NEW DELHI: Pihak berkuasa lapangan terbang India menemukan 22 ekor ular dalam bagasi seorang wanita yang tiba dari Kuala Lumpur, di lapangan terbang Chennai.
Menurut Jabatan Kastam Chennai pada Sabtu, penumpang wanita itu ditahan sebaik tiba dengan penerbangan AirAsia pada Jumaat.
Pihak berkuasa menemukan pelbagai spesies ular dan seekor kameleon atau sumpah-sumpah ketika melakukan pemeriksaan ke atas bagasi wanita itu.
Reptilia itu kemudian dirampas di bawah undang-undang kastam dan perlindungan hidupan liar.
Menurut laporan media tempatan, reptilia itu dibungkus dalam bekas plastik lutsinar.
Reptilia itu antara spesies yang mendapat permintaan tinggi dalam perdagangan hidupan liar haram di India dan rampasan seperti itu bukanlah perkara luar biasa.
Pada Januari tahun ini, 45 ekor ular sawa dan lapan ekor ular jagung serta masing-masing tiga ekor marmoset (monyet) dan kura-kura dirampas di Chennai daripada seorang penumpang yang tiba dari Thailand.
Menurut laporan tahunan Direktorat Perisikan Hasil (Directorate of Revenue Intelligence (DRI)) India, sebanyak 1,204 reptilia spesies eksotik seperti ular sawa, iguana, monitor lizard, ular jagung dan kura-kura Afrika turut dirampas di lapangan terbang Chennai pada Oktober 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 30 2023

Pihak berkuasa lapangan terbang India menemukan 22 ekor ular dalam bagasi seorang wanita yang tiba dari KL, di lapangan terbang Chennai. - Foto Sinar Harian
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Wanita dipatuk ular ketika redah banjir
Seorang wanita warga emas terpaksa menahan kesakitan selama beberapa jam selepas tangannya dipatuk ular ketika meredah banjir untuk keluar dari rumahnya di Kampung Kauran, Keningau.

APM Besut tangkap 400 ular sepanjang MTL
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Besut menangkap lebih 400 ekor ular pelbagai spesies sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL).

Banjir: Peniaga digigit ular ketika sarung selipar
Salahuddin, dari Bandar Baru Jelawat, digigit ular jenis kadut belang pada waktu hampir Maghrib petang semalam.

Seorang maut akibat gigitan ular setiap 4-6 minit di seluruh dunia
Kesan kesihatan awam terbesar gigitan ular berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana dalam persekitaran tropika dan subtropika.

Lelaki gigit ular hingga mati, percaya jadi penawar racun
Terdapat kepercayaan karut bahawa tindakan menggigit ular akan memindahkan racun itu kepada haiwan itu semula.

Cuaca panas: APM Kelantan tangkap lebih 1,000 ekor ular pelbagai spesies
Faktor cuaca panas dan kering menyebabkan reptilia berbisa itu keluar daripada habitat asal dan bersembunyi di kawasan yang lebih sejuk.

APM terima peningkatan panggilan berkaitan ular sepanjang El Nino
Jumlah kes membabitkan tangkapan replitia itu dijangka meningkat susulan amaran gelombang haba tahap dua di Pokok Sena.

Ular masuk pesawat ke Bangkok
Seorang pembantu kapal terbang dilihat cuba menangkap reptilia itu menggunakan botol minuman.

Kejohanan tenis Brisbane International terhenti seketika ekoran ular berbisa
Insiden itu berlaku ketika perlawanan antara Dominic Thiem dan James McCabe sedang berlangsung.

Skuad King Cobra wira rakyat tangkap ular
Sebut sahaja ular, pasti ramai yang bukan sahaja berasa takut tetapi juga geli dengan reptilia yang satu ini.