KUALA LUMPUR: Sebanyak 38 keping cek berjumlah RM8.4 juta dikeluarkan menggunakan akaun bank AmIslamic milik Datuk Seri Najib Razak antara Mac 2011 dan Mei 2013.
Pengurus Kanan Bahagian Pusat Pemprosesan Cek AmBank, Badrul Hisam Mohamad ketika memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, turut mengecam tandatangan milik bekas Perdana Menteri itu yang diturunkan bagi kesemua transaksi cek tersebut.
Ketika membacakan pernyataan saksinya, Badrul Hisam, 48 tahun, berkata seramai 18 individu menerima cek tersebut termasuk bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gadam dan bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem, masing-masing berjumlah RM100,000, dengan jumlah keseluruhan RM2.1 juta.
Turut menerima wang daripada cek tersebut ialah lima UMNO bahagian, satu Barisan Nasional (BN) bahagian serta enam syarikat dalam tempoh yang sama.
Cek tersebut dibayar kepada UMNO Bahagian Pekan sebanyak RM300,000, Wanita UMNO Bahagian Pekan (RM70,000), UMNO Bahagian Machang (RM400,000), serta BN Bandar Tun Razak (RM200,000).
Selain itu, Najib turut mengeluarkan cek kepada Wanita UMNO Selangor dan UMNO Selangor, masing-masing berjumlah RM1.9 juta dan RM2 juta.
Saksi pendakwaan ke-36 itu dalam pernyataannya turut memaklumkan, Najib memberikan cek kepada syarikat Qalif Umar Creative sebanyak RM130,000 dan Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd berjumlah RM274,750.
Tiga lagi syarikat yang turut menerima bayaran ialah Gading Emas Management Services (RM50,000), Fanisa Consultancy And Services (RM95,000) dan Two One Holidays Malaysia Sdn Bhd (RM178,000), yang keseluruhannya berjumlah RM1,428 juta.
"Saya juga mengesahkan cek ini dikeluarkan oleh AmBank Islamic berdasarkan kepada kod khas yang terdapat pada cek tersebut, iaitu kod '49' yang mana ia diberikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM)," katanya.
Saksi itu berkata demikian dalam keterangan terhadap Najib, 69 tahun, yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Semalam, Badrul Hisham mengesahkan sejumlah 13 keping cek berjumlah RM1,289,750 atau lebih RM1.28 juta dikeluarkan dalam tempoh Mac hingga Ogos 2011.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Najib sedang menjalani hukuman 12 tahun penjara di Penjara Kajang selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Hasimi Muhamad
Wed Sep 07 2022
![1MDB: 38 cek berjumlah RM8.4 juta dikeluarkan, bayar kepada UMNO, bekas menteri - Saksi 1MDB: 38 cek berjumlah RM8.4 juta dikeluarkan, bayar kepada UMNO, bekas menteri - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662013766_TBNAJIBFLAG.jpg)
Najib sedang menjalani hukuman 12 tahun penjara di Penjara Kajang selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. - Gambar fail
![Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738927130_Jururawat.jpg)
Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA
MMA menggesa kerajaan agar memberi tumpuan kepada penambahbaikan kepada terma perkhidmatan dan imbuhan jururawat berbanding melonggarkan syarat kemasukan ke program diploma kejururawatan.
![Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738151815_Vape.jpg)
Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.
![Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025 Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613713139_PERODUALOGO.jpg)
Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini.
![Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738940860_AaronAgo.jpg)
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
![Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738939880_congo.jpg)
Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Aktivis hak asasi manusia melaporkan penganiayaan oleh pemberontak dan tentera Rwanda.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
![Kes 1MDB: Najib lantik Nik Faisal pemegang mandat lima akaun bank - Saksi Kes 1MDB: Najib lantik Nik Faisal pemegang mandat lima akaun bank - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661262272_NajibTunRazak.jpg)
Kes 1MDB: Najib lantik Nik Faisal pemegang mandat lima akaun bank - Saksi
Mahkamah diberitahu Datuk Seri Najib telah melantik bekas CEO 1MDB, Nik Faisal Ariff Kamil sebagai pemegang mandat bagi lima akaun banknya.
![Perbicaraan 1MDB Najib: Syarikat pelaburan tidak ikut proses sejak penubuhan - Saksi pendakwaan Perbicaraan 1MDB Najib: Syarikat pelaburan tidak ikut proses sejak penubuhan - Saksi pendakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661419488_TBNAJIBLAMBAIjpg.jpg)
Perbicaraan 1MDB Najib: Syarikat pelaburan tidak ikut proses sejak penubuhan - Saksi pendakwaan
Siti Zauyah berkata sepanjang pengetahuannya pelanggaran proses itu berlaku sejak penubuhan syarikat itu sehingga beliau bersara pada 2019.
![Najib dipenjara: 'Datuk Seri sihat' - Rosmah Najib dipenjara: 'Datuk Seri sihat' - Rosmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661416285_TBROSMAHjpg.jpg)
Najib dipenjara: 'Datuk Seri sihat' - Rosmah
Rosmah ketika ditemui media bagaimanapun enggan mengulas lanjut tahap kesihatan bekas Perdana Menteri itu.
![Adakah kes 1MDB dihadapi Najib bermula Isnin? Adakah kes 1MDB dihadapi Najib bermula Isnin?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41563809892_TBNAJIBRAZAKCOURT.jpg)
Adakah kes 1MDB dihadapi Najib bermula Isnin?
Pada Isnin, perbicaraan 1MDB Najib, yang juga dikenali sebagai perbicaraan Tanore dijadualkan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.