Sebanyak 186,000 daripada 3.8 juta anggota RELA di seluruh negara akan dikeluarkan daripada jabatan sukarelawan itu menerusi program pemutihan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata proses itu bertujuan mengelakkan wujud unsur negatif termasuk pembabitan dalam jenayah dan masalah disiplin di kalangan anggota biasa atau yang mendapat kedudukan sebagai ahli bersekutu atau kehormat.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata tindakan berterusan yang bermula Januari lalu telah mengenal pasti 34 daripada 186,000 anggota RELA terbabit dalam kes jenayah bersabit kesalahan mengikut Kanun Keseksaan.
"RELA harus lebih serius, kalau hendak tambah ahli, jabatan ini harus juga melihat kualiti anggota yang diambil. Kualiti penting dan bukannya kuantiti, kerana kita tidak mahu kerana nila setitik rosak susu sebelanga," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat dan Bersekutu RELA kepada 39 Pemimpin Muda Kesatria Muda Keselamatan (KMK) bagi Exco Puteri UMNO di sini hari ini.
Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin merupakan antara 39 yang menerima Pemakaian Pangkat Kehormat dan Bersekutu RELA daripada timbalan perdana menteri.
Menurut Zahid, langkah mengekalkan kualiti sentiasa terjamin adalah bagi memastikan anggota RELA serius dalam melaksanakan tugas sebagai barisan kedua pertahanan dan keselamatan negara selepas polis dan tentera.
Dalam pada itu, beliau turut menyarankan golongan belia menyertai RELA bagi menyemai semangat kesukarelawan untuk menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara.
Katanya setakat ini daripada jumlah 3.8 juta anggota RELA, 1.01 juta terdiri daripada anggota berumur 30 tahun dan ke bawah.
Sementara itu, Ketua Pengarah RELA Datuk Kamariah Mohd Noah berkata proses pemutihan itu dilakukan terhadap anggota yang sudah lama berkhidmat dan anggota baharu sebelum diserap sebagai anggota RELA.
Katanya 186,000 anggota yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 60 tahun itu bukan sahaja mempunyai masalah disiplin atau terlibat dalam jenayah tetapi juga termasuk mereka yang meninggal dunia serta memberi alamat yang tidak betul.
Menurut Kamariah, proses saringan pemutihan dilakukan dengan pemeriksaan di Jabatan Pendaftaran Negara, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Jabatan Penjara Malaysia sebelum diberi kad kuasa.
"Kalau dahulu, sebaik sahaja mohon, terus automatik dapat kad kuasa. Sekarang tidak. Kita akan periksa latar belakang mereka dengan tiga jabatan itu. Sekiranya didapati bersalah, kita akan tarik keanggotaaan mereka," katanya.
Dalam pada itu, Kamariah menegaskan proses pemutihan amat penting kerana RELA benar-benar ingin pastikan mana-mana anggotanya tidak menyalahgunakan kursus belajar tembak dengan mengancam keselamatan negara.
Bernama
Thu May 12 2016
Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra dengan ahli Puteri UMNO selepas menyampaikan watikah pemakaian pangkat RELA Kehormat kepada Ketua Puteri UMNO hari ini. - Foto Bernama
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
Malaysia diiktiraf lima negara utama aktif wakaf al-Quran peringkat global
Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al-Quran peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech
Inovasi P2 Tap yang dibangunkan syarikat P2 Biotech yang selaras dengan iltizam kerajaan untuk mengadaptasi teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pertanian pintar.
KKDW peruntuk RM28 juta naik taraf jalan raya di Sungai Burung
Peruntukan itu diberikan kerana lokasi berkenaan merupakan tempat pelancongan menarik dan menjadi tumpuan orang ramai.
Sambutan Tahun Baharu Cina lebih meriah, hasil hubungan erat Malaysia-China - Ahmad Zahid
Persembahan formasi lebih 1,000 dron dari China menyinari langit di sekitar Menara Berkembar KLCC mencerminkan hubungan kukuh antara Malaysia dan China.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Raikan Tahun Baharu Cina dengan semangat perpaduan, kegembiraan dan kasih sayang – TPM
Budaya dan tradisi dikongsi dalam kalangan rakyat bukan sahaja menjadi kekuatan, tetapi lambang kebanggaan bahawa Malaysia sebuah negara yang harmoni.
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah kesihatan digabung - Ahmad Zahid
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah Kementerian Kesihatan kini digabung menjadi Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional.
Ahmad Zahid ajak umat Islam doakan kesejahteraan ummah sempena Israk Mikraj
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakyat Malaysia beragama Islam mendoakan kesejahteraan ummah dan kemajuan negara sempena sambutan Israk dan Mikraj 1446H.
Sekolah Patriotik UMNO medan lahirkan pemimpin jiwai perjuangan UMNO sebenar
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan Sekolah Patriotik UMNO bertujuan melahirkan pemimpin masa depan
Industri getah perlu revolusi, tarik minat generasi muda - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menekankan pentingnya strategi mampan, progresif, dan inklusif untuk memperkasakan komuniti pekebun kecil, termasuk latihan kemahiran dan pengurusan moden.