KUALA LUMPUR: Sebanyak 188,102 suri rumah di seluruh negara mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat 24 Sept lepas.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud berkata sejak SKSSR dilaksanakan pada Dis 2022, sebanyak 476 kes diproses Perkeso melibatkan bencana domestik, keilatan, dan kematian suri rumah dengan jumlah bayaran faedah RM621,953.
"Angka ini menepis pandangan bahawa pekerjaan sebagai suri rumah ini tidak memerlukan perlindungan.
"Jika dilihat daripada jumlah tersebut, secara puratanya sebanyak 47.6 kes diproses setiap bulan atau sekurang-kurangnya satu kes setiap hari," katanya ketika berucap pada Karnival Aspirasi MADANI dan Kempen Ayuh Daftar Suri@PERKESO di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak di sini hari ini.
Justeru, beliau menyeru suri rumah untuk mencarum SKSSR demi keselamatan dan kesejahteraan diri, khususnya apabila bayaran bagi caruman itu hanya RM120 setahun bagi mendapatkan perlindungan sewajarnya.
Menurutnya daripada jumlah 188,102 itu, sebanyak 3,220 suri rumah merupakan pencarum dari Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan lain, Mustapha memaklumkan hasil Dasar Pasaran Buruh Aktif (ALMP) yang dirintis oleh Perkeso merekodkan 448,311 pencari kerja berjaya memperoleh pekerjaan bagi tempoh Jan 2022 hingga 31 Ogos lepas.
Mengenai Karnival Aspirasi MADANI, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata program itu menghimpunkan kira-kira 20 majikan dan menyediakan lebih 3,000 peluang pekerjaan merentasi pelbagai sektor dan bidang.
"Saya ingin mengambil peluang ini untuk menggalakkan majikan supaya menyokong Kementerian Sumber Manusia dalam 'Kempen Ambil Pekerja Lokal'. Kempen bermula sejak 4 Jun lepas memberi peluang kepada pekerja tempatan untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan stabil.
"Semoga karnival ini dapat membantu semua mendapatkan pekerjaan selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kadar pengangguran dan menyokong kestabilan sosioekonomi negara," katanya.
Karnival yang dirasmikan oleh Dr Wan Azizah itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023

Dr Wan Azizah (dua, kiri) menyampaikan penajaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah untuk penduduk Parlimen Bandar Tun Razak kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed pada majlis hari ini. - Foto Bernama

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

188,102 suri rumah mencarum SKSSR Perkeso - Mustapha
Sebanyak 188,102 suri rumah mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat 24 Sept lepas.

6,449 suri rumah mencarum SKSSR di Melaka
Seramai 6,449 suri rumah di Melaka mencarum di bawah SKSSR Perkeso sehingga 10 Sept lepas.

Lebih 186,000 sertai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah setakat Sept
10 ahli dan pimpinan tertinggi kelab Harley Davidson KINGZ Motor Group (KINGZ MG) turut mencarum dalam skim berkenaan.

Lebih RM200,000 faedah SKSSR dibayar kepada suri rumah, keluarga - Sivakumar
Seramai 177,858 suri rumah dilindungi Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) setakat 15 Jun lepas, menurut Menteri Sumber Manusia V.Sivakumar.

SKSSR catat 1,092 pencarum selepas seminggu pelaksanaan - Sivakumar
Seramai 1,092 individu di seluruh negara telah mendaftar dan mencarum secara sukarela bagi Skim SKSSR sejak ia dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada 1 Disember lalu.

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dilaksanakan bermula esok - Perkeso
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan melaksanakan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) mulai esok.

Dewan Negara lulus RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022
Ia termasuk cadangan agar suami yang mencarum dapat diberi insentif pelepasan cukai pendapatan dan insentif padanan caruman.

SKSSR adalah secara sukarela, suami tidak wajib bayar caruman isteri - Perkeso
Cadangan pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dalam Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 adalah secara sukarela.

RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 dibentang di Dewan Rakyat
Menurut rang undang-undang itu, satu skim akan diwujudkan bagi tujuan berkenaan yang dikenali sebagai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).