KOTA BHARU:Dua anggota polis yang dipercayai terbabit dalam kejadian pemerasan, cabul dan memaksa pasangan kekasih melakukan kelucahan melampau termasuk seks oral dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu dengan lapan pertuduhan, pada Isnin.
Lans Koperal Mohd Hanafi Mohd Zaki, 35, dan Konstabel Mohammad Izauddin Abd Wahab, 30, berhadapan tiga pertuduhan secara bersama manakala lima lagi secara berasingan.
Bagaimanapun kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Berdasarkan pertuduhan, Mohd Hanafi dan Mohammad Izauddin didakwa mengarahkan mangsa lelaki berusia 20-an melakukan kelucahan melampau terhadap teman wanitanya berusia 20-an di kawasan kilang terbiar di Padang Tembak, di sini antara jam 10.45 hingga 12 tengah malam, 4 Disember lepas.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, kedua-dua tertuduh didakwa mengarahkan wanita itu melakukan seks oral terhadap teman lelakinya serta melakukan pemerasan dengan meminta RM1,250 sebagai dorongan agar mereka tidak dibawa ke pejabat agama pada tarikh dan lokasi yang sama.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 377D dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azlinawati Mohd Arshad manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mohd Firdaus Zainal Abidin dan Majdah Mohamad.
Sementara itu, dalam dua pertuduhan berasingan, Mohd Hanafi didakwa mencabul wanita itu dan mengarahkan teman lelakinya menanggalkan pakaian dengan maksud untuk mengaibkan mangsa pada masa dan tarikh yang sama di dalam sebuah kereta.
Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan selain hukuman penjara sehingga lima tahun.
BACA: Anggota polis paksa pasangan tunang lakukan seks dalam kereta ditahan
Bagi tiga pertuduhan ke atas Mohammad Izauddin, tertuduh didakwa mencederakan mangsa lelaki dengan menumbuk belakang telinga sehingga lebam, mengarahkan teman wanitanya berbogel dengan niat mengaibkan mangsa dan melakukan persetubuhan luar tabii dengan mangsa.
Kejadian itu dilakukan antara jam 10.45 hingga 12 malam di jambatan Pak Nik Lah dan tempat letak kereta di sebuah masjid di Padang Tembak.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara satu tahun atau denda serta Seksyen 509 kanun yang sama.
Mahkamah menetapkan ikat jamin RM20,000 bagi Mohd Hanafi dan RM30,000 bagi Mohammad Izauddin dengan empat penjamin.
Hakim menetapkan 17 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Muhafandi Muhamad
Mon Dec 14 2020

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. -Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Video tular anggota polis dimarahi depan IPD Kulai, empat lelaki ditahan
Polis menahan empat lelaki tempatan selepas tular satu video memaparkan kejadian seorang anggota polis dimarahi di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pada Selasa.

Polis terima laporan gangguan seksual anggota polis terhadap aktivis pelajar
Polis menerima laporan daripada seorang aktivis pelajar yang mendakwa diganggu secara seksual oleh anggota agensi keselamatan itu ketika keterangannya direkodkan.

Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa ini.

Filipina ambil tindakan terhadap 2,765 anggota polis bermasalah pada 2024
Filipina telah mengambil tindakan disiplin terhadap 2,765 anggota polis sepanjang 2024, dengan 903 daripadanya dipecat.

Anggota polis wanita positif dadah, ditahan berhibur sambut tahun baharu
Seorang anggota polis wanita ditahan ketika berhibur di sebuah pusat hiburan dalam satu operasi khas Ops Hiburan sempena sambutan Ambang Tahun Baharu di Jalan Tun Razak, awal pagi Rabu.

Anggota polis dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama rakan di tali air
Seorang anggota polis berpangkat koperal dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan air deras semasa mandi-manda bersama rakan-rakannya di tali air.

Anggota polis didakwa rompak jongkong emas bernilai lebih RM500,000
Koperal Muhammad Arieff Marhalim, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

JIPS mulakan siasatan berkaitan anggota polis tunjuk isyarat lucah
Polis belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian berkenaan dan menyeru wanita terbabit tampil membuat laporan bagi memudahkan siasatan lanjut dijalankan.

Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan
Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis daripada 469 keluarga di Kelantan terjejas akibat banjir, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.