KUANTAN: Seramai 195 warga Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan dilaporkan masih berada di luar negara setakat Jumaat lepas (2 Sept), kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Daripada jumlah itu, mangsa paling ramai dilaporkan di Kemboja iaitu 148 orang diikuti Thailand (23 orang), Laos (22 orang) dan Myanmar (dua orang), dengan tindakan susulan termasuk usaha membawa balik sedang dilakukan.
Saifuddin berkata seramai 65 rakyat Malaysia di Kemboja, masing-masing 10 di Thailand dan Laos serta dua di Myanmar telah berjaya diselamatkan.
"Kementerian Luar ingin menasihatkan individu atau waris yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran kerja di luar negara untuk tampil membuat laporan polis bagi tindakan seterusnya. Semua laporan atau dokumen yang diterima akan disalurkan terus kepada Perwakilan Malaysia di negara terlibat.
"Tindakan susulan akan dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa negara terlibat, tertakluk kepada prosedur dan undang-undang negara terbabit melibatkan urusan siasatan, intipan, usaha menyelamat, dokumentasi dan sebagainya yang mungkin mengambil masa," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurut Saifuddin, pihak berkuasa tempatan negara terlibat, juga sentiasa memberikan kerjasama dan bantuan untuk mengesan mana-mana rakyat Malaysia yang dimaklumkan berada di negara mereka.
Beliau juga menasihatkan rakyat Malaysia untuk tidak mudah terpedaya dan sentiasa berwaspada dengan tawaran bekerja di luar negara, serta membuat semakan kesahihan tawaran itu dengan Pejabat Malawakil di negara terlibat atau di Wisma Putra.
Selain itu, mereka juga dinasihatkan supaya memastikan visa yang betul iaitu visa pekerjaan sebelum memulakan perjalanan, memastikan surat tawaran dan kontrak pekerjaan difahami dan dimeterai secara bertulis serta perjalanan ke negara terlibat menggunakan laluan sah.
"Mereka yang sering menjadi mangsa penipuan terdiri mereka yang berusia akhir belasan tahun dan awal 20-an yang tertarik dengan tawaran seperti gaji lumayan melebihi AS$2,000, elaun tinggi dan dijanjikan pelbagai kemudahan lain termasuk percutian berbayar dan sebagainya," katanya.
Saifuddin berkata individu atau waris yang menjadi mangsa boleh menghubungi Unit Bantuan Konsular Rakyat Malaysia di Luar Negara di e-mel [email protected] selain semua warganegara di luar negara dinasihatkan berdaftar dengan Perwakilan Malaysia berdekatan atau di https://ekonsular.kln.gov.my/login.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 04 2022

Saifuddin berkata seramai 65 rakyat Malaysia di Kemboja, masing-masing 10 di Thailand dan Laos serta dua di Myanmar telah berjaya diselamatkan. - Foto BERNAMA
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

12 lagi mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja berjaya diselamatkan - PM
Seramai 12 lagi warga Malaysia yang terperangkap dan menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya dibebaskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sindiket penipuan kerja: MHO, MCCC akan bawa memorandum kepada PBB
Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim berkata memorandum itu akan diserahkan kepada pejabat PBB di Putrajaya Khamis ini.

29 lagi rakyat Malaysia mangsa penipuan kerja di Kemboja dibawa pulang bermula hujung September
Seramai 29 lagi rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja yang masih berada di depoh imigresen negara itu dijangka dibawa pulang secara berperingkat bermula hujung bulan ini.

Ujian DNA sah identiti mangsa penipuan kerja di Mae Sot sebagai Zhen Feng
Keputusan ujian DNA pada Isnin menunjukkan Goi Chee Kong adalah 99.99 peratus bapa kandung kepada mangsa.

Luluh hati ibu bapa dapat tahu kematian anak ada kaitan dengan sindiket penipuan kerja
Zhan Feng dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang dan diseludup ke Myawaddy, Myanmar serta dipaksa bekerja.

195 mangsa sindiket penipuan kerja masih berada di luar negara - Saifuddin
Seramai 195 warga Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan dilaporkan masih berada di luar negara setakat Jumaat lepas (2 Sept).