Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyaman 2,511 pengguna lalu lintas atas pelbagai kesalahan di tiga negeri - Melaka, Johor dan Negeri Sembilan - dalam operasi dilaksanakan sempena sambutan Aidilfitri.
Komander Subtek Ops Selamat Zon Selatan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Supt Gan Chip Poh berkata operasi itu berlangsung selama 13 hari bermula 29 Jun lepas.
Katanya, saman berkenaan dikeluarkan serta-merta kepada pesalah lalu lintas dalam rondaan selama 24 jam oleh 77 anggota dan pegawai trafik di tiga buah negeri berkenaan.
Beliau yang juga Pegawai Turus Penyelidik Kaji Dasar Trafik JSPT Bukit Aman berkata daripada jumlah itu sebanyak 1,016 saman dikeluarkan di Negeri Sembilan, Johor (942) dan Melaka (553).
"Sebanyak 76 saman melibatkan kesalahan menggunakan lorong kecemasan, 31 daripadanya di Johor, Negeri Sembilan (30) dan Melaka (15)," katanya pada sidang akbar di sini, hari ini.
Turut hadir DSP Operasi Kontinjen JSPT Bukit Aman DSP Bakri Zainal Abidin.
Mengulas lanjut, Gan berkata sebanyak 50 kes kemalangan maut dicatatkan dengan jumlah kematian seramai 60 orang sepanjang tempoh berkenaan, satu penurunan dari sebanyak 28 kes kemalangan maut dan 20 kematian dalam Ops Selamat sempena Aidilfitri tahun lepas.
"Kita menjalankan rondaan penguatkuasaan ini melibatkan kenderaan dan 12 motosikal di ketiga-tiga negeri ini sehingga tamat Ops ini Rabu ini," katanya.
Sementara itu, Bakri berkata sebanyak 5,000 Mobilecops digunakan anggota trafik di seluruh negara bagi merekodkan kesalahan pesalah lalu lintas serta mengesan mereka yang terlibat dalam pelbagai kesalahan terutama warga asing.
Bernama
Mon Jul 11 2016

Saman dikeluarkan serta-merta kepada pesalah lalu lintas dalam rondaan selama 24 jam oleh 77 anggota dan pegawai trafik di tiga buah negeri tersebut. - Gambar fail
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.

Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.

'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.

Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.

Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.