1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkata syarikat itu memberi perhatian serius kepada pandangan semua pihak, terutamanya Raja-Raja Melayu, berhubung kontroversi yang menyelubungi syarikat milik negara itu.
Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkata syarikat itu juga menghormati pandangan rakyat, kerajaan dan pembangkang dalam isu yang mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan.
"1MDB kini memberi tumpuan kepada pelan rasionalisasi, yang diumumkan pada Jun lepas, untuk mengurangkan hutang syarikat berjumlah RM42 bilion," katanya dalam program khas 'Bernama TV with Arul Kanda' menerusi Astro 502, HyppTV 410 dan www.bernama.com pada 10 malam ini.
Program itu dihoskan bersama penerbit Bernama TV Suriati Sanusi dan Timbalan Ketua Pengarang Bernama (Perkhidmatan Berita ekonomi) Mikhail Raj Abdullah.
Pada 6 Okt lepas, Raja-Raja Melayu menerusi satu kenyataan mahu supaya siasatan berkaitan 1MDB diselesaikan secepat mungkin dan "tindakan tegas yang sewajarnya" diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat.
Baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.
Memperjelaskan lebih lanjut tentang pelan rasionalisasi itu, Arul Kanda berkata ia terdiri daripada tiga bahagian utama. Bahagian pertama membabitkan penjualan ekuiti dalam syarikat tenaga Edra Global Energy Bhd untuk mengurangkan hutang 1MDB antara RM16 bilion dan RM18 bilion.
Bahagian kedua adalah pertukaran hutang dengan ekuiti dengan dana pelaburan kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC), yang akan mengurangkan hutang 1MDB sebanyak kira-kira RM16 bilion.
Bahagian ketiga adalah penjualan ekuiti 1MDB dalam Bandar Malaysia bernilai kira-kira RM11 bilion, kata Arul Kanda.
Mengenai dakwaan sesetengah pihak, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkaitan ketidakaturan kewangan, Arul Kanda berkata: "Kita perlu menegaskan pendirian berdasarkan fakta. Kita tidak boleh bergantung kepada dengar cakap, dakwaan dan kenyataan lain tanpa disokong keterangan serta bukti sewajarnya."
Arul Kanda turut menolak dakwaan bahawa hartawan Jho Low mempunyai kaitan dengan 1MDB, dan berkata ahli perniagaan itu tidak pernah dibayar atau diambil bekerja oleh syarikat berkenaan.
"Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Jho Low adalah penasihat kepada TIA (Lembaga Pelaburan Terengganu), sebelum saham dipindahkan kepada kerajaan Malaysia dan namanya ditukar kepada 1MDB. Beliau sebenarnya meletak jawatan pada pertengahan Mei 2009 sebelum saham TIA dibeli kerajaan," katanya.
Ditanya sama ada kontroversi tentang wang yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kaitan dengan 1MDB, Arul Kanda berkata: "Sudah tentu tidak. Hakikatnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyatakan secara terbuka bahawa wang itu tidak dikeluarkan daripada 1MDB dan dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri".
Mengenai dakwaan bahawa masalah kewangan 1MDB memberi lebih tekanan ke atas ringgit, Arul Kanda berkata berdasarkan ketidaktentuan nilai ringgit bulan lepas, tiada hubung kait antara masalah kewangan 1MDB dan penyusutan nilai ringgit.
"Ringgit dipengaruhi oleh kejatuhan harga minyak, misalnya. Selain itu, kebimbangan bagi pasaran memuncul seperti juga beberapa matawang lain yang mempunyai kaitan dengan harga komoditi, pasaran memuncul, dan penurunan nilai di China.
"Itu bukanlah untuk menyatakan 1MDB mempunyai kesan sifar. Mungkin terdapat beberapa kesan disebabkan ketidaktentuan, berikutan sedikit ketidakstabilan politik di negara ini yang mempengaruhi matawang. Ada pelbagai faktor. Untuk menyatakan ia disebabkan sebuah syarikat, saya rasa ia agak keterlaluan," katanya.
Beliau menolak dakwaan bahawa 1MDB gagal dua kali dalam membayar balik hutangnya, dan berkata syarikat itu memberi sepenuh komitmen kepada tanggungjawabnya untuk membayar balik hutang RM42 bilion.
"1MDB tidak pernah gagal dalam membayar balik mana-mana hutangnya. 1MDB sentiasa menepati jadual pembayaran," katanya.
Bernama
Wed Oct 28 2015

ARUL: 1MDB juga menghormati pandangan rakyat, kerajaan dan pembangkang dalam isu yang mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.

'Saya tidak pernah jejak Ambank untuk lakukan rasuah' - Najib
Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi KL bahawa, beliau tidak pernah menjejakkan kaki di Ambank Jalan Raja Chulan, di ibu negara untuk melakukan jenayah.

Najib tarik rayuan injunksi Mareva AS$681 juta terhadap 1MDB
Datuk Seri Najib Razak menarik balik rayuan untuk membatalkan injunksi Mareva yang diperoleh 1MDB dan 4 anak syarikatnya bagi menghalang beliau daripada memindah atau melupus aset sehingga AS$681 juta

Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik
Hakim dalam kes 1MDB Najib mengajukan soalan kepada pasukan pembelaan mengenai perbezaan antara perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan politik.

1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela
Pasukan pembelaan Najib Razak menegaskan, mahkamah tidak sepatutnya mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1MDB.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat

Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.

Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.