ALOR SETAR: Dua maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan sembilan motosikal di bawah jejambat KM92.8 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, dekat Sungai Petani hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata kedua-dua mangsa yang maut dalam nahas pukul 2.40 petang itu dikenali sebagai Mohd Amirul Ismail, 28, dan Muhammad Khairul Azwan Maula Hashim, 31 tahun.
"Sebelum kejadian, penunggang motosikal sedang berteduh di bawah jejambat kerana hujan lebat. Kesemua mangsa meletakkan motosikal mereka di lorong kecemasan secara dua barisan dan mereka berada di sisi motosikal masing-masing.
"Secara tiba-tiba, sebuah lori yang dinaiki dua lelaki berumur 28 tahun yang bergerak di lorong kiri telah datang merempuh kesemua mangsa dari arah belakang," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Beliau berkata akibat pelanggaran itu, dua mangsa itu yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian, enam lagi cedera manakala tiga lagi individu termasuk pemandu dan kelindan lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mangsa yang maut telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk proses bedah siasat selepas ujian saringan COVID-19 diperolehi. Kesemua mangsa yang cedera juga telah dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut.
"Pemandu dan kelindan lori telah ditahan dan pemohonan reman akan dibuat esok. Ujian saringan air kencing dan alkohol terhadap mereka juga telah dilakukan dan didapati kedua-dua mereka bebas dari pengambilan dadah dan alkohol," katanya.
Adzli berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 07 2022
Sebuah lori yang dinaiki dua lelaki berumur 28 tahun dipercayai merempuh kesemua mangsa dari arah belakang. - Gambar/ Sinar Harian
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma 100 kali ganda akibat kebakaran - Laporan
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma sehingga 100 kali ganda akibat kebakaran, manakala paras klorin meningkat sebanyak 40 kali ganda.
Trump tandatangan perintah eksekutif tangguh larangan TikTok
Trump berusaha mencari penyelesaian untuk melindungi keselamatan negara sambil memastikan kelangsungan platform yang digunakan oleh 170 juta rakyat Amerika.
Timbalan pengarah agensi kerajaan antara ditahan bantu siasatan kes rasuah RM600,000
Dua lelaki termasuk timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan direman enam hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM600,000.
Kementerian Komunikasi terus pastikan kebajikan pengamal media terbela - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan terus mengutamakan kebajikan dan keperluan pengamal media, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Syria selepas perang: Sebuah negara dalam mod percubaan
Syria pasca perang bukanlah destinasi pelancongan yang ideal, tetapi, ia adalah bumi yang sarat dengan pelajaran tentang ketahanan manusia.
Umairah kini artis naungan syarikat milik Siti Nurhaliza, SN Legacy
Penyanyi remaja, Ummi Umairah kini artis di bawah pengurusan syarikat milik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, SN Legacy.
AWANI Ringkas: NACCOL mahu selesaikan isu padi, beras
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jajaran Seksyen 2 WCE dibuka bermula tengah malam ini
Pembukaan jajaran ini dijangka mengurangkan kos operasi sektor logistik, mempermudah penghantaran barangan, dan meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.
Farid Kamil lantik peguam sebagai JKP sebutan kes cerai
Pelakon Farid Kamil melantik peguam sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi sebutan kes penceraian bersama isterinya, Diana Danielle.
Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
Pemberian tol percuma mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.
2 maut, 6 cedera lori rempuh kumpulan penunggang motosikal berteduh bawah jejambat
Dua maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan sembilan motosikal di bawah jejambat KM92.8 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, dekat Sungai Petani hari ini.