Kira-kira 24,000 kes penyakit tuberkulosis (tibi) atau batuk kering telah dilaporkan di negara ini tahun lepas dan ia berada ditahap membimbangkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata berdasarkan laporan bagi penyakit berjangkit tibi pada 2013 menunjukkan penurunan jumlah kes tetapi meningkat kembali pada tahun lepas, sebanyak enam peratus.
"Ini memang satu perkara yang tidak memuaskan kerana kita masih nampak trend peningkatan kes tibi sejak kebelakangan ini.
"Terdapat pelbagai punca penyakit tibi, salah satu daripada punca penyakit adalah disebabkan ketahanan kuman-kuman terhadap rawatan kimoterapi dan pelbagai jenis ubat yang mengundang kepada peningkatan penyakit," katanya kepada pemberita selepas perasmian Kongres Pertubuhan Respirologi Asia Pasifik Ke-20 2015 (APSR 2015) di sini, Khamis.
Selain daripada itu katanya, kebanjiran pendatang asing ke negara ini juga menjadi penyumbang kepada wabak itu dan kementeriannya sedang melaksanakan langkah-langkah yang sesuai bagi mengawal keadaan seperti mengadakan saringan kesihatan.
"Kita juga ada masalah pekerja asing yang menyumbang kepada kes ini. Kementerian amat mengambil berat tentang perkara ini dan sedang mengadakan usaha untuk membuat program saringan kesihatan kepada orang ramai termasuk warga asing yang masuk ke negara ini bagi mengesannya di peringkat awal," katanya.
Manakala Dr Subramaniam optimis sasaran menjadikan Malaysia sebagai negara bebas rokok menjelang 2045 direalisasikan meskipun kerajaan berhadapan dengan pelbagai isu seperti rokok elektronik (e-rokok) atau vape secara berleluasa.
Beliau juga berkata kementeriannya masih mengkaji dan meneliti cadangan untuk mewujudkan akta dan garis panduan mengenai langkah-langkah kawalan terhadap e-rokok.
"Kita sedang merangka peraturan untuk mengawal penggunaan vape namun akan mengambil masa kerana memerlukan penelitian secara menyeluruh," katanya lagi.
Sejumlah 1,500 peserta terdiri daripada pakar dalam bidang kesihatan dan sains dari lebih 40 negara Asia Pasifik menghadiri kongres yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bagi membincangkan penyakit tibi serta berkongsi pandangan tentang penyakit itu.
Turut hadir adalah Presiden APSR Michiaki Mishima dan Presiden Pertubuhan Torasik Malaysia Dr Roslina A Manap, juga merangkap Presiden Kongres APSR tahun ini.
Bernama
Fri Dec 04 2015

Laporan bagi penyakit berjangkit tibi pada 2013 menunjukkan penurunan jumlah kes tetapi meningkat kembali pada tahun lepas, sebanyak enam peratus.
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tibi terpendam cabaran terbesar menuju negara bebas tibi
Antara punca peningkatan kes tibi atau batuk kering ini adalah kerana pandemik COVID-19 yang mengganggu akses kepada diagnosis dan rawatan tibi.

9,474 kes tibi dikesan setakat 4 Jun, meningkat 13 peratus berbanding 2021
Kes penyakit tuberkulosi atau tibi yang dicatatkan di Malaysia pada tahun ini sehingga 4 Jun lalu dilaporkan adalah sebanyak 9,474 kes.

ASEAN perlu perhebat sokongan kewangan untuk akhiri TB - KKM
Negara anggota ASEAN (AMS) perlu memperhebat sokongan kewangan untuk membawa diognastik, ubat dan regimen ubat, serta vaksin baharu ke dalam pasaran bagi melawan penyakit batuk kering (TB).

Kes tibi di Malaysia masih tinggi - Pakar
Jumlah kes pesakit tibi atau batuk kering masih tinggi di negara ini walaupun pelbagai rawatan diperkenalkan dan peningkatan pengesanan kes telah dijalankan, kata pakar perubatan respiratori.

PATI punca penularan kes tibi - Dr Hilmi
Pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini adalah antara punca berlakunya penularan penyakit tuberkulosis (tibi) atau batuk kering.

24,000 kes tibi dilaporkan dan ditahap membimbangkan - Dr Subramaniam
Kira-kira 24,000 kes penyakit tibi atau batuk kering telah dilaporkan di negara ini tahun lepas dan ia berada ditahap membimbangkan.

Penjara nafi dakwaan Matthias ditempatkan bersama penghidap HIV, batuk kering
Supri berkata Chang ditahan reman di Penjara Sungai Buloh dan beliau sememangnya ditempatkan di klinik Penjara Sungai Buloh atas syor pegawai perubatan yang memeriksa dan merawatnya.