KUALA LUMPUR: Seramai 154 individu dikompaun berjumlah RM155,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika berhibur di sebuah premis hiburan di Jalan Telawi 2, Bangsar Baru pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata dalam serbuan pada 10.52 malam, polis telah menahan pengurus premis berkenaan iaitu seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun dan lapan pekerja lelaki warga asing kerana menjalankan perniagaan pusat hiburan tanpa lesen.
"Polis turut membuat rampasan antaranya resit perniagaan, minuman keras, mikrofon dan pelbagai aksesori atau peralatan muzik," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1952, Seksyen 76 Akta Eksais 1976 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Amihizam menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pusat hiburan yang melanggar SOP PPN untuk memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan.
Beliau juga meminta orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai yang berdekatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 12 2022

Seramai 154 individu dikompaun berjumlah RM155,000 kerana gagal mematuhi SOP ketika berhibur di sebuah premis hiburan di Bangsar, pada Jumaat. - Foto ihsan Polis KL

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Op Penyamaran: Gagal patuhi lampu isyarat kesalahan paling tinggi
Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor mengeluarkan 298 notis membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas menerusi Op Penyamaran sempena Op Tahun Baharu Cina 2025 dalam tempoh 20 Jan lepas hingga semalam.

75 kes dengan kompaun RM8,600 dikesan sepanjang SHMMP Krismas - KPDN
Kesalahan itu dikesan menerusi 2,748 pemeriksaan yang dijalankan terhadap premis runcit, borong dan pengeluar di seluruh negara.

'Saya dah bayar kompaun kesalahan merokok' - Tok Mat
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan telah menjelaskan kompaun kesalahan merokok yang dikenakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadapnya baru-baru ini.

Tidak patuh PPKHT 2004: JKNPP keluar 7,839 notis, kompaun lebih RM1 juta
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengeluarkan 7,839 notis kehadiran ke mahkamah membabitkan tawaran kompaun bernilai RM1.11 juta.

KKM keluarkan RM24.5 juta kompaun merokok di tempat larangan
Angka berkenaan meningkat berbanding bilangan notis dikeluarkan sepanjang tahun lepas iaitu 96,127 dengan nilai kompaun RM24 juta.

Tujuh pemilik tanah di Kelantan dikompaun kerana pembakaran terbuka
Kesemua mereka dikompaun RM2,000 setiap seorang menjadikan jumlah keseluruhan kompaun sebanyak RM14,000.

Kompaun RM4.4 juta dikeluarkan kepada 12 syarikat berkaitan GISB - Armizan
KPDN telah mengenakan kompaun berjumlah RM4.4 juta terhadap 12 syarikat yang berkaitan dengan GISB baru-baru ini.

Kompaun RM1,000 jika buang puntung rokok di pantai
Kesedaran awam masih rendah dan ada yang membuang putung rokok di merata tempat.

Pemandu gagal selenggara kenderaan keluarkan asap hitam dikompaun
Ops bersepadu ini akan terus dijalankan oleh JAS di seluruh daerah bagi memastikan kualiti udara di negeri ini terpelihara.

DBKL laksana kadar kompaun baharu bagi kesalahan trafik mulai 1 Julai
Kadar kompaun kategori motosikal adalah sebanyak RM30 bagi tempoh bayaran satu hingga 15 hari, RM50 (16 hingga 30 hari) dan RM80 (31 hingga 60 hari).