KUCHING: Sebanyak 15 projek infrastruktur Kementerian Kerja Raya di Sabah dan Sarawak diklasifikasikan sebagai projek 'sakit' yang lewat pembinaan serta gagal siap mengikut jadual.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata antara projek tersebut adalah pembinaan Hospital Petra Jaya (HPJ) di Sarawak yang terbengkalai sebelum ini.
Beliau berkata kontraktor penyiap baharu juga telah dan akan dilantik kementeriannya bagi menyiapkan projek-projek tersebut.
"Di Sabah dan Sarawak terdapat 15 projek sakit yang telah dibatalkan kontraknya dan akan dilantik kontraktor penyiap yang akan menyelesaikan projek tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pecah tanah projek pembinaan jalan akses ke kawasan selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) di sini hari ini.
Pada 26 September, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kontraktor penyelamat telah memulakan projek menyiapkan baki kerja terbengkalai HPJ sejak awal tahun ini dan hospital berkenaan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2024.
Mengenai jalan baharu ke KIA itu, Fadillah berkata ia melibatkan pembinaan jalan sepanjang 6.2 kilometer dari persimpangan Stutong hingga ke persimpangan Bukit Berangan di sini.
Beliau berkata projek bernilai RM112.9 juta itu dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2024.
"Projek ini amat penting bagi menangani trafik di kawasan sekitarnya kerana kawasan ini sering menjadi tumpuan kenderaan yang datang dari Samarahan, Serian serta bandar Kuching sendiri.
"Pembinaan jalan baharu ini juga diharap dapat membantu menjana ekonomi penduduk tempatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 13 2021
FADILLAH: Di Sabah dan Sarawak terdapat 15 projek sakit yang telah dibatalkan kontraknya dan akan dilantik kontraktor penyiap yang akan menyelesaikan projek tersebut - Astro AWANI
MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.
Hujan lebat banjiri khemah di selatan Gaza, menambah derita rakyat Palestin
Golongan yang terpaksa berpindah kini berdepan dengan keadaan yang sangat mencabar akibat kesejukan dan angin kencang.
Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan
Menurut kementerian, jumlah korban termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.
Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.
Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025
Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau.
Amarjit dipilih presiden ACC, lakar sejarah unik dalam keluarga
Amarjit menewaskan Presiden Majlis Olimpik Indonesia Raja Sapta Oktohari dengan keputusan 24-17 undian.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi menerusi kerjasama NAIO-GAIV
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata hasrat berkenaan disasarkan untuk dicapai dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras di lokasi sambutan Thaipusam
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, dari 10 hingga 12 Feb ini.
Daripada hobi ke warisan, 20 tahun reka kavadi untuk Thaipusam
Bagi Pragalathen seni menghasilkan kavadi yang rumit dan berwarna-warni itu, bukan sekadar perniagaan semata-mata tetapi lebih kepada hobi dan minat yang mendalam.
Tujuh jalan di sekitar Batu Caves ditutup secara berperingkat sempena Thaipusam
Tujuh jalan di sekitar Batu Caves akan ditutup secara berperingkat mengikut keadaan semasa mulai tengah malam Ahad ini sehingga 14 Feb, sempena sambutan Thaipusam.
Pindaan Akta Pemajuan Perumahan dijangka dibentang di Parlimen tahun depan - Nga
KPKT sedang giat melakukan libat urus dengan pemegang taruh bagi memastikan pindaan itu akan memberi keadilan kepada semua pihak termasuk pembeli hartanah.
KPKT berjaya pulih 10,560 perumahan swasta dengan GDV RM8.23 bilion
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya memulihkan 10,560 perumahan swasta daripada 88 projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) mencecah RM8.23 bilion setakat Februari lepas.
301 projek sakit libat 38,572 unit rumah selesai, pulih tahun ini
Sebanyak 301 projek perumahan swasta yang sakit atau terbengkalai melibatkan 38,572 unit kediaman berjaya diselesaikan dan dipulihkan pada tahun ini.
KPKT peruntuk RM3.4 juta bagi pemulihan 6 projek terbengkalai di Kelantan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM3.4 juta bagi pemulihan enam projek terbengkalai di Kelantan, tahun ini.
31 projek perumahan swasta sakit dipulihkan pada Mei
Sebanyak 31 projek perumahan swasta sakit melibatkan 3,299 unit rumah dipulihkan dalam tempoh 1 hingga 31 Mei 2023, kata Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
166 projek rumah lewat siap, 437 sakit dan 115 terbengkalai dikenal pasti
Secara keseluruhannya tahun ini, KPKT mengunjurkan terdapat 354 projek lewat dan 538 projek sakit sekiranya tiada intervensi daripada kerajaan.
KPKT komited tangani projek perumahan sakit, terbengkalai
Ismail berkata, setakat ini, sebanyak 16 projek perumahan terbengkalai sedang dipulihkan.
Isu JKMPay, projek kerajaan terbengkalai antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Pertanyaan mengenai isu berkenaan akan dibangkitkan semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
15 projek 'sakit' di Sabah dan Sarawak - Fadillah
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata antara projek tersebut adalah pembinaan Hospital Petra Jaya (HPJ) di Sarawak yang terbengkalai sebelum ini.
78 projek perumahan swasta terbengkalai di Semenanjung Malaysia - Reezal
KPKT sasarkan tujuh projek terbengkalai dapat dipulihkan menerusi pendekatan rundingan, mudah cara dan penguatkuasaan.