KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, seramai 18 Pegawai Kadet (PK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada dua cabang perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya menamatkan Program Latihan 2U2I Juruterbang.
ATM dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet ATM Program 2U2I Juruterbang telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affend Buang di Dewan Tun Templer Kem Perdana Sungai Besi, di sini, semalam.
Turut hadir Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.
Menurut kenyataan itu, Majlis Pemakaian Sayap Penerbangan sebelum ini telah dilaksanakan oleh Panglima Tentera Udara di Kolej Tentera Udara (KTU) pada 17 Disember tahun lepas.
"Pecahan Pegawai Muda (2U2I) Juruterbang ATM pada tahun ini bagi perkhidmatan TDM ialah tiga lelaki manakala bagi TUDM ialah seramai 14 lelaki dan seorang wanita," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, program latihan berkenaan telah dilaksanakan mulai 13 Jul 2018 hingga 7 Feb 2021 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi program 2U dengan lulus Kepujian Kelas Kedua (Tinggi), Ijazah Sarjana Muda Penerbangan (ZK61).
"Seterusnya mulai 8 Februari 2021 hingga 17 Disember 2022, mereka meneruskan latihan di Institut Penerbangan 1 dan Institut Penerbangan 2 (INSPEN 1 dan INSPEN 2) bagi program 2I.
Bagi Pegawai Kadet yang lulus Kursus Asas Penerbangan (BFC) Siri 83/21 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter (BHFC) Siri 63/21, mereka seterusnya layak ditauliahkan sebagai Pegawai Muda ATM dengan pangkat Leftenan Muda," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan majlis berkenaan merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna kepada ATM kerana berjaya melahirkan juruterbang muda melalui program Latihan 2U2I yang menggunakan kepakaran di peringkat TUDM.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2023
![18 pegawai kadet ATM berjaya tamatkan program 2U2I juruterbang 18 pegawai kadet ATM berjaya tamatkan program 2U2I juruterbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678527985_programUIjuruter.jpg)
Majlis berkenaan merupakan pengiktirafan kepada ATM kerana berjaya melahirkan juruterbang muda melalui program Latihan 2U2I. - Foto Facebook/Angkatan Tentera Malaysia
![Kerajaan mohon gantung keputusan pelarasan pencen pesara, kiraan ambil masa Kerajaan mohon gantung keputusan pelarasan pencen pesara, kiraan ambil masa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654177993_TBROSMAHCOURT.jpg)
Kerajaan mohon gantung keputusan pelarasan pencen pesara, kiraan ambil masa
Kerajaan memfailkan permohonan untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan semakan kehakiman berhubung pelarasan bayaran pencen pesara.
Ketidakpastian dasar perdagangan jejas sentimen pelabur
Ketidakpastian dasar perdagangan global memberi kesan kepada keyakinan pelabur, dengan pasaran mengalami peningkatan volatiliti, kelemahan mata wang, dan kejatuhan sektor eksport utama.
Pantau Agenda Reformasi: Sempena Lawatan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia
Pentingnya lawatan rasmi Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia bukan sahaja sebagai rakan strategik utama, bahkan komitmen untuk mempererat hubungan dua hala dan kerjasama dalam isu global, khususnya perjuangan Palestin.
ASEAN 2025 | 10 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
![Dua lelaki didakwa terlibat rusuhan langgar lari di depan pusat hiburan Dua lelaki didakwa terlibat rusuhan langgar lari di depan pusat hiburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739182022_TBMahkamah.jpg)
Dua lelaki didakwa terlibat rusuhan langgar lari di depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.
Kualiti udara seluruh Thailand di tahap selamat
Kualiti udara di semua wilayah di Thailand diisytihar selamat pada pagi Isnin, dengan Bangkok mencatatkan tahap ketumpatan habuk ultra halus terendah.
Rombongan pelancong negara ASEAN boleh masuk Xishuangbanna tanpa visa
Dasar pengecualian visa untuk rombongan pelancong dari negara ASEAN yang masuk ke daerah Xishuangbanna di provinsi Yunnan, China mula berkuatkuasa pada Isnin.
Malaysia rekod kedatangan 38 juta pelancong, hasil RM100 bilion pada 2024
Perkembangan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 43.4 peratus berbanding RM71.3 bilion pada 2023.
KDN perkukuh kerjasama keselamatan ASEAN
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya memberi tumpuan kepada 10 agenda utama, termasuk menangani jenayah rentas sempadan dan ancaman jenayah siber yang semakin meningkat.
[TERKINI] Syarahan umum oleh Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan
Ikuti langsung syarahan umum oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
![ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738906276_mindef.jpg)
ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo
ATM menerusi Markas Angkatan Bersama akan terus memantau situasi dan mengambil langkah sewajarnya, bagi memastikan keselamatan anggotanya di Republik Demokratik Congo (DRC).
![Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737019872_MohamedKhaledNordi.jpg)
Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.
![RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737013589_KhaledNordin.jpg)
RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.
![ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733317616_TBATM.jpg)
ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
![Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732782973_TBzahidhamidi.jpg)
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
![[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan [KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732595776_AnggotaTenteraDara.jpg)
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
![Penceramah motivasi dakwa diugut, dikasari pegawai kaunseling ATM Penceramah motivasi dakwa diugut, dikasari pegawai kaunseling ATM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731447408_pegawaiATM.jpg)
Penceramah motivasi dakwa diugut, dikasari pegawai kaunseling ATM
Seorang penceramah yang juga pesara pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat laporan polis selepas mendakwa diugut dan dikasari pegawai ATM pada satu program ceramah motivasi di Dewan Tun Templ
![Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731061253_PasukanMALBATT.jpg)
Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM
ATM berkata, Pasukan UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12.
![ATM siasat dakwaan pegawai UPNM ditekap seterika oleh senior ATM siasat dakwaan pegawai UPNM ditekap seterika oleh senior](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730305585_Depression.jpg)
ATM siasat dakwaan pegawai UPNM ditekap seterika oleh senior
ATM menegaskan siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
![56 petugas media tempatan selami kehidupan anggota TUDM selama 24 jam 56 petugas media tempatan selami kehidupan anggota TUDM selama 24 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81730231794_TUDMPaskauATMM.jpg)
56 petugas media tempatan selami kehidupan anggota TUDM selama 24 jam
Antara aktiviti dan cabaran yang dilaksanakan sepanjang dua hari program berlangsung ialah 'Menembak Raifal dan Pistol', 'Latihan Merentas Halangan dan Latihan Menara Abseiling.