PUNCAK ALAM: Sebanyak 20,000 tandatangan proklamasi orang Melayu telah dikumpul secara dalam talian sejak ia dilancarkan pada Mac lalu.
Pengerusi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Marzuki Yahya berkata, sebanyak 100,000 borang juga telah dikeluarkan secara manual untuk ditandatangani secara terus di seluruh negara kecuali Sarawak.
Menurutnya, proklamasi berkenaan bertujuan untuk menyatukan orang Melayu melangkaui sempadan politik.
"Proklamasi ini sebagai satu daripada sokongan supaya orang Melayu faham apa yang berlaku hari ini.
"Bagi mencapai matlamat ini kita amat memerlukan sokongan dan penyatuan orang Melayu itu sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Jamuan Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram di Bandar Puncak Alam di sini pada Isnin.
Marzuki memberitahu, orang Melayu digesa menandatangani proklamasi itu bagi mengembalikan maruah kaum itu seperti sebelum ini.
"Lebih ramai lagi baik dan kita menyasarkan sehingga sejuta yang menandatangani proklamasi ini," ujar beliau.
Ditanya proklamasi yang ditandatangani orang Melayu itu akan dihantar kepada pihak mana, Marzuki memberitahu, keputusan mengenainya belum lagi dibuat.
"Pada masa ini kita mahu sokongan orang Melayu sebanyak mungkin dan kita akan buat pengumuman mengenainya," jelas beliau.
Beliau memberitahu, pihaknya turut yakin akan terus mendapat sokongan pemimpin Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO.
"Niat utama kita hanya mahu menjadikan bangsa Melayu ini satu dan tidak berpecah belah dengan merentasi parti," jelas beliau.
Sementara itu, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut hadir pada majlis itu memberitahu, lebih 1,000 tandatangan diperoleh di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya media berkaitan proklamasi berkenaan.
"Di sini (DUN Jeram) ada lebih 1,000 sudah tandatangan dan kita harap lebih ramai lagi," jelasnya ringkas.
Proklamasi itu merangkumi 12 perkara antaranya menyebut bahawa orang Melayu tidak pernah menguasai ekonomi negara ini dan satu-satunya kuasa yang ada iaitu politik turut terlucut dari tangan mereka. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 16 2023
![20,000 tandatangan proklamasi orang Melayu dikumpul secara 'online' 20,000 tandatangan proklamasi orang Melayu dikumpul secara 'online'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61667917834_MarzukiYahya.jpg)
Marzuki menggesa orang Melayu menandatangani proklamasi itu bagi mengembalikan maruah kaum itu seperti sebelum ini. - Gambar fail
![Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739361007_NikNazmiPameranT.jpg)
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
![Penyokong Proklamasi Orang Melayu perlu undi calon PN - Dr Mahathir Penyokong Proklamasi Orang Melayu perlu undi calon PN - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689670146_TBtunm.jpg)
Penyokong Proklamasi Orang Melayu perlu undi calon PN - Dr Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, hanya dengan sokongan tidak berbelah bahagi sahaja mampu memenangkan calon-calon PN pada PRN nanti.
![Jangan pilih pihak yang tidak boleh mentadbir negara - Tun Mahathir Jangan pilih pihak yang tidak boleh mentadbir negara - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676732324_TBTUNM.jpg)
Jangan pilih pihak yang tidak boleh mentadbir negara - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, beliau masih mampu memberi sumbangan kepada negara daripada segi idea dan cara untuk mencapai sesuatu matlamat.
![Pertemuan Tun M tak sentuh Proklamasi Orang Melayu - Muhyiddin Pertemuan Tun M tak sentuh Proklamasi Orang Melayu - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688546339_TBTunMahathirMuhy.jpg)
Pertemuan Tun M tak sentuh Proklamasi Orang Melayu - Muhyiddin
Perjumpaan itu juga bagi meningkatkan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
![Tun M, Muhyiddin bertemu, bincang gerakan Proklamasi Orang Melayu Tun M, Muhyiddin bertemu, bincang gerakan Proklamasi Orang Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688507097_TSMYTunM.jpg)
Tun M, Muhyiddin bertemu, bincang gerakan Proklamasi Orang Melayu
Pertemuan malam tadi merupakan satu manifestasi penyatuan Melayu secara total yang sedang diusahakan oleh Dr Mahathir.
![PRN: 'Saya tidak bertanding, tetapi aktif sokong gerakan Melayu' - Tun Mahathir PRN: 'Saya tidak bertanding, tetapi aktif sokong gerakan Melayu' - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676727207_TunM.jpg)
PRN: 'Saya tidak bertanding, tetapi aktif sokong gerakan Melayu' - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.
![Proklamasi Orang Melayu bukan bertujuan tolak hak kaum lain - Tun Mahathir Proklamasi Orang Melayu bukan bertujuan tolak hak kaum lain - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686048320_TunMahathir.jpg)
Proklamasi Orang Melayu bukan bertujuan tolak hak kaum lain - Tun Mahathir
Proklamasi Orang Melayu bukanlah bertujuan untuk menolak hak kaum lain, sebaliknya untuk membantu masalah dihadapi oleh bangsa itu.
![Muhyiddin tak menentang saya, saya pun tak menentang dia - Tun Dr Mahathir Muhyiddin tak menentang saya, saya pun tak menentang dia - Tun Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51685593891_TBMuhyiddinTunM.jpg)
"Muhyiddin tak menentang saya, saya pun tak menentang dia" - Tun Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan kerjasama antara kedua-dua bekas perdana menteri itu.
![Kertas siasatan terhadap Tun M sudah lengkap - PDRM Kertas siasatan terhadap Tun M sudah lengkap - PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676727207_TunM.jpg)
Kertas siasatan terhadap Tun M sudah lengkap - PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melengkapkan kertas siasatan terhadap kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
![Isu hina Institusi Diraja, Proklamasi Orang Melayu: Dr Mahathir dirakam percakapan Isu hina Institusi Diraja, Proklamasi Orang Melayu: Dr Mahathir dirakam percakapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676727207_TunM.jpg)
Isu hina Institusi Diraja, Proklamasi Orang Melayu: Dr Mahathir dirakam percakapan
Polis merakam percakapan Dr Mahathir Mohamed susulan kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang berunsur penghinaan terhadap Institusi Diraja dan Proklamasi Orang Melayu.
![Polis ambil keterangan Dr Mahathir Polis ambil keterangan Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679984598_TunDrMahathir.jpg)
Polis ambil keterangan Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kenyataan berunsur penghinaan ke atas Institusi Diraja dan Proklamasi Orang Melayu.