunan yang dirancang di Langkawi hanya akan dilaksanakan selepas mengambil kira semua aspek yang memberi manfaat kepada penduduknya.

'Malaysia kena tempias tsunami 500 ribu tahun lagi' - Ibrahim
Negara akan mengalami tempias seperti Tsunami Lautan Hindi yang berlaku pada 2004 dalam masa 500 ribu tahun lagi.Teori itu mungkin menjadi lebih awal dengan situasi bencana iklim yang makin serius.

15 pencalonan diterima untuk menjadi tapak Geopark Kebangsaan di Malaysia
Pencalonan dikemukakan berikutan minat yang semakin meningkat dalam kalangan negeri-negeri untuk mewujudkan tapak geopark.