KUALA LUMPUR: Seramai 150 kaunselor dan pakar psikologi dilibatkan di semua universiti awam negara bagi memantau kesihatan mental penuntut sepanjang proses pembelajaran dalam tempoh pandemik COVID-19.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Ahmad Masrizal Muhammad berkata pengurusan tekanan itu dilaksanakan melalui talian psikososial (telekaunseling) dan secara maya bagi penuntut yang menghubungi kaunselor dan pakar psikologi terlibat.
"KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) amat mengambil serius mengenai tahap kesihatan mental pelajar sepanjang mereka menjalani proses pembelajaran di rumah sepanjang kawalan pergerakan akibat pandemik COVID-19. Pelajar amat digalakkan supaya menghubungi talian kaunseling yang disediakan melalui nombor di laman web universiti masing-masing," katanya ketika sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Rohani Abdul Karim (BN-Batang Lupar) yang mahu kementerian menyatakan langkah bagi memantau kesihatan mental pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) ekoran bebanan tugas dan masa kuliah yang padat sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara.
KPT dengan kerjasama Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti Awam Malaysia (MAKUMA) juga dalam proses membangunkan modul Kesihatan Mental Pelajar IPT bagi menangani tekanan, kemurungan dan kebimbangan penuntut yang bakal dilancarkan Oktober ini. MARI PANTAU APA AHLI PARLIMEN ANDA BUAT SEPANJANG PERSIDANGAN PARLIMEN
Ahmad Masrizal berkata setakat ini sebanyak 160 program dan aktiviti pengurusan tekanan dilaksanakan secara dalam talian oleh universiti awam di samping dua program dilaksanakan oleh KPT tahun lepas dan lima lagi dirancang dilaksana tahun ini.
KPT juga melaksanakan program sama di politeknik dan kolej komuniti seluruh negara apabila turut merancang 10 program psikologi di peringkat kebangsaan dan 118 program di peringkat institusi tahun ini, katanya.
Bernama
Thu Sep 23 2021
![150 kaunselor, pakar psikologi pantau kesihatan mental penuntut universiti awam 150 kaunselor, pakar psikologi pantau kesihatan mental penuntut universiti awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41630076028_TimbalanMenteriAla.jpg)
Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata pengurusan tekanan itu dilaksanakan melalui talian psikososial (telekaunseling) dan secara maya bagi penuntut yang menghubungi kaunselor dan pakar psikologi terlibat. - Foto fail
![3 maut, 4 hilang selepas bot laju terbalik di Kalimantan Utara 3 maut, 4 hilang selepas bot laju terbalik di Kalimantan Utara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739222026_KalimantanUtara.jpg)
3 maut, 4 hilang selepas bot laju terbalik di Kalimantan Utara
Sebuah bot laju yang membawa 30 penumpang terbalik di Bulungan, Kalimantan Utara pada Isnin.
![Penglibatan lebih ramai pemain industri, pekebun kecil tingkat pengeluaran koko negara - Johari Penglibatan lebih ramai pemain industri, pekebun kecil tingkat pengeluaran koko negara - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739223619_JohariAbdulGhani.jpg)
Penglibatan lebih ramai pemain industri, pekebun kecil tingkat pengeluaran koko negara - Johari
Negara pada masa ini hanya mampu menghasilkan kira-kira 450 tan biji koko setahun, berbanding 300,000 tan setahun sekitar 20 tahun lepas.
![Lebih 50 peratus rakyat Amerika setuju dengan prestasi kerja Trump - Tinjauan Lebih 50 peratus rakyat Amerika setuju dengan prestasi kerja Trump - Tinjauan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738813756_DonaldTrump.jpg)
Lebih 50 peratus rakyat Amerika setuju dengan prestasi kerja Trump - Tinjauan
Pada masa sama, 47 peratus responden tidak bersetuju dengan prestasi Trump di Rumah Putih.
![Sarawak tingkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial - Abang Johari Sarawak tingkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739181364_AbangJohari.jpg)
Sarawak tingkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial - Abang Johari
Sarawak meningkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial dengan memanfaatkan sumber hidrokuasanya yang berlebihan bagi memenuhi permintaan Asia yang semakin bertambah terhadap bahan api bersih.
![Vaksin influenza percuma untuk warga emas langkah progresif, tingkatkan kesejahteraan di usia emas Vaksin influenza percuma untuk warga emas langkah progresif, tingkatkan kesejahteraan di usia emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652936420_Vaccine.jpg)
Vaksin influenza percuma untuk warga emas langkah progresif, tingkatkan kesejahteraan di usia emas
Warga emas iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas akan menikmati vaksin influenza secara percuma bermula 18 Februari 2025.
![Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681454653_BazarRamadan.jpg)
Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan
Kerajaan Melaka akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik lesen dan menyenaraihitamkan peniaga yang dikesan menjual lesen perniagaan bazar Ramadan kepada pihak ketiga.
![Insinerator Batu Arang: Kerajaan negeri terbuka dengan kritikan, pandangan penduduk Insinerator Batu Arang: Kerajaan negeri terbuka dengan kritikan, pandangan penduduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739195288_TBNgSueeLim.jpg)
Insinerator Batu Arang: Kerajaan negeri terbuka dengan kritikan, pandangan penduduk
Selangor sentiasa terbuka mendengar pandangan penduduk berhubung pembangunan loji rawatan termal atau insinerator di Batu Arang, Rawang antaranya dengan mengadakan sesi pendengaran awam.
![Fahmi tinjau integrasi 5G di RGTSU Melaka Fahmi tinjau integrasi 5G di RGTSU Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739194097_FahmiFadzil.jpg)
Fahmi tinjau integrasi 5G di RGTSU Melaka
Menteri Komunikasi tinjau integrasi 5G di Terminal Pengegasan Semula Sungai Udang (RGTSU), Melaka.
![Eksport minyak sawit susut 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan pada Januari 2025 - MPOB Eksport minyak sawit susut 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan pada Januari 2025 - MPOB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723453412_MinyakSawitMalays.jpg)
Eksport minyak sawit susut 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan pada Januari 2025 - MPOB
Jumlah eksport minyak sawit Malaysia pada Januari 2025 berkurangan sebanyak 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan daripada 1.34 juta tan pada Disember 2024.
[TERKINI] Hamas tangguh pembebasan tebusan Israel yang dijadualkan pada Sabtu
Hamas berkata ia akan menangguhkan pembebasan tebusan yang dijadualkan pada hari Sabtu.
![[KOLUMNIS] Graduan muamalat nak kerja apa? [KOLUMNIS] Graduan muamalat nak kerja apa?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-09/41536253475_work.jpg)
[KOLUMNIS] Graduan muamalat nak kerja apa?
Peluang kerjaya bagi graduan muamalat termasuk perbankan Islam, takaful, institusi zakat dan wakaf, serta konsultan kewangan Islam.
![Kempen keselamatan dalam talian antara program 'flagship' tahun ini - Fahmi Kempen keselamatan dalam talian antara program 'flagship' tahun ini - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736334942_TBFAHMI.jpg)
Kempen keselamatan dalam talian antara program 'flagship' tahun ini - Fahmi
Kempen ini dimulakan dengan fokus kepada Universiti Awam (UA) dan akan melibatkan pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk menyebarkan mesej keselamatan dalam talian.
![Polis terima laporan kes simbah cat merah di kedai serbaneka UM Polis terima laporan kes simbah cat merah di kedai serbaneka UM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736568737_UniversitiMalaya.jpg)
Polis terima laporan kes simbah cat merah di kedai serbaneka UM
Difahamkan kejadian itu ada kaitan dengan isu penjualan produk sandwich ham dan keju yang mencetus kontroversi, baru-baru ini.
![Kes pukul: 12 pelajar IPTA bebas dengan jaminan polis Kes pukul: 12 pelajar IPTA bebas dengan jaminan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734516022_tbkespukul.jpg)
Kes pukul: 12 pelajar IPTA bebas dengan jaminan polis
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.
![Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli - SUHAKAM Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli - SUHAKAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674059760_NoorAziah.jpg)
"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"
![MCMC siasat pelajar IPTA dipercayai jual video lucah babitkan adegan diri sendiri di platform X MCMC siasat pelajar IPTA dipercayai jual video lucah babitkan adegan diri sendiri di platform X](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720161712_MCMCLogo.jpg)
MCMC siasat pelajar IPTA dipercayai jual video lucah babitkan adegan diri sendiri di platform X
Siasatan awal MCMC mendapati kegiatan suspek bermula sejak 2021 dengan beliau memuat naik semula kandungan lucah sedia ada yang dikongsi pengguna lain di aplikasi sama.
![Belanjawan 2025: Yuran SBP, IPTA akan dinaikkan kepada kumpulan kaya Belanjawan 2025: Yuran SBP, IPTA akan dinaikkan kepada kumpulan kaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729242256_TBANWARBAJET.jpg)
Belanjawan 2025: Yuran SBP, IPTA akan dinaikkan kepada kumpulan kaya
Kerajaan bercadang mengenakan sedikit kenaikan yuran sekolah berasrama penuh (SBP) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada kumpulan pendapatan 15 peratus teratas.
![Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655824887_TBPEMUISI.jpg)
Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China
Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 negara itu, di sini, hari ini.
![Program CSSP di Geneva tingkat keupayaan saintifik negara - Chang Program CSSP di Geneva tingkat keupayaan saintifik negara - Chang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726091780_ChangLihKang.jpg)
Program CSSP di Geneva tingkat keupayaan saintifik negara - Chang
Menurut Chang, program CSSP di Geneva juga berupaya merangsang minat pelajar dalam bidang sains dan teknologi.
![Pendidikan, pembelajaran IPT perlu sentiasa dikemas kini ikut keperluan semasa Pendidikan, pembelajaran IPT perlu sentiasa dikemas kini ikut keperluan semasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719390587_DrZambryAbdulKadi.jpg)
Pendidikan, pembelajaran IPT perlu sentiasa dikemas kini ikut keperluan semasa
IPT perlu memastikan pendidikan dan pembelajaran sentiasa dikemas kini mengikut keperluan semasa susulan kemasukan ke universiti awam pada tahun lepas melibatkan 193,029 pelajar.