Sebanyak 23 individu yang dijatuhi hukuman penjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memfailkan semakan untuk mengetepikan hukuman berkenaan.
Sebanyak 17 daripada mereka yang berumur antara 22 dan 34 tahun itu, dijatuhi hukuman penjara 14 hari kerana berkumpul di sebuah unit kondominium manakala enam lagi yang turut menghadapi hukuman sama setelah mengakui hadir di kawasan yang dijangkiti wabak tanpa alasan munasabah dan minum minuman keras di tempat awam.
Peguam K.A Ramu yang mewakili kumpulan berkenaan, berkata permohonan semakan terhadap hukuman penjara 14 hari itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
“Tarikh pendengaran ditetapkan pada 14 April. Permohonan itu difailkan atas alasan bahawa banyak kes terdahulu telah dikenakan hukuman mengikuti program khidmat masyarakat dan denda. Dalam kes ini, tidak sepatutnya dipenjarakan," katanya.
Pada 8 April, Mahkamah Majistret Kajang menjatuhkan hukuman penjara 14 hari terhadap kumpulan terbabit selepas masing-masing mengaku salah terhadap pertuduhan hadir di kawasan jangkitan tanpa alasan munasabah di Kondominium Amerin, Taming Jaya, Kajang, pada 12.35 malam, 3 April, dengan itu melanggar PKP, yang mula dikuatkuasakan pada 18 Mac.
Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 2 dan 3 April.
Sementara itu, enam lelaki berumur 34 hingga 48 tahun turut dijatuhi hukuman penjara 14 hari selepas mengaku bersalah berada di kawasan jangkitan wabak tanpa alasan munasabah dan minum minuman keras di tempat awam di Jalan Taming Sari 1, di sini, pada 11.30 malam, 2 April.
Mereka didakwa mengikut Peraturan 6 dan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 10 2020

Pada 8 April, Mahkamah Majistret Kajang menjatuhkan hukuman penjara 14 hari terhadap kumpulan terbabit selepas masing-masing mengaku salah terhadap pertuduhan hadir di kawasan jangkitan tanpa alasan munasabah. - Gambar hiasan

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

COVID-19: Individu masuk ke Sabah wajib kuarantin 14 hari bermula Khamis
Kerajaan negeri Sabah menguatkuasakan arahan kuarantin wajib 14 hari dengan pembiayaan sendiri bagi individu bukan berasal dari Sabah yang masuk ke negeri itu berkuat kuasa Khamis (20 Mei).

COVID-19: Thailand kurangkan tempoh kuarantin 7 hari bagi pelawat sudah divaksin
Namun, penguatkuasaan itu hanya diguna pakai bagi mereka yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19.

KKM pertimbang pendekkan tempoh bagi individu sedang dikuarantin - Dr Noor Hisham
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini pihaknya sedang menyelesaikan isu logistik bagi melaksanakan perkara itu.

Tempoh kuarantin wajib dikurangkan dari 14 kepada 10 hari - Dr Noor Hisham
Langkah itu sama seperti dilakukan di negara lain berdasarkan laporan saintifik semasa.

FAM harap SOP kuarantin 'lebih mesra' buat skuad Harimau Malaya
Persatuan Bola Sepak Malaysia meminta agar SOP kuarantin selama 14 hari dikaji semula menerusi Kementerian Belia dan Sukan.

COVID-19: Kuarantin belum 10 hari, Trump sudah mahu kembali berkempen
Trump menegaskan beliau sudah bersedia dan kini pulih meskipun tidak menghabiskan kuarantin 14 hari.

COVID-19: Individu negatif, tidak bergejala pulang dari Sabah kini tidak diwajib kuarantin - KP Kesihatan
Mereka yang pulang dari Sabah dan diuji negatif COVID-19, tidak bergejala serta tidak mempunyai kontak rapat dengan individu disahkan positif, tidak diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari.

23 pesalah PKP kemuka permohonan ketepi hukuman penjara 14 hari
Permohonan semakan terhadap hukuman penjara 14 hari itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

COVID-19: Perpustakaan Negara tawar 13.2 juta bahan bacaan digital secara percuma
Sebagai langkah keselamatan berikutan penularan wabak Covid-19, PNM memaklumkan pihaknya menghentikan semua perkhidmatan perpustakaan negara, komuniti dan desa sehingga 30 April.