NIBONG TEBAL: Lebih 180,000 kenderaan barangan didapati masih belum mendaftar di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh.
Sehubungan itu beliau meminta pemilik kenderaan tersebut supaya segera membuat permohonan, bagi membolehkan mereka menikmati subsidi diesel oleh kerajaan.
"Berdasarkan rekod terdapat 389,000 kenderaan kategori itu yang didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), tetapi hanya 209,000 sahaja yang telah mendaftar di bawah SKDS 2.0.
"Jadi, ada lebih kurang 180,000 yang belum daftar...mungkin kerana mereka ingat mereka tak layak atau rasa susah (hendak mendaftar). Tak perlu pun nak ada sehingga 20 kenderaan baru fikir layak (dapat subsidi diesel).
"Kalau ada satu kenderaan, dua atau tiga kenderaan pun sudah melayakkan mereka untuk mendapatkan subsidi, asalkan kenderaan itu termasuk dalam 23 jenis kategori lori pengangkut barang yang tersenarai dalam sistem," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Bijak Belanja Pengguna dan Jualan Rahmah MADANI Peringkat Pulau Pinang, di Simpang Ampat di sini, semalam.
Fuziah berkata syarikat pengangkutan yang layak tetapi masih belum memohon kelulusan subsidi diesel boleh berbuat demikian melalui pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my, dan seterusnya memohon fleet card daripada syarikat minyak pilihan.
Beliau berkata terdapat lima pilihan syarikat minyak yang boleh dimohon untuk mendapatkan kad subsidi itu, justeru mana-mana pemilik pengangkutan awam dan barangan yang telah memperolehi kelulusan SKDS tetapi belum menerima fleet card daripada syarikat minyak, dikehendaki menyimpan resit pembelian diesel bagi membolehkan pembayaran balik tunai dibuat kepada Kementerian Kewangan (MOF), mengikut tatacara permohonan yang akan diumumkan kelak.
Mengenai permintaan Persatuan Pemilik-pemilik Lori Sampah Pulau Pinang untuk memasukkan lori jenis Rigid-Roll on Roll Off (RORO) dalam sistem MySubsidi Diesel, Fuziah berkata setakat ini kerajaan masih kekal dengan senarai 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan yang layak.
"Sekiranya ada kenderaan yang tidak termasuk dalam 33 kategori itu, kita masih buka ruang untuk mereka buat rayuan dan jawatankuasa rayuan akan teliti setiap permohonan.
"Sebaiknya jika ada masalah, saya cadangkan supaya lebih baik tulis surat dan kita boleh adakan sesi libat urus antara persatuan dengan kementerian, berjumpa secara bersemuka supaya boleh bincang secara lebih mendalam dan cari penyelesaian terbaik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2024

Fuziah berucap pada Program Bijak Belanja Pengguna dan Program Jualan Rahmah MADANI Peringkat Negeri Pulau Pinang di pasar raya C Mart Tasek Mutiara, Simpang Ampat, di Nibong Tebal, 20 Jun 2024. --fotoBERNAMA
PGA tumpaskan sindiket dadah, temui 393 pil yaba di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dalam op taring wawasan Kelantan selepas menyerbu sebuah rumah di Pulau Belanga, Kota Bharu pada Isnin.
Wanita warga Belanda cedera ketika mendaki gunung jasar
Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa dalam kenyataan pada Selasa berkata, mangsa berusia 51 tahun yang mendaki secara berkumpulan itu mengalami kecederaan pada bahagian lutut.
Mayat kedua remaja lemas di Sungai Perak ditemui
Mayat seorang lagi pelajar sekolah yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai perak dekat Kampung Tepus, Tanjung Belanja di parit pada Isnin ditemui pada Selasa.

Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia
Ukraine enggan orang lain buat keputusan di belakang mereka, tiada keputusan boleh dibuat tanpa Ukraine mengenai bagaimana untuk menamatkan perang di Ukraine.
Israel berdegil enggan undur tentera dari selatan Lubnan
Tentera Israel masih mengekalkan pasukannya di lima pos tentera di selatan Lubnan, walaupun melepasi tarikh akhir pengunduran yang ditetapkan dalam perjanjian gencatan senjata pada Selasa.
Mesir anjur sidang kemuncak tergempar arab pada 4 Mac
Mesir pada selasa mengesahkan akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak tergempar arab pada 4 Mac bagi membincangkan pelan pemulihan semenanjung Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri
Tiada negara boleh melindungi diri sendiri daripada pandemik yang akan datang secara bersendirian.

PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri Anwar tiba Manama untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa.

Israel berdegil, enggan undur tentera dari selatan Lubnan
IDF akan kekal di pos tersebut untuk memastikan tiada ancaman kepada penduduk Israel.

Israel siap sedia terima empat mayat tebusan dari Gaza
Israel dijangka menerima mayat empat tebusan dari Gaza dan sedang berusaha membawa pulang enam lagi tebusan yang masih hidup Sabtu ini.

Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi
Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) menafikan terlibat dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel subsidi yang menggunakan lori dengan logo persatuan itu.

Subsidi diesel untuk feri, bot turut melegakan pengguna
Pemberian subsidi itu sekurang-kurangnya dapat mengelakkan para pengusaha feri dan bot daripada menaikkan harga tiket secara mendadak.

SPPP sambut baik pemberian subsidi diesel, ringankan kos operasi
Pengerusi SPPP Datuk Yeoh Soon Hin berkata subsidi itu sedikit sebanyak dapat meringankan kos operasi feri penumpang di Pulau Pinang.

Operator feri akan diberi subsidi diesel, janji jangan naik tambang - Loke
Kerajaan akan memberi subsidi diesel kepada pengusaha feri dan bot penumpang serta perkhidmatan feri RORO di beberapa pulau utama negara berkuat kuasa 1 Januari 2025.

Rampasan seleweng barang kawalan diesel cecah RM47 juta - Armizan
Sebanyak 2,206 kes berkaitan salah guna barang kawalan diesel dicatatkan sejak Januari 2022 hingga Oktober lalu.

Kerajaan jimat RM600 juta sebulan melalui penyasaran subsidi diesel - Lim Hui Ying
Kerajaan berjaya menjimatkan RM600 juta sebulan melalui penyasaran subsidi diesel dengan perolehan itu akan disalurkan semula kepada rakyat.

TCLC, INSAP lancar tinjauan dalam talian mengenai kajian klasifikasi pendapatan isi rumah, penarikan balik subsidi
TCLC dan INSAP melancarkan tinjauan dalam talian bertajuk -Kajian Klasifikasi Pendapatan Isi Rumah dan Penarikan Balik Subsidi.-

Subsidi diesel: Hak dia nak saman, kita jumpa di mahkamah - Loke
Loke memaklumkan hanya mengetahui tentang perkara itu melalui kenyataan yang dikeluarkan Datuk Armizan Mohd Ali, pada Sabtu.

Subsidi diesel: Armizan sahkan antara disaman termasuk PM, kerajaan Persekutuan
Armizan mengesahkan menerima writ saman daripada dua individu berkaitan penarikan subsidi diesel di Semenanjung dan pengecualian subsidi itu terhadap Sabah dan Sarawak.

Kerajaan masih tanggung perbelanjaan subsidi diesel - Rafizi Ramli
Walaupun harga diesel diapungkan, masih terdapat sektor-sektor yang harganya diberikan subsidi kepada golongan tertentu seperti nelayan.