Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) merekodkan sejumlah 239 kes tangkapan ikan menggunakan ‘bom ikan’ sejak 2014.
Timbalan Menterinya Sim Tze Tzin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 36 kes sudah didakwa di mahkamah, yang majoritinya berlaku di perairan Sabah.
“Penggunaan bahan letupan untuk menangkap ikan di laut boleh memusnahkan batu karang yang menjadi habitat hidupan laut membiak.
“Kegiatan ini adalah salah di sisi undang-undang dan menjejaskan sumber perikanan,” katanya menjawab soalan Ahmad Hassan (Warisan-Papar) di Dewan Rakyat hari ini.
Ahmad bertanya MOA mengenai tindakan yang diambil terhadap nelayan yang menggunakan bom ikan untuk menangkap ikan di laut.
BACA: Perlu hukuman berat bagi nelayan guna bom ikan - Shafie
BACA: Tiga maut dipercayai terkena bom ikan semasa aktiviti menyelam
BACA: Maut akibat bom ikan, tragedi luar biasa - Salahuddin
Sim berkata, mengikut Seksyen 26 Akta Perikanan 1985, kaedah menangkap ikan menggunakan bom ikan adalah kesalahan yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Jelasnya, pihaknya berdepan cabaran dalam penguatkuasaan lantaran laut yang luas, selain aktiviti haram itu dilakukan pada waktu malam dan jauh di tengah laut.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Nov 06 2019

Peralatan dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang dipercayai digunakan untuk tujuan pengeboman ikan di Lahad Datu. --fotoBERNAMA/Fail

Kalendar khusus peringati pelbagai peristiwa penting negara akan dikeluarkan
Kerajaan merancang mengeluarkan kalendar khusus yang memperingati tarikh berlakunya pelbagai peristiwa penting yang memberi impak terhadap pembentukan negara pada tahun hadapan.

Trudeau umum pembangunan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi pertama di Kanada
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengumumkan pada Rabu yang Kanada sedang membangunkan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi di koridor Toronto-Quebec City.
Tumpuan Jumaat – 21 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan - Mohd Na'im
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Feb lepas.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan
Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan dapatan kajian AOD untuk dijadikan petunjuk awal bagi memperhebat usaha penyatuan rakyat Malaysia.
AWANI Ringkas: Penyelewengan | Dewan Rakyat | Reformasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Dewan Rakyat | Bursa Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mohd Na'im dibenar pulang, jalani rawatan di rumah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar telah dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani pembedahan di Hospital Putrajaya.

Kawasan perairan Pulau Tenggol bakal diwarta
Kajian sedang dibuat bagi memperluas proses pewartaan dari bahagian daratan ke perairan Pulau Tenggol.

Pembangunan Mersing perlu kerjasama Kerajaan Johor, Persekutuan - MB
Pembangunan daerah Mersing memerlukan kerjasama dan gabungan usaha antara kerajaan negeri dan Persekutuan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Lebih 200 batu karang dalam buah pinggang
Pesakit berkenaan mengalami sakit teruk di bahagian kiri perutnya sejak lebih lima bulan lalu.

Krim pelindung matahari dan losyen, antara ancaman pada batu karang
Losyen badan serta krim pelindung matahari yang digunakan ketika melakukan aktiviti rekreasi di laut seperti selam snorkel dan selam skuba boleh mengancam batu karang.

Sarawak komited selamatkan terumbu karang daripada sisa domestik
Perairan negeri Sarawak juga turut terdedah dengan pembuangan sisa domestik pepejal dan cecair.

239 kes bom ikan, penguatkuasa berdepan cabaran
Timbalan Menterinya Sim Tze Tzin berkata, daripada 239 kes tangkapan, sebanyak 36 kes sudah didakwa di mahkamah, yang majoritinya berlaku di perairan Sabah.

Mustapa Mohamed masuk hospital, jalani pembedahan
Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini akan menjalani rawatan pembedahan.

Gara-gara cuci akuarium, satu keluarga hampir temui ajal
Insiden tidak dijangka ini dilaporkan berlaku di Oxfordshire, England apabila Chris Mattews sedang membersihkan akuarium di rumah pada hujung bulan Mac.

Empat perkara wajib dilakukan jika ke Koh Lipe
Tidak sah bercuti hujung minggu ke Koh Lipe "The Maldives of Thailand" jika tidak melakukan empat perkara wajib iaitu melihat matahari terbit dan terbenam, menyelam, snorkeling dan ke Walking Street.