1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) telah berjaya dalam rayuan untuk mengetepikan Award Persetujuan terhadap International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS (Aabar PJS) di Mahkamah Rayuan di London.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Peguam Negara memaklumkan Mahkamah Rayuan itu telah meminda keputusan Mahkamah Tinggi England yang menghentikan permohonan oleh 1MDB dan MKD untuk mengetepikan Award Persetujuan yang dikemukakan oleh pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap entiti Emiriah Arab Bersatu (UAE) sementara menunggu prosiding timbang tara yang dimulakan oleh IPIC dan Aabar PJS di London.
Oleh itu, Mahkamah Tinggi mengarahkan timbang tara untuk memulakan mana-mana prosiding mahkamah.
Menurut kenyataan itu, berikutan keputusan pada Selasa, permohonan 1MDB dan MKD untuk mengetepikan Award Persetujuan kini boleh diteruskan untuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi di London.
Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Canselor Sir Geoffrey Vos, Lord Justice Newey dan Lord Justice Males juga memerintahkan prosiding timbang tara selari yang dimulakan oleh kedua-dua pihak untuk dihalang.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas, jika Malaysia berjaya, negara akan, sebagai tambahan kepada hak-hak lain, dapat meneruskan usaha mendapatkan US$3.5 bilion yang dibayar oleh dana 1MDB kepada syarikat subsidiari IPIC.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 26 2019

Tommy Thomas berkata, jika Malaysia berjaya, negara akan dapat meneruskan usaha mendapatkan US$3.5 bilion yang dibayar oleh dana 1MDB kepada syarikat subsidiari IPIC. - Gambar fail
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.
Kastam Perak bongkar taktik simpan rokok seludup di kubur
Meletakkan lori berisi kontraban di kawasan sunyi, termasuk tanah perkuburan. Satu taktik yang unik, namun Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak berjaya membongkar kegiatan sindiket penyeludupan itu selepas menangkap dua lelaki dalam serbuan pada 21 Januari lalu.

Imigresen nafi dakwaan dera di depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan berlakunya kejadian dera di depot tahanan jabatan terbabit di Selangor, seperti yang tular di media sosial hari ini.
JAS pasang alat ukur kualiti udara, kebakaran kilang karpet
JAS Negeri Sembilan memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan kebakaran kilang karpet di Nilai 3.
Pemukiman Jemaah Menteri tahun 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa prestasi sebahagian menteri Kabinet belum sempurna dan masih ada ruang untuk penambahbaikan.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.

Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
AWANI Borneo [22/2/2025] – Air Oh Air | Ramadan | Pembangunan Luar Bandar
#AWANIBorneo bersama Nickyson Nyambar
- Penutupan separa LRA Telibong, gangguan air di KK & Tuaran
- Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
- Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Penutupan separa LRA Telibong, gangguan air di KK & Tuaran
- Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
- Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.

'Saya tidak pernah jejak Ambank untuk lakukan rasuah' - Najib
Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi KL bahawa, beliau tidak pernah menjejakkan kaki di Ambank Jalan Raja Chulan, di ibu negara untuk melakukan jenayah.

Najib tarik rayuan injunksi Mareva AS$681 juta terhadap 1MDB
Datuk Seri Najib Razak menarik balik rayuan untuk membatalkan injunksi Mareva yang diperoleh 1MDB dan 4 anak syarikatnya bagi menghalang beliau daripada memindah atau melupus aset sehingga AS$681 juta

Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik
Hakim dalam kes 1MDB Najib mengajukan soalan kepada pasukan pembelaan mengenai perbezaan antara perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan politik.

1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela
Pasukan pembelaan Najib Razak menegaskan, mahkamah tidak sepatutnya mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1MDB.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat

Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.

Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.