KUALA LUMPUR: Polis telah mengambil keterangan 19 aktivis yang menghadiri perhimpunan di sebuah restoran dan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, setakat 8 malam ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata daripada jumlah tersebut, sembilan aktivis dikenal pasti menyertai perhimpunan di LRT Bangsar pada Sabtu lepas manakala bakinya adalah mereka yang hadir pada perhimpunan di sebuah restoran pada Jumaat.
Katanya, seramai 94 peserta dan aktivis serta 12 pengunjung awam di kenal pasti menghadiri perhimpunan di dua lokasi tersebut, namun tiada tangkapan dibuat.
"Keterangan daripada saksi dibuat mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah selepas arahan diperoleh daripada Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur.
"Gambar tempat kejadian, gambar aktivis yang memberikan ucapan dan video semasa perhimpunan juga telah dirakam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Amihizam berkata dua kertas siasatan dibuka di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, Kanun Keseksaan dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 berhubung perhimpunan tersebut.
Katanya, siasatan mendapati perhimpunan tersebut dibuat sebagai tanda protes terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
Terdahulu, beberapa aktivis dan pemimpin parti politik hadir pada 2.10 petang tadi dengan diwakili peguam masing-masing bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields susulan penyertaan mereka dalam himpunan #TangkapAzamBaki.
Antara yang hadir, Adam Adli Abdul Halim, Ketua Pemuda DAP Howard Lee, Naib Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Dr Thanussha Francis Xavier, Setiausaha Agung Muda, Amira Aisya Abd Aziz; Ketua Pejuang Muda, Dr Abu Hafiz Salleh Huddin; Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Zubair Rahim dan Pengarah Strategik Pemuda Amanah, Asmaalif Abdul Adam.
"Polis menjalankan siasatan kes di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan peraturan-peraturan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 24 2022

Amihizam berkata, sembilan aktivis dikenal pasti menyertai perhimpunan di LRT Bangsar pada Sabtu lepas manakala bakinya adalah mereka yang hadir pada perhimpunan di sebuah restoran pada Jumaat. - Gambar fail
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

19 dipanggil beri keterangan berkait Himpunan #TangkapAzamBaki
Polis telah mengambil keterangan 19 aktivis yang menghadiri perhimpunan di sebuah restoran dan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, setakat 8 malam ini.

Himpunan #TangkapAzamBaki beri kesan - Adam Adli
Ahli PKR itu mendakwa himpunan itu telah memberi kesan sehingga beberapa pemimpin pemuda Pakatan Harapan yang turut serta dalam himpunan pada Sabtu itu dipanggil untuk siasatan polis.

Demonstrasi #TangkapAzamBaki: Henti intimidasi, siasat terhadap peserta - Anwar
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan itu dilihat sebagai tekanan kepada para peserta.

Peserta perhimpunan akur arahan, berpatah balik ke LRT Bangsar
Sepanjang lebih sejam, perhimpunan itu dilihat berjalan secara aman tanpa insiden tidak diingini.

Perhimpunan Pentas Anak Muda: 12 aktivis antara 40 individu diperiksa polis
Mereka dipercayai berhimpun untuk mengajak orang ramai hadir pada perhimpunan yang dijadual pada Sabtu di LRT Bangsar.

Isu Azam Baki: Aktivis Adam Adli dipanggil beri keterangan - Polis
Aktivis Adam Adli Abdul Halim dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan #TangkapAzamBaki.