TAPAH: Seorang pemandu cedera selepas treler dipandunya merempuh belakang sebuah treler lain yang berada di lorong kecemasan di Kilometer 325.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara awal pagi Ahad.
Kemalangan itu menyebabkan treler yang dirempuh terbalik dan melintang menghalang laluan menghala ke utara.
Berikutan itu, semua lorong arah utara terpaksa ditutup bagi kerja pembersihan kemalangan sebelum laluan kontra diaktifkan.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 4.45 pagi.
“Treler yang dilanggar melintang di laluan berkenaan manakala treler melanggar berada di lorong kanan dalam dalam keadaan rosak teruk di bahagian hadapan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, pemandu berusia 38 tahun yang mengalami luka di bahagian muka dan kaki kiri, telah dihantar ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.
Katanya, punca kemalangan dipercayai disebabkan kecuaian cuai semasa berhenti dan disiasat di bawah Peraturan 113 Peraturan Lalulintas 170/59.
Sementara itu, menurut Twitter Plustrafik, laluan kontra ditutup pada 11.45 pagi dan semua lorong telah dibuka seperti biasa.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Mar 12 2023
Kemalangan itu menyebabkan treler yang dirempuh terbalik dan melintang menghalang laluan menghala ke utara. - Gambar/ PDRM
[TERKINI] Warga Gaza mula pulang ke kediaman melalui koridor Netzarim
Warga Gaza berpusu-pusu kembali ke kediaman masing-masing menerusi Koridor Netzarim susulan perjanjian gencatan senjata.
10 wakil peSAWAH serah memorandum kepada PMO
Pengerusi PeSAWAH, Abdul Rashid Yob dalam satu kenyataan berkata kenaikan harga itu penting bagi memastikan kelangsungan hidup pesawah dan menjamin bekalan makanan negara.
COO syarikat konsesi mengaku tidak bersalah terima suapan RM 70,000
Ketua Pegawai Operasi sebuah konsesi lebuh raya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin kerana menerima dan meminta rasuah berjumlah RM70,000.
Presiden Indonesia Prabowo diberi sambutan negara di Istana Negara
Istiadat sambutan negara yang berlangsung di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara yang dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja disusuli tembakan meriam 21 das daripada 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja.
AWANI Ringkas: Reformasi dalam UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kotak hitam pesawat Jeju Air berhenti merakam 2 km sebelum landasan - Laporan awal
Menurut laporan itu, kotak hitam berhenti merakam pada 8.58.50 pagi pada 29 Dis, empat minit dan tujuh saat sebelum pesawat itu melanggar "localiser" berhampiran landasan.
Buruh warga Bangladesh maut jatuh bangunan di tapak pembinaan
Kejadian berlaku sekitar jam 9.06 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya bergegas ke lokasi.
Pantau Belanjawan: Undang-undang lapuk dalam menghadapi cabaran global
Malaysia tidak boleh masih memiliki undang-undang lapuk bagi menangani banyak cabaran baharu yang muncul, terutamanya dalam mengharungi arus kemajuan pesat teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Redza Zakaria untuk membincangkan bagaimana sistem perundangan Malaysia bukan sahaja relevan tetapi juga mampu menyesuaikan diri dengan cabaran baharu, sekaligus melindungi kesejahteraan rakyat dan memperkukuh kedudukan negara di pentas global.
2,765 anggota polis Filipina bermasalah diambil tindakan pada 2024
Menurut Ketua Polis Nasional Filipina (PNP), Jeneral Rommel Francisco Marbil,daripada jumlah itu, seramai 1,112 anggota menerima hukuman penggantungan, termasuk seorang kolonel, 19 leftenan kolonel, 29 mejar, 30 kapten dan 22 leftenan.
Lebih 1000 migran jalan kaki teruskan perjalanan masuk AS
Lebih 1,000 imigran, termasuk beberapa orang warga Venezuela berjalan kaki dari bandar Tapachula di selatan Mexico menuju ke Amerika Syarikat.
Nahas ngeri Ayer Keroh: JPJ akan ambil tindakan susulan terhadap syarikat lori, bas – Loke
Loke berkata, JPJ akan terus melaksanakan tindakan penguatkuasaan yang tegas dan bersepadu terhadap kenderaan perdagangan berat
Treler hilang kawalan punca kemalangan maut
Nahas yang meragut nyawa dua pemandu treler di Kilometer 317.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat sini pada Rabu dipercayai berpunca daripada treler membawa muatan simen yang hilang kawalan.
2 treler kemalangan, sebuah terbalik, melintang di Lebuhraya PLUS
Seorang pemandu cedera selepas treler dipandunya merempuh belakang sebuah treler lain yang berada di lorong kecemasan di Kilometer 325.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara awal pagi Ahad.
Empat sekeluarga maut dirempuh treler: "Saya dah siapkan lauk-pauk nak sambut mereka..."
Jamilah Yahya, 76, menahan hiba apabila menerima khabar anak dan cucu yang sepatutnya berkunjung ke rumah, tidak sampai ke destinasi.
Kemalangan Lenggong: Kanak-kanak kembar antara tiga beradik terkorban
Sepasang kanak-kanak kembar antara tiga maut dalam kemalangan ngeri di Lenggong pagi Ahad.
Pemandu maut, tujuh penumpang cedera bas rempuh treler
Seorang pemandu bas maut manakala tujuh penumpang cedera ringan apabila kenderaan itu merempuh belakang sebuah treler di Lebuhraya PLUS pagi tadi.