IPOH: Dua aktivis sebuah parti politik ditahan kerana dipercayai mengganggu ketenteraman awam dan menghalang tugas penjawat awam di sebuah lot tanah persendirian, berdekatan Taman Chepor Impian, di sini, hari ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam pada jam 8.35 pagi melaporkan terdapat sekumpulan lelaki menghalang dan mengganggu kerja pembersihan tanah di kawasan terbabit.
"Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan Balai Polis Kuala Kuang dihantar ke lokasi tersebut.
"Didapati sekumpulan lelaki warga tempatan sedang menghalang kerja-kerja pembersihan tanah di situ, selain itu mereka gagal membuktikan hak pemilikan ke atas tanah berkenaan.
"Polis menasihatkan mereka supaya bersurai bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini di samping mereka juga melakukan kesalahan pencerobohan. Kebanyakan mereka kemudian bersurai.
"Bagaimanapun terdapat dua lelaki memperkenalkan diri sebagai ahli sebuah parti politik enggan memberi kerjasama dan melakukan provokasi. Polis kemudian menahan mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Jelasnya polis terpaksa menjalankan tangkapan ke atas dua individu berkenaan mengikut Seksyen 186 dan 447 Kanun Keseksaan.
Katanya tindakan itu diambil selepas tiga kali amaran diberikan bagi mengelakkan mereka terus menghasut, mengganggu ketenteraman awan serta menceroboh kawasan tersebut.
Beliau berkata, pihaknya memberi amaran tegas kepada pihak yang berkepentingan supaya tidak menghasut orang ramai melakukan tindakan yang menggugat ketenteraman awam.
"Ia termasuk menceroboh tanah milikan orang lain kerana ia merupakan tindakan tidak bertanggungjawab serta menyalahi undang-undang," katanya.
Aida Aziz
Wed Apr 13 2022
![2 aktivis ditahan halang tugas penjawat awam, ganggu ketenteraman 2 aktivis ditahan halang tugas penjawat awam, ganggu ketenteraman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649841104_MiorFaridalathrash.jpg)
Mior Faridalathrash berkata, polis terpaksa menjalankan tangkapan ke atas dua individu berkenaan mengikut Seksyen 186 dan 447 Kanun Keseksaan. - Gambar fail
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
PBB bimbang keadaan tebusan Israel dan tahanan Palestin
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan tebusan Israel serta tahanan Palestin yang dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
![Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739231486_BretBaier.jpg)
Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump
"Saya akan memilikinya (Gaza). Anggap ini sebagai pembangunan hartanah untuk masa depan. Ia akan menjadi sebidang tanah yang indah. Tidak memerlukan perbelanjaan besar."
Negara-negara Arab tolak cadangan Trump untuk Gaza
Mesir menegaskan bahawa negara-negara Arab menyokong Palestin dalam menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan mengambil alih kawalan wilayah itu.
Trump cadang halang rakyat Palestin kembali ke Gaza
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mencadangkan bahawa rakyat Palestin tidak akan diberi hak untuk kembali ke Semenanjung Gaza di bawah pelan pembangunan semula kawasan tersebut.
Hamas henti bebas tebusan, dakwa Israel langgar perjanjian
Hamas pada Isnin umum akan menghentikan pembebasan tebusan Israel sehingga notis lanjut susulan dakwaan pelanggaran perjanjian gencatan senjata oleh Israel di Gaza.
![BAMTC 2025: Pang Ron terkejut, teruja ketuai cabaran Malaysia di Qingdao BAMTC 2025: Pang Ron terkejut, teruja ketuai cabaran Malaysia di Qingdao](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739226960_bamtc.jpg)
BAMTC 2025: Pang Ron terkejut, teruja ketuai cabaran Malaysia di Qingdao
Pang Ron berharap dapat memimpin rakan sepasukan dengan baik selain menerapkan semangat juang tinggi ketika berentap di Conson Gymnasium.
![2 aktivis ditahan halang tugas penjawat awam, ganggu ketenteraman 2 aktivis ditahan halang tugas penjawat awam, ganggu ketenteraman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649841104_MiorFaridalathrash.jpg)
2 aktivis ditahan halang tugas penjawat awam, ganggu ketenteraman
Polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 8.35 pagi melaporkan terdapat sekumpulan lelaki menghalang dan mengganggu kerja pembersihan tanah di kawasan terbabit.