KUALA LUMPUR:Sejumlah 220 pelajar Malaysia bakal berlepas ke Jepun tidak lama lagi untuk melanjutkan pelajaran masing-masing di bawah program Dasar Pandang Ke Timur yang kini mencecah usia 40 tahun.
Pelajar terbabit telah menyempurnakan kursus komprehensif selama 20 bulan di sini termasuk penguasaan Bahasa Jepun dan lulus peperiksaan yang diperlukan bagi kemasukan ke universiti di negara itu.
140 pelajar akan melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan manakala 40 dalam bidang sains sosial dan baki 40 lagi di kolej teknikal.
Daripada jumlah itu, 172 pelajar ditaja oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), 39 oleh Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dan sembilan oleh Petronas.
Bercakap pada majlis graduasi mereka baru-baru ini yang buat julung kalinya berlangsung secara dalam talian susulan pandemik COVID-19, Duta Jepun ke Malaysia Hiroshi Oka berkata pendidikan serta pembangunan keupayaan manusia telah menjadi tonggak utama Dasar Pandang Ke Timur dan JPA sentiasa menjadi daya penggerak yang utuh dalam memajukan dasar itu.
Dasar itu diperkenal pada 1982 bagi membolehkan rakyat Malaysia belajar daripada kemajuan teknologi Jepun selain etika dan disiplin kerja mereka.
"Dasar Pandang Ke Timur telah dan akan terus menjadi simbol kerjasama antara Jepun dan Malaysia. Belajar di Jepun seharusnya menjadi satu aset yang unik dan bernilai bagi pembangunan kerjaya masa depan anda," kata Oka kepada pelajar terbabit.
Beliau berkata lebih 8,000 rakyat Malaysia telah mendapat manfaat daripada program pengajian seperti itu di Jepun sambil "melakukan sumbangan yang luar biasa" di barisan hadapan dalam kebanyakan bidang di Malaysia termasuk mengembangkan perniagaan terkenal untuk menjana kekayaan dan memperkaya kehidupan rakyat Malaysia.
Bercakap pada majlis sama, Pengarah Pembangunan Modal Insan JPA, Datuk Dr Zulkapli Mohamed berkata penajaan berterusan pelajar oleh jabatan itu di universiti Jepun bertujuan memastikan Malaysia memiliki sumber manusia yang berkualiti setaraf negara maju.
Beliau juga memaklumkan pelajar terbabit bahawa: " Pilihan anda untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun adalah satu pelaburan besar dalam membangunkan sumber manusia yang terlatih dan serba boleh. Kesemua peluang ini hendaklah dimanfaatkan secara optimum untuk menimba ilmu dan pengalaman unik yang boleh diterapkan bagi membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi selepas anda pulang ke tanah air," katanya.
Zulkapli turut menasihati mereka agar belajar daripada budaya Jepun yang menghormati peraturan, berintegriti tinggi dan menjaga kebersihan dalam kehidupan harian sebagai hadiah dari Jepun selain membawa pulang segulung ijazah.
Muhammad Suhail Uzair, yang muncul sebagai pelajar terbaik dalam kursus persediaan itu, berkata motivasi terbesar beliau dalam melanjutkan pelajaran ke negara tersebut ialah untuk belajar dengan lebih lanjut mengenai budaya, sikap positif dan gaya hidup rakyat Jepun.
"Sebagai contoh, kebersihan, ketepatan masa dan rasa hormat mereka kepada orang lain. Saya ingin belajar sebanyak mungkin mengenai sifat-sifat ini demi kesejahteraan diri sendiri," katanya.
Seorang lagi pelajar, Hajar Umairah Zanuri berkata mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun adalah umpama mimpi menjadi nyata buat dirinya.
"Jepun amat maju dalam bidang teknologi dan saya berharap dapat menerapkan ilmu yang diperoleh untuk menyumbang ke arah kemajuan dan pembangunan Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 14 2021

Duta Jepun ke Malaysia Hiroshi Oka berkata pendidikan serta pembangunan keupayaan manusia telah menjadi tonggak utama Dasar Pandang Ke Timur. - Gambar fail BERNAMA

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.

PM Ismail Sabri bertemu PM Jepun, cadangkan supaya hubungan Malaysia-Jepun dinaik taraf
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bertemu dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida di Tokyo pada Jumaat, mencadangkan supaya hubungan Malaysia-Jepun dinaik taraf.

Ismail Sabri tiba di Tokyo untuk lawatan sulung ke Jepun
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu negara Jepun di sini malam ini bagi memulakan lawatan kerja rasmi ke Jepun.

Dasar Pandang ke Timur berjaya, perlu kekal jadi asas strategi pembangunan Malaysia - Tun Mahathir
Hari ini, Dr Mahathir berkata terdapat hampir 1,500 syarikat Jepun beroperasi di Malaysia, dan menggaji lebih 400,000 rakyat Malaysia.

Hubungan Malaysia-Jepun strategik dan bernilai tinggi, kata Duta Jepun
Kerjasama antara kedua negara tidak terbatas dan banyak kemajuan telah dicapai menerusi Dasar Pandang ke Timur Malaysia.

Proton masuk pasaran Kenya dengan Saga
Kereta itu dihantar sebagai model pemasangan tempatan (CKD) dan akan dibina semula oleh Simba Corp, sebuah konglomerat yang mempunyai pengalaman pemasangan serta jualan dalam industri automotif.

Sistem pendidikan Jepun berteraskan nilai murni, bukan peperiksaan
"Kita sering tertumpu kepada peperiksaan dan mendapat keputusan straight As tetapi nilai murni tidak diutamakan," ulas Dr. Hanny, yang berpengalaman tinggal 10 tahun di Jepun.

Dr Mahathir dianugerah Ijazah Doktor Kehormat IUJ
Penganugerahan diberi berdasarkan impak besar yang terhasil daripada Dasar Pandang ke Timur yang diketengahkan Perdana Menteri terhadap bidang pendidikan di Jepun serta negara-negara ASEAN lain.