Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di sini menetapkan 19 Dis ini untuk keputusan terhadap permohonan bekas aktivis sosial dan politik Dr Kassim Ahmad bagi semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan mendakwanya di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.
Hakim Datuk Asmabi Mohamad menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan oleh peguam Rosli Dahlan, yang mewakili Kassim, dan peguam kanan persekutuan Suzana Atan dan Maisarah Juhari.
Suzana dan Maisarah mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Ibrahim Deris, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi dan Kerajaan Malaysia,)
Terdahulu, Rosli dalam penghujahannya berkata tindakan Jawi mendakwa Kassim atas pertuduhan menghina agama Islam adalah tidak sah.
Beliau berhujah bahawa Jawi tidak mempunyai bidang kuasa untuk menjalankan pendakwaan melangkaui bidang kuasa terhadap Kassim.
Selain itu, Rosli berhujah bahawa waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Putrajaya adalah bercanggah dengan Akta Syariah Wilayah Persekutuan dan Enakmen Syariah Negeri Kedah.
Rosli juga berhujah bahawa tidak ada laporan maklumat pertama atau aduan sebelum siasatan kes itu bermula.
"Ini berdasarkan keengganan Jawi atau ketua pendakwa Syarie untuk menyediakan laporan atau aduan.
"Kegagalan untuk mematuhi Seksyen 2 dan Seksyen 74 Kanun Tatacara Jenayah Wilayah Persekutuan menyebabkan keseluruhan proses siasatan dan tindakan penguatkuasaan sebagai tidak sah," katanya.
Rosli berkata semakan kehakiman dilakukan untuk menghalang pendakwaan yang bercanggah dengan undang-undang terhadap Kassim.
Beliau berhujah bahawa Jawi bertindak secara "mala fide" dengan mengenepikan kebebasannya tanpa perhatian sewajarnya, hemat, dan bertanggungjawab walaupun mengetahui dia berumur 82 tahun dan tidak harus tertakhluk kepada penahanan selama lebih 27 jam.
Sementara itu, Suzana berkata mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar isu-isu berhubung dengan agama Islam.
Beliau berkata bahawa hanya mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk menangani isu itu terhadap Kassim.
Beliau berkata ini dijelas termaktub dalam jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
"Perkara ini, hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif," kata beliau.
Maisarah berhjujah bahawa jika Kassim tidak berpuas hati dengan semua prosedur daripada laporan maklumat pertama yang diterima, pengeluaran waran tangkap dan pelaksanaan waran geledah, dia harus menggunakan Mahkamah Tinggi Syariah yang mempunyai kuasa penyemakan dan penyeliaan untuk membuat semakan dan mengeluarkan arahan yang berkaitan bagi menuntut keadilan.
Bagaimanapun, beliau berkata Kassim tidak mengemukakan permohonan seumpama itu di bawah Akta Pentadbiran Syariah.
Maisarah juga berhujah bahawa permohonan Kassim bagi semakan kehakiman berhubung dengan waran tangkap dan waran geledah yang dikeluarkan serta keputusan Jawi untuk mendakwanya kerana dikatakan menghina agama Islam adalah bersifat akademik.
"Ia bersifat akademik kerana dia di dakwa di Mahkamah Tinggi Syariah," katanya.
Peguam itu juga berkata Kassim gagal membuktikan bahawa ada isu bersifat "nyata" jika deklarasi seumpama itu dalam semakan kehakimannya diberikan kepada beliau.
Beliau berkata andaian bahawa Kassim tidak dimaklumkan mengenai pertuduhan ke atasnya adalah bohong semata-mata dan ia terkandung dalam laporan polis yang dibuat pada 26 Mac.
Pada 24 Julai, Mahkamah Rayuan telah membenarkan permohonan Kassim untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi untuk mencabar tindakan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan menangkap dan mendakwanya di Mahkamah Syariah atas alasan bahawa Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan itu.
Pada 14 Julai, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kassim mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman dengan memutuskan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes itu dan bahawa perkara itu tertakluk secara eksklusif di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan selepas membenarkan bantahan awal oleh Jabatan Peguam Negara terhadap permohonan Kassim untuk memohon kebenaran.
Kassim, mengemukakan permohonan itu pada 26 Jun, bagi memohon antara lain perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan ketua pendakwa Syarie pada 27 Mac bagi pertuduhan menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa.
Kassim juga memohon supaya prosiding kesnya di Mahkamah Tinggi Syariah, Putrajaya, ditangguh sementara menunggu keputusan semakan kehakiman.
Beliau juga memohon perintah untuk mengetepikan tindakan dan keputusan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang menyerbu, , menggeledah dan menyita bahan terbitannya, dan menahannya dan mengeluarkannya dari Kedah dan membawanya ke Wilayah Persekutuan.
Selain itu, beliau juga memohon perintah untuk mengetepikan semua waran tangkap, geledah dan sita serta bon yang dikenakan terhadapnya dan pengisytiharan bahawa tindakan para pegawai Jawi dan pendakwa adalah melampaui bidang kuasa mereka.
Beliau juga mendakwa bahawa tindakan itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Syariah Wilayah Persekutuan dan Enakmen Syariah Negeri Kedah dan memohon pengisytiharan bahawa fatwa (fatwa Islam) yang dikeluarkan di Wilayah Persekutuan hanya terpakai kepada pemastautin di Wilayah Persekutuan.
Bernama
Tue Nov 18 2014
Hakim Datuk Asmabi Mohamad menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan oleh peguam Rosli Dahlan, yang mewakili Kassim (gambar).
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
JAWI nilai semula SOP keselamatan masjid
JAWI diarahkan menilai semula SOP keselamatan masjid susulan kejadian seorang lelaki kurang siuman menggangu jemaah di Masjid At-Taqwa TTDI, Rabu lepas.
JAWI sedia khidmat pengurusan jenazah percuma buat warga Wilayah Persekutuan
Mohd Na'im berkata keutamaan akan diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Polis sahkan terima laporan aktiviti mencurigakan di tanah perkuburan Danau Kota
Kes dirujuk ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk siasatan selanjutnya.
Banjir: Masjid seliaan JAKIM, JAWI anjur solat hajat esok
Kesemua masjid berkenaan akan mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan susulan bencana banjir, esok selepas solat Jumaat.
Kesihatan mental: JAKIM laksana program dakwah, terapi psikospiritual syarie di lapangan
Program Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti yang dijalankan oleh JAKIM dan JAWI diteruskan dengan aktif kepada masyarakat.
JAWI lancar Akademi al-Quran, lahirkan lebih ramai qari, qariah berkualiti
Akademi tersebut adalah bagi mencungkil bakat baharu dalam Majlis Tilawah al-Quran, khususnya di Wilayah Persekutuan.
Kes khalwat, Ruhainies tampil cerita kronologi - "Hanya ajak makan bersama keluarga, tak buka pintu sebab…”
Pelakon Ruhainies akhirnya tampil mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kes tangkapan khalwatnya bersama rakan artis, Aliff Aziz pada Jumaat lalu.
Jawi sahkan tangkapan pasangan berkhalwat di kondominium
Jawi mengesahkan tangkapan pasangan dipercayai berkhalwat di sebuah kondo mewah di ibu kota pada malam Jumaat.
Pengurusan tandas terbaik: JAWI, MAIWP beri insentif RM120,000 untuk masjid, surau
Insentif itu akan diberikan setelah penilaian berkala dibuat dalam tempoh enam bulan secara konsisten.
JAWI komited laksana program bimbingan al-Quran, fardu ain kepada OKU
JAWI komited melaksanakan agenda dakwah kepada masyarakat Islam menerusi program pengukuhan dan kefahaman Islam serta kebajikan.