IPOH: Kira-kira 150 pakar dan pemain industri media berkumpul di Hotel Casuarina Meru, di sini hari ini, untuk meneroka tindakan seterusnya terhadap media tradisional dan wartawan konvensional dalam era digital, menerusi forum yang diadakan bersempena dengan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.
Bertemakan "Masa Depan Media", Forum Media HAWANA 2023 akan dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil pada 8.30 pagi.
Bahagian pertama forum itu akan membincangkan kerelevanan media tradisional, peralihan daripada kaedah cetak kepada digital dan cara untuk menarik hasil pengiklanan.
Ketua Pengarang The Jakarta Post, M. Taufiqurrahman dijangka berkongsi tentang kelangsungan media tradisional di Indonesia dan bagaimana ia mengekalkan pengiklannya terhadap portal.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Rev Media Group, Nicholas Sagau dijangka membicarakan pengalaman Media Prima berkenaan transformasi digital dan bagaimana konglomerat media mempromosikan platform digitalnya sambil mengekalkan bahagian pasaran dalam media tradisional.
Dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Petra News, Datuk Ahirudin Attan, bahagian kedua forum itu akan menumpukan tentang kewartawanan konvensional dalam menyesuaikan diri dalam persekitaran digital dan media baharu.
Bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Suhaimi Sulaiman yang kini Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), berkemungkinan berkongsi pandangan peribadinya dalam mengubah beberapa stesen televisyen di negara ini, kepentingan kewartawanan konvensional dalam era berita palsu, serta kewartawanan digital dan mudah alih.
Dalam pada itu, Pengurus Negara AFP bagi Malaysia, Indonesia dan Brunei, Alric Manickam dijangka membincangkan tentang pengalaman dan cabaran transformasi AFP global serta perkara yang diperlukan untuk perubahan itu.
Pakar penjenamaan Andrew Arnold Ambrose pula akan menumpukan kepada pemasaran antara media konvensional dengan pempengaruh media sosial, cabaran menguruskan reputasi jenama dalam era digital, data analisis dan kandungan yang direka.
Dianjurkan bersama Bernama dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), peserta forum terdiri daripada wartawan, koresponden dan ahli akademik dari Singapura, Filipina, Vietnam, Indonesia, China, Jepun dan Kuwait.
Sambutan HAWANA 2023 dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital dengan pelaksanaannya dikendalikan oleh Bernama.
Bertemakan "Media Bebas, Tunjang Demokrasi", HAWANA 2023 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim lewat hari ini. - BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023
Kira-kira 150 pakar dan pemain industri media berkumpul di Hotel Casuarina Meru, Ipoh, Perak sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023. - Gambar BERNAMA
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Analisis: Forum HAWANA tidak buahkan penyelesaian kukuh pecahkan monopoli media sosial
HAWANA 2023 gagal menghasilkan satu rangka kerja untuk meraih pendapatan daripada kandungan yang ditawarkan oleh organisasi media.
Tiga wartawan veteran Perak terima bantuan Tabung Kasih@HAWANA
Tiga wartawan veteran Perak menerima bantuan Tabung Kasih@HAWANA sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.
HAWANA 2023: PM terima kad media, simbolik hargai sumbangan media
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima Kad Perakuan Media Jabatan Penerangan Malaysia kategori emas, bersempena kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.
Wartawan mengajar saya jadi manusia berani, bertanggungjawab - Datuk Lat
Menurut Datuk Lat, kerjaya wartawan disifatkan satu cabaran, kerana mereka perlu mengharungi bahaya termasuk merisikokan diri demi tugas.
HAWANA 2023: Media tradisional harus bekerjasama dengan pengiklan untuk cipta lebih banyak peluang
Media tradisional harus bekerjasama rapat dengan pengiklan untuk mencipta dan menginovasi lebih banyak peluang untuk meningkatkan kesedaran jenama sebagai salah satu alat pemasaran dalam era digital.
HAWANA 2023: Majlis Media perlu bebas daripada campur tangan kerajaan
Taufiqurrahman berkata badan itu penting dalam memastikan media negara berkenaan bebas daripada campur tangan kerajaan.
HAWANA 2023: Surat khabar masih punyai peranan penting - PM Anwar
Surat khabar tetap mempunyai peranan penting dalam menyalurkan maklumat dan berpotensi untuk bertahan jika mengekalkan mutu dan integritinya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
HAWANA 2023: Pandangan kritis, idea bernas media bantu tambah baik pentadbiran kerajaan
Media memainkan peranan penting sebagai medium untuk melontarkan pandangan kritis dan idea bernas bagi penambahbaikan dalam urusan pentadbiran kerajaan.
HAWANA 2023: Kerajaan bincang dengan platform media sosial isu plagiat laporan berita
Kerajaan sedang mengadakan siri perbincangan dengan syarikat-syarikat penyedia platform media sosial termasuk berkaitan isu hak cipta bahan berita yang diterbitkan.
Malaysia perlukan media yang bebas, berani untuk bersuara - Fahmi
Media bertujuan memastikan bahawa suara semua pihak dapat didengar dengan jelas dan diberi perhatian.