KUALA LUMPUR:Sebanyak 209 institusi pendidikan di daerah Kuching, Sarawak yang telah disahkan sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan, akan ditutup bermula esok sehinga 13 Nov ini.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan bilangan itu merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM, Institusi Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.
"Sekolah dan institusi pendidikan yang mempunyai asrama juga ditutup. Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid atau pelajar yang tinggal di asrama berkenaan untuk pulang.
"Bagaimanapun murid atau pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau murid yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah atau institusi pendidikan sepanjang tempoh penutupan akan berada di bawah penjagaan warden asrama," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut keperluan makan dan minum murid atau pelajar sepanjang tempoh itu akan disediakan oleh pihak sekolah atau institusi pendidikan.
KPM memaklumkan bagi murid-murid yang perlu menduduki peperiksaan antarabangsa seperti yang telah dijadualkan sepanjang tempoh penutupan institusi pendidikan, mereka hendaklah mendapatkan surat dari sekolah masing-masing untuk menghadiri peperiksaan.
"Sepanjang tempoh penutupan itu juga, pentadbir sekolah serta institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru-guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar terus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.
"Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my," menurut KPM.
KPM dalam kenyataan berasingan turut memaklumkan kesemua institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM termasuk tadika, sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah swasta, Kolej Vokasional, dan Kolej Matrikulasi di Wilayah Persekutuan Labuan akan terus ditutup sehingga 13 Nov.
Ia susulan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Labuan dari 31 Okt hingga 13 Nov ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 29 2020

Anggota polis melakukan persiapan di jalan masuk utama ke Kampung Haji Baki di Kuching susulan pelaksanaan PKPD di kampung itu bermula 28 Okt hingga 11 Nov. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Sesi persekolahan di 11 negeri hari ini berjalan lancar
Semalam, sesi sama telah dimulakan awal di Kedah, Terengganu dan Kelantan melibatkan 632,268 pelajar daripada Kumpulan A.

Hari pertama sekolah, reaksi ibu bapa hantar anak masuk kelas curi tumpuan
Seawal pukul 6.45 pagi, kehadiran maskot BSN mencuri perhatian ramai apabila muncul menceriakan suasana hari pertama persekolahan.

Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Polis menggesa orang ramai menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.

Polis giat kempen kesedaran dadah di sekolah di Pulau Pinang
Hamzah berkata walaupun statistik menunjukkan peningkatan, ia masih terkawal dan pihaknya mengambil langkah segera bagi membendungnya.

Bangkok tutup lebih 350 sekolah susulan pencemaran udara teruk
Pihak berkuasa Thailand pada Jumaat menutup lebih 350 sekolah di ibu negara Bangkok akibat pencemaran udara.

BAP bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bermula Isnin
Agihan kepada murid Tingkatan 6 baharu pula akan dilaksanakan bermula 1 Julai 2025.

Penggunaan telefon bimbit di sekolah di Brazil akan dilarang
Penggunaan telefon bimbit akan dilarang di sekolah rendah dan menengah di Brazil jika undang-undang yang diluluskan oleh Kongres baru-baru ini mendapat persetujuan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva.

Pelajar Tahun 6 maut disyaki terkena renjatan elektrik di sekolah
Siasatan masih dijalankan dan polis masih menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.

Pascabanjir: Keadaan sekolah perlu selamat, kondusif - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata aspek keselamatan sangat diutamakan bagi memastikan sesi pembelajaran dapat berlangsung dengan baik.