PITAS: Dua pelajar Tingkatan Lima kritikal manakala 18 lagi rakan mereka turut menerima rawatan selepas meminum minuman berkarbonat yang disyaki dicampur dengan spirit dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di daerah ini.
Difahamkan, pelajar berkenaan secara beramai-ramai telah meminum minuman berkenaan sehingga menyebabkan mereka mengalami keracunan hidrokarbon (spirit) pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintenden Zairolnizal Ishak berkata, pihaknya hanya menerima laporan daripada pihak Hospital Pitas pada Jumaat yang memaklumkan bahawa terdapat seramai 20 pelajar telah dimasukkan ke wad kecemasan.
Katanya, hasil daripada temu bual saksi yang terdiri daripada kalangan pelajar yang dirawat memaklumkan bahawa salah seorang pelajar telah membeli satu botol minuman berkarbonat dan dua botol spirit dari kedai berhampiran sekolah.
"Tujuan kedua-dua cecair tersebut dibeli adalah untuk mendapat kesan yang sama dengan arak memandangkan kawasan sekitar asrama tidak menjual arak.
"Selepas kedua-dua bahan itu dicampur, pelajar berkenaan telah meminumnya secara beramai-ramai di dalam bilik asrama namun tiga daripadanya mengalami sakit perut dan mengadu kurang sihat kepada warden asrama," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Tambah Zairolnizal lagi, warden asrama kemudian membawa pelajar berkenaan ke sebuah klinik komuniti untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
"Mereka kemudian dibenarkan pulang dan diarahkan datang semula jika gejala semakin teruk.
"Bagaimanapun, kira-kira jam 6.30 pagi Khamis, tiga pelajar terbabit telah dibawa ke unit kecemasan Hospital Pitas di mana dua daripadanya mengalami kekejangan otot serta mengalami sesak nafas.
"Kedua-dua pelajar itu kemudian dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth I dan II di unit rawatan rapi (ICU) manakala 18 pelajar lain masih mendapat rawatan di Hospital Pitas dan dalam keadaan stabil," katanya.
Zairolnizal berkata, pada awalnya pihak hospital mengesyaki gejala yang dialami pelajar terbabit adalah mabuk metanol daripada mana-mana cecair arak.
"Bagaimanapun selepas mengesan botol minuman berkarbonat yang diberikan mangsa, kes diklasifikasi sebagai keracunan hidrokarbon memandangkan ia berasaskan petroleum.
"Selain itu terdapat saksi mengesahkan bahawa seorang pelajar datang ke kedai mahu membeli cecair spirit dan satu botol minuman berkarbonat," katanya.
Sehubungan itu, Zairolnizal berkata, setakat ini tiada sebarang keterangan yang boleh mengaitkan kes dengan sebarang unsur jenayah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 09 2023

Pelajar yang dirawat memaklumkan salah seorang pelajar telah membeli satu botol minuman berkarbonat dan dua botol spirit dari kedai berhampiran sekolah. - Gambar/ Sinar Harian

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tingghi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.

2 pelajar kritikal, 18 dirawat di hospital minum air campur spirit ganti arak
Dua pelajar kritikal manakala 18 lagi menerima rawatan selepas meminum minuman berkarbonat yang disyaki dicampur dengan spirit di Pitas.