LONDON: 2023 berada di landasan betul untuk menjadi tahun paling panas yang pernah direkod menurut Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
September paling panas dicatatkan di seluruh dunia berikutan musim panas yang memecahkan rekod suhu tahun ini, kata balai cerap Copernicus.
Suhu pada September tahun ini adalah setengah darjah lebih panas daripada September yang paling panas yang pernah direkod sebelum ini, dan hampir satu darjah lebih panas daripada purata September antara tahun 1991 dan 2020.
"Suhu yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada waktu yang diperhatikan pada September - berikutan musim panas yang mencatatkan rekod - telah mengatasi rekod dengan jumlah yang luar biasa," menurut timbalan pengarah Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus, Samantha Burgess dalam kenyataan media mengumumkan penemuan tersebut.
Suhu sepanjang 2023 kini berada di landasan untuk menjadi 1.4 darjah Celsius di atas suhu purata pra-industri, kata Burgess.
Itu hanya 0.1 darjah di bawah sasaran yang ditetapkan oleh Perjanjian Iklim Paris, yang bertujuan untuk mengehadkan pemanasan kepada 1.5 darjah menjelang akhir abad ini.
Bagaimanapun pada September, suhu sudah mencecah 1.75 darjah lebih tinggi daripada dalam tempoh rujukan pra-industri dari tahun 1850 hingga 1900.
Penemuan itu berdasarkan analisis yang dijana komputer yang menggabungkan berbilion-bilion ukuran daripada satelit, kapal, pesawat dan stesen cuaca di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 05 2023

September paling panas dicatatkan di seluruh dunia berikutan musim panas yang memecahkan rekod suhu tahun ini. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

KDNK nominal Malaysia bagi 2023 berjumlah RM1.8 trilion - Jabatan Perangkaan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal Malaysia bagi 2023 berjumlah RM1.8 trilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

PTPTN umum dividen Simpan SSPN 3.60 peratus untuk tahun 2023
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tahun 2023 sebanyak 3.6 peratus.

Malaysia catat lebihan imbangan akaun semasa RM253.4 juta suku keempat 2023
Imbangan akaun semasa (CAB) Malaysia merekodkan lebihan RM253.4 juta pada suku keempat 2023 (S4 2023), disokong oleh komponen perjalanan, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Ekonomi Malaysia 2023 tumbuh 3.7 peratus, gagal capai sasaran 4.0 peratus
Jangkaan ekonomi Malaysia tumbuh antara 4.0 hingga 5.0 peratus pada 2023 meleset apabila hanya merekodkan pertumbuhan sederhana pada kadar 3.7 peratus.

Hasil sektor perkhidmatan Malaysia cecah RM2.3 trilion pada 2023
Jumlah hasil keseluruhan sektor perkhidmatan bagi 2023 adalah RM2.3 trilion, meningkat 8.4 peratus daripada RM2.1 trilion pada 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Keuntungan bersih Bursa Malaysia 2023 meningkat RM252.38 juta
Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 meningkat 11.4 peratus kepada RM252.38 juta berbanding RM226.57 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Rumah bertanah dijangka kekal sebagai pilihan utama pembeli pada 2024
Prospek pasaran hartanah Malaysia untuk 2024 dilihat kukuh untuk segmen rumah bertanah kerana ia kekal sebagai pilihan utama para pembeli

Dagangan Malaysia cecah RM2.64 trilion pada 2023 - MITI
Prestasi perdagangan Malaysia melepasi aras RM2 trilion bagi tahun ketiga berturut-turut apabila mencecah RM2.64 trilion pada 2023.

Ekonomi Malaysia berada dalam momentum baik capai sasaran KDNK 4 -5 peratus
Ekonomi Malaysia berada dalam momentum yang baik untuk mencapai sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada sekitar 4 hingga 5 peratus bagi tahun 2023.

Ringgit diunjur terus mengukuh, pelabur asing kembali pada November - Kenanga
Ringgit dijangka terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada bulan ini.