Seramai 23 individu warga China ditahan dalam serbuan Ops Gegar yang dijalan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah pusat hiburan di Cheras, di sini, pada Sabtu.
Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Mustafar Ali berkata dalam operasi bermula jam1.15 pagi itu, kesemua mereka yang terdiri daripada 21 wanita dan dua lelaki dipercayai berkerja sebagai penari, penyanyi, pelayan pelanggan (GRO) dan pekerja premis tersebut.
Katanya, turut ditahan ialah dua wanita dan seorang lelaki tempatan dipercayai bekerja sebagai penyelia, penjaga dan juruwang di pusat hiburan berkenaan.
"Terdapat aktiviti 'kalungan bunga' dan persembahan 'cat walk' di atas pentas. Bayaran bagi kalungan bunga bermula daripada RM50 hingga RM500.
"Bagi aktiviti pemakaian mahkota bayaran daripada harga RM500 hingga RM1,000, dan pelanggan akan memberikan 'tips' kepada perempuan-perempuan yang mereka pilih. Aktiviti ini adalah satu persembahan istimewa di kelab tersebut sebagai daya tarikan pelanggan ke situ," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Mustafar berkata hasil siasatan awal mendapati wanita warga asing yang bekerja sebagai GRO boleh mendapat 'tips' sehingga mencecah RM1,000 hingga ke RM2,000 dalam sehari.
Menurutnya, GRO ini kebanyakannya memasuki negara ini dengan hanya menggunakan Pas Lawatan Sosial bagi tempoh 30 hari namun menjalankan aktiviti-aktiviti berkenaan untuk mengaut keuntungan.
"Terdapat antara mereka yang menggunakan Pas Pelajar dan Pas Ikhtisas tetapi bekerja sebagai 'GRO'. Pada masa sama, wanita-wanita warga China ini tidak dapat berkomunikasi dengan baik kerana kurang faham bahasa Malaysia dan juga bahasa Inggeris," jelasnya.
Kesemua tahanan ini akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng untuk siasatan dan tindakan susulan.
Siasatan dilakukan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 14 2018

Turut ditahan ialah dua wanita dan seorang lelaki tempatan dipercayai bekerja sebagai penyelia, penjaga dan juruwang di pusat hiburan berkenaan. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Imigresen serbu kilang jahit pakaian, tahan 50 warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 50 warga asing termasuk seorang 'pengurus syarikat' dalam serbuan di sebuah kilang jahitan pakaian di Cheras, Rabu lepas.

Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.

JIM Kuala Lumpur tahan 15 tukang urut dalam serbuan di Cheras
Seramai 15 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai tukang urut, ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur.

Calon SPM antara 2 lagi ditahan terlibat samun bersenjata warga asing
Dua lagi pelajar sekolah menengah ditahan pada Sabtu, selepas disyaki terlibat dengan kes samun berkumpulan menggunakan senjata di Cheras.

Tiada kes tibi berstatus wabak di Cheras
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Persekutuan (JKWPKL&P) menegaskan tiada kes Tuberkulosis (tibi) berstatus wabak di Cheras.

Kes tuberkulosis dalam negara terkawal - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku beberapa kes tuberkulosis atau tibi di Cheras, Kuala Lumpur, namun secara keseluruhan kes jangkitannya dalam negara adalah terkawal.

12 lelaki didenda RM3,000 setiap seorang kerana merusuh guna senjata
Kesemua tertuduh yang bekerja sebagai penarik kereta, pemandu lori, jurujual dan mekanik membayar denda tersebut.

Jerebu: Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Empat kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini dengan Cheras di sini merekodkan bacaan tertinggi iaitu 160.

Jerebu: Lapan kawasan catat IPU tidak sihat, Cheras tertinggi
Sebanyak lapan kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat dengan Cheras merekodkan 157, yang tertinggi setakat 10 pagi ini.

Banjir landa beberapa kawasan di Cheras
Kebanyakan kawasan sekitar ibu negara mula dinaiki air ekoran hujan lebat berterusan sejak petang tadi.