KUALA PERLIS: Dua nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai apabila bot mereka bertembung dengan sebuah lagi bot di Sungai Perlis berhampiran Jeti Tok Kuning, di sini, Khamis malam.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, kejadian berlaku sekitar jam 10 malam ketika kedua-dua mangsa yang menaiki sebuah bot fiber menyusuri sungai berkenaan menuju ke Jeti Tok Kuning.
"Secara tiba-tiba bot mereka berlanggar dengan sebuah lagi bot yang agak besar dari arah bertentangan.
"Akibat perlanggaran itu kedua-dua mangsa terjatuh ke dalam sungai dan dilaporkan hilang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wari memaklumkan mangsa yang hilang dikenal pasti sebagai, Mohd Faizal Hisyam Mat Taib, 39, dan rakannya, Abdul Rashid Md Derus, 45.
“Pemandu sebuah lagi bot tidak mengalami kecederaan dan dia segera membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Perlis berhubung kemalangan berkenaan,” ujarnya.
Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, bot mangsa mengalami kerosakan di bahagian tengah dan hadapan.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini sedang dilakukan melibatkan seramai 28 anggota polis termasuk lima pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar dan Balai Polis Kuala Perlis.
Mereka dibantu 16 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan lapan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Adie Sufian Zulkefli
Fri Dec 10 2021

Operasi SAR mengesan mangsa yang hilang sedang dilakukan polis, bomba dan beberapa agensi lain. - Gambar/ PDRM

Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Nelayan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut
Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika dalam perjalanan pulang ke Jeti Mersing selepas menangkap ikan di Pulau Aur, di sini, semalam.