Sejak Januari sehingga 17 Jun tahun ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan telah mengarahkan 25 premis makanan di Negeri Sembilan ditutup dua minggu kerana didapati kotor, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan.
Beliau berkata selain itu, sebanyak 250 notis kompaun bernilai RM67,250 turut dikeluarkan dalam pemeriksaan ke atas 3,762 daripada 9,346 premis makanan yang terdapat di negeri ini bagi tempoh itu.
"Pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan itu termasuk premis makanan 24 jam berikutan premis kotor telah mendapat perhatian daripada pelbagai pihak", katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen 'Health in Learning Institution' (HePiLI) Kelab Doktor Muda 2018 peringkat negeri di sini, hari ini.
Katanya notis itu dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 bagi kesalahan antaranya tidak mendaftarkan premis makanan di bawah Kementerian Kesihatan, pengendali makanan tiada sijil latihan pengendali makanan, pengendali makanan tiada suntikan anti-typhoid dan pengendali makanan tidak menjaga kebersihan diri.
"Jabatan Kesihatan negeri sentiasa mengadakan kempen dan pemeriksaan keselamatan makanan untuk memastikan makanan yang dijual kepada orang ramai adalah selamat, manakala pengendali makanan pula hendaklah sentiasa mematuhi aspek kebersihan dan keselamatan makanan semasa menyediakan makanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 26 2018

Jabatan Kesihatan negeri sentiasa mengadakan kempen dan pemeriksaan keselamatan makanan untuk memastikan makanan yang dijual kepada orang ramai adalah selamat. - Gambar hiasan

Peniaga mainan didenda RM4,500 miliki 110 laras senjata tiruan
Seorang peniaga kedai mainan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki 110 laras senjata tiruan.

UMNO tiada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri - Asyraf Wajdi
UMNO akan ambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba mengaitkan parti dengan siasatan kes berkaitan Ismail Sabri
[TERKINI] UMNO tiada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri
UMNO pandang serius sebarang cubaan kaitkan parti itu dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melibatkan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di rumah individu tertentu.

PM Anwar pengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025.
AWANI Ringkas: Kes mati kakitangan Pejabat Perbendaharaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rusia lancar peluru berpandu di Kryvyi Rih
Rusia melancarkan serangan peluru berpandu ke sebuah hotel di bandar Kryvyi Rih, Ukraine tengah lewat malam Rabu sehingga menyebabkan dua nyawa terkorban dan mencederakan tujuh yang lain.

Eda Ezrin belum dibenar keluar penjara, perlu tunggu rayuan pendakwaan - Peguam
Pihak pendakwaan boleh memfailkan rayuan dalam tempoh sebulan, dan keenam-enam tertuduh masih perlu berada di dalam penjara sementara menunggu keputusan rayuan.

NRES cadang serah kuasa kepada PDRM perkasa usaha tangani jenayah alam sekitar - Nik Nazmi
NRES sedang mempertimbangkan untuk menyerahkan kuasa di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada PDRM bagi memperkasa usaha menangani jenayah alam sekitar.
Kerajaan pastikan `kek' ekonomi dikongsi secara adil
Antara inisiatif yang dilaksanakan bagi memastikan agihan 'kek' ekonomi negara dapat dinikmati secara adil oleh seluruh masyarakat termasuklah menggalakkan pelaburan dalam industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi.
Kerajaan bincang RUU Pembiayaan Politik dengan parti
Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan setiausaha agung parti-parti politik dalam masa terdekat bagi membincangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pembiayaan Politik serta menangani isu dasar utama, menurut Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Azalina menjelaskan bahawa beliau akan mempengerusikan mesyuarat ini bagi mengumpulkan pandangan serta pendirian semua parti berhubung cadangan perundangan tersebut, selain membincangkan isu-isu asas yang berkaitan.
Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Azalina menjelaskan bahawa beliau akan mempengerusikan mesyuarat ini bagi mengumpulkan pandangan serta pendirian semua parti berhubung cadangan perundangan tersebut, selain membincangkan isu-isu asas yang berkaitan.

25 premis makanan kotor di Negeri Sembilan diarah tutup
Sebanyak 250 notis kompaun bernilai RM67,250 turut dikeluarkan dalam pemeriksaan ke atas 3,762 daripada 9,346 premis makanan.