JOHOR BAHRU: Sebanyak 20 liter bahan Formalin tertumpah ketika pembantu perawatan kesihatan (PPK) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sedang menyusun atur bekas berisi bahan itu di stor spesimen, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata bekas yang mengandungi bahan itu tidak stabil dan telah menyebabkan semua 20 liter Formalin tertumpah ke lantai stor.
"Bagaimanapun kejadian ini tidak melibatkan mangsa. Sebenarnya bahan itu tertumpah secara tidak sengaja semasa PPK sedang menyusun bekas berisi bahan itu di kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) Dr Mohtar Pungut@ Ahmad berkata bahan Formalin tidak berbahaya dan ia digunakan sebagai bahan pengawet untuk mengawet tisu manusia bagi analisa histopathology.
Beliau menjelaskan bahan itu dikendalikan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan pihak hospital sentiasa memastikan staf berhati-hati.
"Staf juga mengenakan peralatan perlindungan peribadi (PPE) bersesuaian ketika menjalankan prosedur serta pengendalian bahan kimia," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Larkin Pegawai Bomba Kanan II Azmi Johar berkata enam anggota dengan satu jentera dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.56 petang.
Dalam satu kenyataan berasingan, beliau berkata anggotanya bertindak membersihkan bahan tumpahan dengan menggunakan kain 'gauze' dan dimasukkan ke dalam beg plastik hazard untuk dilupuskan.
Operasi tamat pada pukul 7.05 malam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023

Tian Soon berkata bekas yang mengandungi bahan itu tidak stabil dan telah menyebabkan semua 20 liter Formalin tertumpah ke lantai stor. - Gambar fail/Bernama

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

20 liter bahan formalin di HSA tumpah - Exco
Sebanyak 20 liter bahan Formalin tertumpah ketika pembantu perawatan kesihatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sedang menyusun atur bekas berisi bahan itu di stor spesimen.