Kira-kira 20 keluarga di Batu Pahat terjejas ekoran kejadian hujan berserta angin kencang sehingga mengakibatkan kediaman masing-masing rosak setelah bumbung rumah mereka diterbangkan angin, pada Isnin.
Kejadian yang berlaku hampir satu jam kira-kira 3.20 petang itu melibatkan beberapa kawasan iaitu sekitar Bagan, Simpang Lima, Peserai, Sungai Ayam dan Tanjung Laboh, dekat sini.
Seorang penduduk yang tinggal di Kampung Parit Haji Ibrahim, Simpang Lima, Jamilah Nasir berkata semasa kejadian, dia dan suaminya Ahamd@Ahmad Donan, 74, sedang berehat di rumah.
Kata wanita berusia 58 tahun itu, tiba-tiba berlaku hujan lebat disusuli angin kencang sehingga menimbulkan kerisauan dan ketakutan mereka, tambahan pula dengan keadaan suaminya yang sakit setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya.
"Kami bertambah takut apabila beberapa keping atap rumah kami diterbangkan angin sehingga mengakibatkan bahagian ruang tamu dimasuki air, selain beberapa pokok di sini tumbang," katanya ketika ditemui Bernama.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Semerah Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata pihaknya kini dalam usaha untuk membantu keluarga yang terjejas terutamanya di sekitar Bagan, Simpang Lima dan Peserai.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor itu berkata selain kerosakan dikesan di beberapa kediaman, kejadian angin kencang itu turut membabitkan kejadian pokok tumbang di laluan utama Jalan Batu Pahat-Muar sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.
"Saya turut melawat beberapa rumah yang terjejas dan menasihatkan mangsa agar membuat laporan polis dengan segera... selain saya turut memaklumkan dengan Pejabat Daerah Batu Pahat, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Majlis Agama Islam Negeri Johor untuk bantuan segera," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata tindakan pembersihan kawasan yang terjejas terutamanya yang menghalang laluan telah membabitkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Majlis Perbandaran Batu Pahat.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh APM Batu Pahat, pihaknya kini masih melakukan rondaan dan pemantauan dengan membabitkan sebuah ambulans dan pacuan empat roda selain mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 21 2019
Kejadian yang berlaku hampir satu jam kira-kira 3.20 petang itu melibatkan beberapa kawasan iaitu sekitar Bagan, Simpang Lima, Peserai, Sungai Ayam dan Tanjung Laboh, dekat sini. - Gambar Sinar Harian
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Amaran banjir ketika hujan berterusan di seluruh UK
Puluhan amaran banjir dikeluarkan di seluruh England dan Wales ketika hujan dan angin terus melanda negara itu.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Kebakaran LA: Angin kuat Santa Ana boleh tingkatkan kebakaran hutan
Angin Santa Ana yang bertiup dari gurun telah menyebarkan bara api sejauh 3 kilometer di hadapan kebakaran.
Siklon Tropika Dikeledi ragut sekurang-kurangnya tiga nyawa di Madagascar
Siklon Dikeledi mendarat di daerah Vohemar, utara Madagascar, kira-kira 7.30 malam waktu tempatan pada Sabtu, membawa angin 130 kilometer sejam.
Banjir, angin kencang sebabkan kemusnahan di beberapa daerah Indonesia
BNPB dalam kemas kini pada Ahad mengesahkan kerosakan di beberapa wilayah termasuk Pulau Jawa, Maluku Utara dan Kalimantan Selatan.
Polis pantau empat lokasi susulan ombak besar, angin kencang
Lokasi berkenaan adalah Pantai Tanjung, Pantai Mengabang Telipot dan Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus serta Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu.
Kerosakan akibat kebakaran di California meningkat kepada US$150 bilion - AccuWeather
Anggaran awal kerosakan akibat kebakaran liar yang sedang berlaku di dalam dan sekitar Los Angeles telah meningkat kepada antara US$135 bilion dan US$150 bilion.
Kebakaran hutan makin buruk di Los Angeles, ragut dua nyawa
Angin kencang menyukarkan usaha memadam api dan memburukkan lagi kebakaran yang tidak terkawal sejak ia bermula pada Selasa.
Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri sehingga 9 malam ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di beberapa negeri sehingga 9 malam ini.
Kebakaran hutan landa Los Angeles, 30,000 penduduk dipindahkan
Sekurang-kurangnya 2,921 ekar kawasan Pacific Palisades, antara Santa Monica dan Malibu, telah terbakar.