IPOH: Kira-kira 2,000 petugas barisan hadapan industri pelancongan di Perak belum menerima vaksin, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi.
Beliau berkata pihaknya telah membuat permohonan kepada Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dan menunggu kelulusan agar suntikan vaksin dapat diberikan kepada kesemua petugas barisan hadapan industri pelancongan negeri ini.
"Kami sudah meminta kelulusan CITF agar mereka yang berdaftar dengan Tourism Perak ini mendapatkan suntikan vaksin sekurang-kurangnya pada bulan ini.
"Ia bergantung kepada bekalan vaksin yang ada. Kami akan guna segala platform yang ada untuk mendapatkan vaksin sesegera mungkin," katanya ketika dihubungi Bernama.
Terdahulu, Nolee selepas menyampaikan 300 bakul makanan kepada wakil peniaga di sini semalam berkata, pihaknya menerima lebih 5,000 nama pemain industri pelancongan Perak yang berdaftar melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
"Daripada jumlah itu kira-kira 3,000 orang yang kami saring telah menerima suntikan vaksin di daerah masing-masing.
"Jadi kira-kira 2,000 lagi khasnya petugas barisan hadapan industri pelancongan perlu divaksin termasuk sektor perhotelan, inap desa dan sebagainya," katanya.
Sementara itu beliau berkata lima kawasan utama pelancongan di negeri ini akan dijadikan sebagai kawasan COVID-19 Free Destination yang akan diiktiraf MOTAC iaitu Ipoh, Kuala Kangsar, Kampar, Batu Gajah, dan Lumut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 05 2021

Daripada lebih 5,000 pemain industri pelancongan Perak yang berdaftar melalui MOTAC, kira-kira 3,000 telah menerima suntikan vaksin di daerah masing-masing. - Gambar hiasan/Bernama
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kertas Putih Vaksin: KKM akan pastikan perolehan dilaksankan lebih teliti, berintegriti
Ia bertepatan dengan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Februari lepas berhubung Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19.

COVID-19: Tiada respons dari Korea Utara terhadap tawaran vaksin AS
Korea Utara menolak tawaran vaksin daripada Covax serta dari Korea Selatan, malah dilaporkan turut menolak beberapa tawaran bantuan lain.

67 peratus Orang Asli sudah divaksin - Mahdzir
Data terkini juga menunjukkan seramai 172,155 Orang Asli layak divaksin melibatkan golongan dewasa berjumlah 144,180 orang dan 27,975 remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

COVID-19: Vietnam lulus penggunaan vaksin Abdala
Vaksin Abdala adalah vaksin ke-8 yang diluluskan untuk kegunaan kecemasan di Vietnam.

76.2 peratus populasi dewasa di Malaysia lengkap divaksinasi - JKJAV
76.2 peratus atau 17,833,355 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 setakat Rabu.

COVID-19: 72.7 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi - JKJAV
PICK terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila lebih 17.02 juta individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat Sabtu.

CITF diminta tambah tujuh lagi PPV bergerak di Johor - Menteri
CITF diminta untuk menambah tujuh lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak dan jangkauan luar di Johor.

COVID-19: 65.9 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi
Perkembangan tersebut turut disumbang oleh pemberian vaksin harian dengan 369,280 dos semalam.

Sabah harap peroleh lebih 2.88 juta dos vaksin bulan ini
JKNS menyasarkan purata pemberian 60,000 dos vaksin itu dalam sehari kepada penduduk.

COVID-19: 65.1 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi - JKJAV
PICK terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila sebanyak 65.1 peratus atau lebih 15.24 juta individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah lengkap menerima dua dos vaksin.