JOHOR BAHRU: Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai terlibat pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, malam tadi.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata masing-masing yang berusia 30 dan 50 tahun serta mengalami kecederaan ringan, ditahan di sekitar bandar raya ini dan Kota Tinggi, hari ini.
Beliau berkata seorang daripada mereka menerima empat jahitan di kepala dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kota Tinggi.
Menurut Kamarul Zaman, pergaduhan kira-kira 9 malam itu dipercayai berpunca akibat salah faham antara dua kumpulan peserta motosikal tempatan dan Amerika Syarikat manakala usaha sedang dijalankan untuk mengesan individu lain yang terlibat.
"Kita sedang menjalankan siasatan berapa ramai yang terlibat. Setakat ini, kumpulan antarabangsa dari Arizona, Amerika Syarikat dipercayai membabitkan antara 70 hingga 80 orang.
"Mungkin ada cabar-mencabar antara kumpulan terlibat, bagaimanapun siasatan terperinci sedang dijalankan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Beliau berkata seramai 350 anggota polis menjaga keselamatan dalam penganjuran DIBW 2023 itu, sekali gus menjelaskan pergaduhan berjaya dileraikan dan dikawal oleh pihaknya sebaik pergaduhan tercetus.
Kamarul Zaman berkata pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang membuat onar serta mencetuskan pergaduhan dalam program itu.
"Pergaduhan seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana program ini bertujuan mengeratkan silaturahim antara peminat motosikal berkuasa tinggi. Saya ingin memberi amaran kepada mereka yang terlibat, serah diri kepada polis atau mahu kami cari," katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular beberapa rakaman video menerusi media sosial yang memaparkan pergaduhan tercetus melibatkan sekumpulan individu dengan ada yang menggunakan kerusi dan kayu ketika penganjuran DIBW 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023

Pergaduhan itu dipercayai berpunca akibat salah faham antara dua kumpulan peserta motosikal tempatan dan Amerika Syarikat. - Gambar/ Media sosial
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Kertas siasatan insiden gaduh DIBW sedang dilengkapkan
Polis Johor sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi.

Pergaduhan di Desaru International Bike Week boleh jejas imej pelancongan negara
Insiden pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, Sabtu lepas, dilihat boleh menjejaskan imej industri pelancongan negara.

Dua lagi lelaki ditahan disyaki terlibat insiden pergaduhan DIBW
Dua lelaki berusia 20-an dan 50-an itu ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, petang semalam.

2 ditahan disyaki terlibat pergaduhan di Desaru International Bike Week
Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai terlibat pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, malam tadi.