ALOR SETAR: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) mengenal pasti kawasan sawah seluas 2,325 hektar di Kedah dan Perlis berisiko mengalami masalah tanah jerlus yang menjejaskan pengeluaran padi.
Pengerusi Mada, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, hasil tinjauan yang dilakukan sehingga 20 September lalu, mendapati 1,533 hektar adalah kawasan di bawah seliaan pihaknya.
Katanya, daripada jumlah itu pula, kawasan sawah seluas 792 hektar seliaan Mada sudah disahkan mengalami masalah berkenaan.
“Kejadian tanah jerlus ini berlaku disebabkan oleh fenomena perubahan iklim dan cuaca yang tidak menentu, di mana hujan lebat berlaku pada musim kering iaitu pada bulan Februari dan Mac 2022 mengakibatkan takungan air di kawasan sawah.
“Ini menyebabkan tiada tempoh rehat tanah menyebabkan keupayaan galas tanah menjadi rendah dan mengganggu struktur tanah di kawasan terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Tarmizi berkata, Mada telah merancang tindakan segera bagi mengatasi masalah tanah jerlus yang menjadi semakin serius melibatkan beberapa skop dan komponen pelaksanaan.
Katanya, antaranya adalah pemberian Bantuan Wang Ihsan kepada peladang-peladang yang tidak dapat menjalankan penuaian padi Musim 1/2022.
Beliau berkata, turut dilakukan kerja-kerja pemulihan infrastruktur kecil serta pembersihan saluran air serta penggunaan kaedah dan bahan pemulihan tanah sawah.
“Mada akan mengkaji semula cadangan Jadual Penanaman Padi berdasarkan kepada faktor seperti keperluan tempoh rehat tanah, turunan hujan, tempoh penuaian tidak berlaku di dalam musim hujan, penggunaan varieti dan tempoh matang padi serta penggunaan input dan jentera pertanian bagi mengelakkan kerosakan pada struktur tanah sawah yang menyumbang kepada faktor masalah tanah jerlus,” katanya.
Beliau berkata, pesawah disarankan untuk menggunakan kaedah penanaman yang bersesuaian mengikut lokasi seperti kaedah tabur dalam air dan sentiasa mematuhi Jadual Penanaman Padi yang dikeluarkan Mada bagi mengelakkan pembaziran air.
Katanya, Mada proaktif dalam melaksanakan program pembangunan tanaman padi bagi memastikan para peladang di Kawasan Muda dapat meningkatkan hasil dan pendapatan.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Sep 25 2022

Ahmad Tarmizi (empat dari kiri) mengadakan pertemuan dengan petani berhubung isu tanah jerlus. - Gambar/ Mada
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Banjir: Lebih 5,000 hektar sawah dalam kawasan MADA terjejas
Pihak MADA akan mengenal pasti kerosakan tanaman padi di peringkat kawasan melalui bancian yang akan dijalankan selepas air surut.

MADA aktifkan Pelan Persediaan Banjir hadapi fenomena La Nina
Pada September 2022 hingga Februari 2023, Perlis diramal menerima taburan hujan antara 200-300mm dan Kedah, antara 290-440mm.

'Jerami Kingdom' tarikan pengunjung di Pesta Angin Timur 2020
Kebanyakan pengunjung yang hadir seawal jam 8 pagi tidak melepaskan peluang merakam gambar dan berswafoto bersama susunan gulungan jerami itu yang disifatkan unik dan menarik.

BAJET 2015: Mada harap kerajaan teruskan insentif tanaman padi
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) berharap kerajaan dapat meneruskan insentif dan subsidi bagi penanaman padi dalam Bajet 2015 bagi membolehkan hasil padi negara dipertingkatkan.