PUTRAJAYA: Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusan pada 18 Ogos berhubung rayuan calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri M. Ramasamy yang mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Segamat.
Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof yang mengetuai panel itu berkata mahkamah tidak dapat memutuskan rayuan itu hari ini dan menetapkan pada 3 petang, 18 Ogos untuk menyampaikan keputusan.
Panel itu yang turut dianggotai dua lagi hakim iaitu Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Mary Lim Thiam Suan, mendengar rayuan yang dikemukakan Ramasamy terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak petisyennya.
Hakim mendengar hujah daripada peguam Ramasamy, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam Lau Yi Leong mewakili Ahli Parlimen Segamat R. Yuneswaran dan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan yang mewakili pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Muhammad Shafee berhujah bahawa petisyen Ramasamy yang difailkan untuk mencabar kemenangan Yuneswaran bagi kerusi Parlimen Segamat pada PRU15, perlu dikembalikan ke Mahkamah Pilihan Raya untuk perbicaraan penuh bagi membolehkan saksi memberi keterangan berhubung dakwaan niat rasuah oleh Yuneswaran, yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH).
Beliau berkata dakwaan bahawa makanan yang diberikan di sebuah tokong Cina dengan niat rasuah untuk mempengaruhi pengundi untuk mengundi responden pertama (Yuneswaran) menimbulkan kes prima facie bagi kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Muhammad Shafee berhujah petisyen itu tidak cacat dan tidak sepatutnya dibatalkan atas bantahan awal. Beliau juga menegaskan Ramasamy mematuhi kehendak Peraturan 4(1)(b) dan (4) Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954 dengan memasukkan fakta material yang mencukupi untuk menyokong kesnya.
Beliau berkata terdapat juga ketidakpatuhan kepada keperluan Akta Kesalahan Pilihan Raya apabila Borang A pada sumpah kerahsiaan tidak ditandatangani oleh wakil Yuneswaran di hadapan pegawai pengurus pilihan raya dan Borang A itu telah ditandatangani terlebih dahulu oleh pegawai pengurus pilihan raya.
Pada 3 April lepas, Hakim Mahkamah Pilihan Raya Mohd Radzi Abdul Hamid menolak petisyen pilihan raya Ramasamy selepas menerima bantahan awal yang dikemukakan responden (Yuneswaran, pegawai pengurus pilihan raya dan SPR) bahawa petisyennya (Ramasamy) cacat kerana gagal mematuhi kehendak Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Peraturan Petisyen Pilihan Raya.
Pada PRU15 yang diadakan pada November tahun lepas, Yuneswaran memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,669 undi dan diisytiharkan sebagai Ahli Parlimen yang dipilih bagi kawasan itu mengalahkan Ramasamy, P. Poobalan daripada Perikatan Nasional dan Syed Hairoul Faizey daripada Pejuang.
Ramasamy, yang merupakan bendahari MIC, bertanding sebagai calon BN.
Dalam petisyennya, Ramasamy antara lain memohon pengisytiharan bahawa pilihan raya bagi kawasan Parlimen Segamat adalah terbatal dan pengisytiharan bahawa Yuneswaran tidak dipilih sebagai Ahli Parlimen.
Beliau menamakan Yuneswaran, pegawai pengurus pilihan raya dan SPR sebagai responden.
Dalam prosiding itu, peguam Yuneswaran, Lau Yi Leong menggesa mahkamah untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya dengan mengatakan bahawa petisyen Ramasamy mengandungi fakta material yang tidak mencukupi berkaitan niat rasuah oleh anak guamnya, identiti penganjur acara itu, ejen Yuneswaran, penerima makanan serta ucapan yang didakwa disampaikan oleh Yuneswaran.
Beliau berkata ini merupakan ketidakpatuhan kepada Peraturan 4(1)(b) dan 4(4) Peraturan Petisyen Pilihan Raya, sambil menambah bahawa adalah wajib bagi Ramasamy untuk menyediakan fakta material yang mencukupi untuk mengekalkan dakwaannya, dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan petisyen itu cacat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023

Mahkamah tidak dapat memutuskan rayuan itu hari ini dan menetapkan pada 3 petang, 18 Ogos untuk menyampaikan keputusan. - Gambar fail
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Bekas pegawai penyiasat 1MDB syor siasatan diteruskan susulan lawatan ke Riyadh
Hasil siasatan susulan kunjungan pasukan siasatan 1MDB ke Riyadh pada November 2015 untuk menyiasat ketulenan surat tersebut telah dirujuk kepada AGC.

Dua lelaki didakwa tipu urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta
Kedua-dua lelaki tempatan itu turut didakwa menipu seorang wanita membabitkan urusan pembelian 41 utas jam tangan berjenama Rolex.

K9 tidak dapat petunjuk kehilangan Zayn Rayyan sebelum jasad ditemukan
K9 dikatakan tidak mendapat sebarang petunjuk ekoran kawasan itu telah tercemar dengan kesan penduduk meredah kawasan berkenaan.

Anak-anak jerit 'papa.. mama..' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah
Walaupun hanya mampu melambai dari balik jaringan trak, kanak-kanak terbabit kelihatan ceria dapat melihat dari dekat ibu bapa mereka.

Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan memperdagang dan memiliki senjata api secara haram, termasuk 14 pistol dan satu sub machine gun di Desa ParkCity.

Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac
Siasatan awal mendapati bas persiaran terlanggar tayar lori yang tercabut yang menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.

Bunuh pelajar: Keputusan 13 remaja bebas atau perlu bela diri 28 Februari
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Duncan Sikodol selepas prosiding semakan status hujahan semua pihak diadakan pada Isnin.

Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman
Hannah Yeoh memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah UUM, Kamarul Zaman Yusoff, dalam kes saman fitnah yang difailkannya.

Syarikat pelancongan keluarkan cek lebih RM600,000 atas nama Azlan Man - Saksi
Tiga cek tersebut merupakan bayaran balik bagi perjalanan Azlan dan keluarganya ke London pada 2013, 2014 dan 2015 yang dibatalkan.

Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa di mahkamah esok
Seorang lelaki yang disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, esok.