GERIK: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti sebanyak 186 kawasan berisiko berlakunya fenomena kepala air pada musim Monsun Timur Laut (MTL) membabitkan kawasan air terjun dan sungai di seluruh negara.
Ketua pengarahnya Datuk Seri Mohamad Hamdan Wahid berkata daripada keseluruhan kawasan, Sabah mencatatkan jumlah lokasi berisiko berlaku kepala air tertinggi iaitu 52 lokasi, diikuti oleh Kedah sebanyak 24 lokasi.
"Langkah berjaga-jaga sudah dibuat oleh beberapa jabatan seperti Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi persedian mengenal pasti lokasi terlibat.
"Mereka (jabatan tersebut) telah mengambil langkah-langkah mitigasi seperti pemasangan pengesan pergerakan (motion detector) dan sistem amaran awal (pre-warning) bagi memudahkan anggota keselamatan yang terlibat bertindak," katanya.
Beliau berkata demikian pada Sesi Pemantauan Latihan dan Persediaan JBPM Menghadapi Fenomena MTL di Jeti Awam, Tasek Banding di sini hari ini.
Mohamad Hamdan berkata JBPM memberi tumpuan kepada kawasan kepala air yang terdapat kependudukan kerana dikhuatiri akan meragut nyawa penduduk.
"Kita fokus tentang perkara ini kerana jika ada kependudukan seperti yang berlaku di Titi Hayun di kaki Gunung Jerai, Kedah di mana ada penduduk dan melibatkan kematian di kawasan tersebut.
"Pihak JMG telah meletakkan pengesan pergerakan dan sistem amaran awal yang jelas agar tidak disalahfahami oleh penduduk dan mereka dapat bertindak dengan segera," katanya.
Seramai enam orang terkorban dalam kejadian kepala air di Gunung Jerai pada 18 Ogos tahun lepas akibat dihanyutkan arus deras dan dihempap tanah runtuh, selain kediaman, premis dan pengusaha chalet pelancongan desa terkesan ekoran fenomena itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 27 2022
![186 kawasan berisiko kepala air dikenal pasti ketika Monsun Timur Laut 186 kawasan berisiko kepala air dikenal pasti ketika Monsun Timur Laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664269388_sungai.jpg)
Sabah mencatatkan jumlah lokasi berisiko berlaku kepala air tertinggi iaitu 52 lokasi, diikuti oleh Kedah sebanyak 24 lokasi. - Gambar fail/ Bernama
Nissan, Honda batal perjanjian penggabungan jenama
Syarikat automotif terkemuka Jepun, Nissan Motor dan Honda Motor mengumumkan untuk tidak meneruskan perbincangan mengenai penggabungan antara kedua-dua syarikat. Dalam sidang media persidangan yang dianjurkan Nissan Motor di Yokohama pada Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif Nissan berkata, syarikat berkenaan sebulat suara bersetuju bersama Honda untuk menamatkan potensi penggabungan jenama berkenaan termasuk, rundingan-rundingan yang telah dibincangkan.
Jenayah: Warga emas 86 tahun mengaku salah tembak remaja 16 tahun
Yarl, yang terselamat walaupun ditembak sebanyak dua kali, memaklumkan dia menekan loceng pintu rumah Lester kerana menyangkakan rumah itu adalah rumah pengasuh adiknya.
PM Thailand pengerusikan mesyuarat keselamatan tergempar krisis Myawaddy
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Jumaat mempengerusikan mesyuarat tergempar dengan ketua-ketua agensi keselamatan untuk menilai keadaan di perbandaran Myawaddy, hab utama yang dikenal pasti untuk rangkaian pemerdagangan manusia di Myanmar.
14 Negeri Amerika Syarikat saman Trump dan Elon Musk
Empat belas negeri di Amerika Syarikat telah memfailkan saman persekutuan terhadap Presiden Donald Trump dan Elon Musk, jutawan ketua Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE), atas dakwaan memiliki kuasa tanpa had dan tidak terkawal yang melanggar perlembagaan
Hamas umum nama tiga tebusan Israel yang akan dibebas Sabtu
Kumpulan pejuang Palestin, Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu.
Duta Malaysia ke Amerika Syarikat perlu teguh mendepani cabaran
Duta Malaysia yang bakal dilantik ke Amerika Syarikat (AS) perlu memiliki kecekapan dan sentiasa bersedia berdepan sebarang cabaran.
Reformasi industri padi, beras agenda kerajaan tahun ini
Fokus utama kementerian pertanian dan keterjaminan makanan (KPKM) pada tahun ini adalah reformasi industri padi dan beras negara dengan mengutamakan pendekatan yang lebih lestari, berdaya saing dan mesra alam.
KDNK: Peningkatan pelaburan antara faktor penyumbang - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, MITI akan meneruskan usahanya untuk menarik lebih banyak pelaburan, meningkatkan perdagangan, dan membangunkan industri tempatan.
Kabinet berpendapat ada keperluan pinda Akta Pemberi Maklumat
Kabinet berpendapat ada keperluan untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bagi mengatasi beberapa isu percanggahan dengan akta lain selain memperkukuh perlindungan kepada pemberi maklumat.
Dua individu termasuk CEO syarikat ditahan SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan dua lagi individu disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.
![LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733907579_ProgramJualanMesra.jpg)
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
![3 sekeluarga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh 3 sekeluarga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732882656_tanahruntuhkuala.jpg)
3 sekeluarga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh
Tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang ini.
![Banjir: Suruhanjaya Tenaga nasihat utamakan keselamatan libatkan elektrik, gas Banjir: Suruhanjaya Tenaga nasihat utamakan keselamatan libatkan elektrik, gas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732880459_TBbanjrkualaberang.jpg)
Banjir: Suruhanjaya Tenaga nasihat utamakan keselamatan libatkan elektrik, gas
Suruhanjaya Tenaga (ST) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada serta mengutamakan keselamatan dalam penggunaan elektrik dan gas semasa musim banjir yang melanda negara ketika ini.
![Lebih 3,000 penuntut IPTA terjejas banjir - Zambry Lebih 3,000 penuntut IPTA terjejas banjir - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732879308_TBbanjirkelantan.jpg)
Lebih 3,000 penuntut IPTA terjejas banjir - Zambry
Sebanyak 3,029 penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) terjejas akibat banjir setakat ini dengan 481 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
![Banjir Kelantan: Sembilan balai polis terjejas - Ahmad Zahid Banjir Kelantan: Sembilan balai polis terjejas - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732878930_Banjirbalaipolis.jpg)
Banjir Kelantan: Sembilan balai polis terjejas - Ahmad Zahid
Tahap keselamatan di Kelantan tidak terkesan dan tetap diutamakan meskipun sembilan balai polis di Pasir Mas dan Tumpat terjejas akibat banjir.
![Banjir: 20 jalan Persekutuan di Kelantan ditutup - JKR Banjir: 20 jalan Persekutuan di Kelantan ditutup - JKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732876432_banjirtanahmerah.jpg)
Banjir: 20 jalan Persekutuan di Kelantan ditutup - JKR
Sebanyak 20 jalan Persekutuan membabitkan enam jajahan di Kelantan telah ditutup setakat ini, susulan banjir yang melanda negeri itu sejak Rabu lepas.
![Nadma diarah hantar lebihan khemah ke Kelantan - Ahmad Zahid Nadma diarah hantar lebihan khemah ke Kelantan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732877032_ZahidHamidi.jpg)
Nadma diarah hantar lebihan khemah ke Kelantan - Ahmad Zahid
Nadma diarahkan untuk menghantar lebihan khemah di negeri lain untuk keperluan PPS di Kelantan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
![Banjir: Cuti Jemaah Menteri dibekukan - PM Anwar Banjir: Cuti Jemaah Menteri dibekukan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732867852_AnwarIbrahim.jpg)
Banjir: Cuti Jemaah Menteri dibekukan - PM Anwar
Cuti semua Jemaah Menteri dibekukan susulan bencana banjir yang melanda negara ketika ini.
![Banjir Selangor: Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera dibekukan Banjir Selangor: Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera dibekukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732865083_TBbanjirklang.jpg)
Banjir Selangor: Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera dibekukan
Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor dibekukan hingga Januari 2025 sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
![Banjir memburuk, kini sembilan negeri terjejas, mangsa meningkat lebih 85,000 Banjir memburuk, kini sembilan negeri terjejas, mangsa meningkat lebih 85,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732864526_TBbanjirkelantan.jpg)
Banjir memburuk, kini sembilan negeri terjejas, mangsa meningkat lebih 85,000
Situasi banjir di negara ini semakin memburuk dengan tiga lagi negeri dilaporkan mula terjejas iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, menjadikan keseluruhan sembilan negeri terkesan.