PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap veteran DAP itu.
Tiga panel hakim yang terdiri daripada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan serta Datuk Abu Bakar Jais memutuskan bahawa ia bukan kes yang wajar untuk mahkamah memberikan kebenaran.
Tengku Maimun berkata, Mahkamah Tinggi telah memutuskan mengikut penilaiannya terhadap bukti dan prinsip undang-undang yang ada dan Mahkamah Rayuan telah mengesahkan keputusan itu.
Beliau berkata lima persoalan undang-undang yang dicadangkan oleh peguam Mohamed Apandi bukanlah sesuatu yang baharu yang patut dihujahkan di Mahkamah Persekutuan dan mengarahkan Mohamed Apandi membayar kos RM30,000.
Berikutan kegagalan Mohamed Apandi untuk mendapatkan kebenaran, keputusan Mahkamah Rayuan pada 2 Nov tahun lalu yang memihak kepada Lim, kekal.
Mohamed Apandi, 74, memfailkan permohonan kebenaran merayu pada 1 Dis tahun lalu selepas dia gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan.
Samannya terhadap veteran DAP itu adalah berhubung artikel mengenai skandal 1Malaysia Development Bhd (IMDB) yang telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 23 Mei 2022.
Dalam samannya yang difailkan pada 2019, Mohamed Apandi mendakwa bahawa pada 6 Mei 2019, Lim telah menulis dan menyebabkan terbitnya artikel bertajuk "Dangerous fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity" dalam Malaysiakini.
Beliau mendakwa kononnya kata-kata fitnah dalam artikel itu membayangkan bahawa dia terlibat dalam jenayah dan bersubahat dalam skandal kewangan 1MDB, adalah seorang yang tidak bermoral dan berintegriti, tidak beretika dan telah menyalahgunakan kuasa ketika menjadi Peguam Negara.
Mohamed Apandi, yang menjadi Peguam Negara dari 27 Julai 2015 hingga 4 Jun 2018, berhujah bahawa perkataan fitnah itu adalah tidak benar dan ditulis dengan niat untuk mencemarkan imej dan kredibilitinya sebagai bekas Peguam Negara Malaysia untuk publisiti murahan.
Dia menuntut ganti rugi teruk dan teladan serta RM10 juta sebagai ganti rugi am, injunksi untuk menghalang Lim dan/atau ejennya daripada menerbitkan semula perkataan yang didakwa berunsur fitnah itu dan pampasan lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azimah Omar (kini hakim Mahkamah Rayuan), dalam menolak saman Mohamed Apandi, memutuskan bahawa Lim berjaya mewajarkan keistimewaan yang dia layak apabila membuat kenyataan tersebut kerana skandal 1MDB melibatkan jenayah, pelanggaran undang-undang, kesan sosial dan ekonomi kepada ekonomi negara termasuk juga terhadap akhlak pemimpin dan agensi tertinggi negara.
Mohamed Apandi diwakili peguam Liew Teck Huat, Rueben Mathiavaranam, M.Visvanathan dan V.Sanjay Nathan manakala Sangeet Kaur Deo, Harshaan Zamani dan Simranjit Kaur mewakili Lim.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024

Tiga panel Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa ia bukan kes yang wajar untuk mahkamah memberikan kebenaran. - Gambar fail

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

Pegawai khas bekas Peguam Negara fail rayuan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown
Pegawai khas bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya.

1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.

Apandi gagal merayu saman Kit Siang
Tan Sri Mohamed Apandi Ali gagal dalam rayuannya berhubung kes saman fitnah RM10 juta terhadap Penasihat DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.

Tun M jawab soalan Apandi isu tuntutan Pulau Batu Puteh, Sulu dan kekayaan anaknya
Jika Malaysia memungkiri perjanjian antarabangsa, negara lain tidak akan percaya Malaysia mampu menunaikan perjanjian sekali gus menyebabkan negara akan hilang kredibiliti.

Mahkamah tolak saman fitnah Apandi terhadap Kit Siang
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman RM10 juta yang difailkan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap veteran DAP Lim Kit Siang.

Mohamed Apandi sedia selesai kes saman Dr Mahathir, kerajaan secara mediasi
Tan Sri Mohamed Apandi Ali bersedia untuk menyelesaikan kes samannya terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan secara baik menerusi proses mediasi.

UMNO belum terima surat peletakan jawatan Apandi - Annuar
Annuar enggan mengulas lanjut berhubung keputusan Apandi itu ekoran tiada surat rasmi diterima pihaknya.

'Malaysia kini tiada Peguam Negara' - Tun M
"Kami telah meletakkan sekatan tertentu ke atas beberapa orang yang dipercayai mungkin terlibat dalam melakukan kesalahan," kata Perdana Menteri.

Hubungan Malaysia dan Singapura tidak terjejas oleh kes Pulau Batu Puteh
Hubungan Malaysia dengan Singapura tidak akan terjejas susulan permohonan bagi semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh.

Jabatan Peguam negara kekal teguh sekalipun 'diserang' hebat, kata Apandi
Jabatan Peguam Negara (AGC) kekal teguh sekalipun menerima serangan kritikan yang hebat tahun lalu, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.