KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yang berdepan pertuduhan memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah akan mendapat perbicaraan yang adil sekiranya kes itu dijalankan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.
Timbalan Pendakwa Raya Noor Haslinda Che Seman dalam hujahannya berkata ini adalah kerana sepanjang proses pendakwaan kes itu, tiada sebarang campur tangan daripada pihak istana (Terengganu).
Menurut Noor Haslinda pegawai mahkamah yang telah dilantik dalam kes itu juga akan menjalankan tugas dengan adil serta saksama, tidak mengira sama ada kes itu melibatkan pihak istana atau kes kepentingan awam.
"Tidak ada satu keterangan yang konklusif dikemukakan pemohon (Rewcastle-Brown) dalam hujahan mereka yang menunjukkan Mahkamah Majistret berkemungkinan akan bertindak tidak adil dalam pendengaran kes ini.
"Saya percaya kewibawaan hakim bicara tidak perlu dipertikai kerana ia menjurus kepada penghinaan mahkamah. Saya mohon mahkamah menolak permohonan pemohon," katanya ketika berhujah dalam permohonan Rewcastle-Brown untuk memindahkan kes mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Sultanah Nur Zahirah melalui buku 'The Sarawak Report - The Inside Story of the 1MDB Expose', dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu ke Mahkamah Tinggi di sini.
Selain itu, Noor Haslinda berkata pemohon sepatutnya memfailkan permohonan untuk memindahkan kes itu di Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu bukannya di Mahkamah Tinggi di sini.
"Pemohon seharusnya membuat permohonan itu kepada Majistret sebagai hakim bicara jika terdapat sebarang isu berkaitan Perlembagaan Persekutuan bagi rujukan dibuat ke Mahkamah Tinggi sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964," katanya dan menambah sebutan kes itu ditetapkan Khamis ini di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.
Mengenai notis waran tangkap terhadap Rewcastle-Brown bagi membolehkannya hadir di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu supaya pertuduhan dibacakan terhadapnya, Noor Haslinda berkata notis itu diserah melalui Interpol, namun ia gagal diserahkan kepada wanita itu.
Terdahulu, peguam Guok Ngek Seong yang mewakili Rewcastle-Brown berkata anak guamnya memohon untuk memindahkan kesnya ke Mahkamah Tinggi di sini berikutan beliau bimbang kemungkinan terdapat sikap pilih kasih dalam perbicaraan kes itu.
"Pemohon tidak mempersoalkan integriti mahkamah rendah tetapi dia mungkin bimbang tidak mendapat perbicaraan yang adil kerana Mahkamah Majistret berada di negeri yang sama dan laporan polis dibuat terhadapnya oleh pihak istana," kata peguam itu.
Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Hakim K. Muniandy menetapkan 21 Jun ini bagi keputusan sama ada membenarkan permohonan Rewcastle-Brown atau tidak.
Rewcastle-Brown yang berasal dari United Kingdom didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu secara tanpa kehadiran tertuduh pada 23 Sept 2021 atas pertuduhan itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2023

Rewcastle-Brown memohon untuk memindahkan kesnya ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan bimbang kemungkinan terdapat sikap pilih kasih dalam perbicaraan kes itu. - Gambar fail

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.