KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam perbicaraan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoalkan pasukan pembelaannya dalam mengemukakan soalan yang tidak relevan kepada bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB Tan Sri Ismee Ismail, yang merupakan saksi pendakwaan ke-13.
Ketua pasukan pendakwaan Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa soalan yang dikemukakan oleh peguam Najib, Datuk Hariharan Tara Singh tidak relevan dan meminta mereka (mengajukan soalan) yang lebih baik untuk menjimatkan masa mahkamah.
"Saya tidak lihat kaitannya. Saya sudah lama bersabar dengan semua dokumen yang dikemukakan kepadanya, ia mestilah ada kaitan dengan soalan itu.
"Jadi, saya akan sangat berterima kasih sekiranya rakan saya dapat menerangkan kepada kami dan Yang Arif, kaitan soalan yang telah diajukan kepada Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi (bekas CEO 1MDB)," kata Sri Ram.
Dalam pemeriksaan balas, Hariharan bertanya kepada Ismee mengenai kejadian yang berlaku melibatkan Shahrol dan Pengarah Eksekutif 1MDB Casey Tang.
Peguam itu berkata kaitan soalan itu adalah untuk menunjukkan bahawa Shahrol dan Tang adalah orang utama yang mewakili pengurusan 1MDB dalam transaksi tertentu dan mereka adalah orang yang tidak mematuhi keputusan lembaga pengarah.
"Pihak pembelaan ingin menegaskan bahawa Shahrol dan Tang bertindak bertentangan dengan mandat lembaga (pengarah). Apa yang kami mahu tunjukkan ialah bagaimana kedua-dua individu ini telah memanipulasi skim ini dan kami menanyakan mengenai pendirian lembaga pengarah 1MDB mengenainya," tambah beliau.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian menegaskan bahawa ia tidak mengapa jika Ismee ditanya tentang apa yang dia tahu.
"Jika dia tahu atau jika dia mempunyai pengetahuan peribadi tentang apa sahaja yang kamu tanya, ia adalah bagus. Tetapi kebanyakan yang anda tanya, dia tidak mengetahuinya," kata hakim.
Hakim itu berkata jawapannya sudah tersedia di dalam dokumen dan pihak pembelaan boleh menukar soalan dengan meletakkan cadangan mereka dengan cara yang mudah bagi Ismee bersetuju atau tidak bersetuju dan bukannya mengulangi kandungan yang telah dinyatakan dalam dokumen itu.
"Saya tidak nampak kesudahan untuk saksi pada masa akan datang jika ia berterusan begini. Bolehkah perkara ini kita buat kesimpulan? tanya hakim.
"Hanya tanya (Ismee) apa yang anda mahu kemukakan dalam kes anda dan tinggalkan yang lain untuk penghujahan," kata hakim.
Bagaimanapun peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata jika mahkamah berpendapat sedemikian, ia adalah kerana bagaimana Shahrol dan yang lain meletakkannya seperti itu untuk mengelirukan semua orang.
"Ini adalah kes yang sangat rumit. Kes ini melibatkan banyak dokumen dan transaksi. Ia bukanlah kes yang mudah diputuskan atau diselesaikan," katanya.
Najib, 68, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 22 2022

Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Gambar/ Shahir Omar
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

1MDB: Pendakwaan pertikai soalan tidak relevan oleh pihak pembelaan Najib
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoalkan pasukan pembelaannya dalam mengemukakan soalan yang tidak relevan kepada Tan Sri Esmee Ismail.

SC selesaikan siasatan ke atas Goldman Sachs, terima penyelesaian 1MDB bernilai AS$3.9 bln
Suruhanjaya Sekuriti telah menyelesaikan siasatannya ke atas Goldman Sachs International, Goldman Sachs (Asia) LLC dan Goldman Sachs (Singapore) Pte kerana terlibat dalam asma untuk menipu kerajaan Ma

Bon 1MDB: Goldman Sachs Singapore akan bayar AS$122 juta kepada kerajaan Singapura
Goldman Sachs Singapore Pte (GSSP) akan membayar AS$122 juta kepada kerajaan Singapura atas peranannya dalam penawaran bon 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

'Kenyataan SPRM tidak benar, tiada persetujuan bebaskan Riza' - Tommy Thomas
Tommy Thomas berkata, tidak ada sebarang persetujuan untuk membebaskan Riza daripada pertuduhan.

Equanimity: Harga penuh pembelian dibayar dalam tempoh ditetapkan
Genting Malaysia Bhd menjadi pemilik baharu kapal layar mewah Equanimity selepas keuntungan jualan lebih RM0.5 bilion telah dikreditkan ke dalam akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Tiada agenda politik di sebalik laporan audit 1MDB - Ambrin
Saksi berusia 70 tahun itu berkata beliau hanya khuatir untuk membentangkan dapatan JAN kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Notis kompaun SPRM: Wang diterima ITBM untuk penerbitan buku
ITBM yang juga antara entiti yang dikatakan menerima wang daripada 1MDB menjelaskan bahawa wang yang diterima adalah bayaran bagi khidmat penerbitan dan jualan buku.

Adakah kes 1MDB dihadapi Najib bermula Isnin?
Pada Isnin, perbicaraan 1MDB Najib, yang juga dikenali sebagai perbicaraan Tanore dijadualkan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.

Tawaran pampasan RM1 bilion Goldman Sachs 'tidak memadai' - Dr Mahathir
Kementerian Kewangan akan menentukan jumlah pampasan sewajarnya yang perlu dibayar oleh bank pelaburan itu.

Sejak saya masuk kerja sampai sekarang saya 'uphold' integriti saya - Shukri Abdull
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menekankan kepentingan integriti dalam dirinya antaranya mengotakan janji yang dibuat kepada PM.