PUTRAJAYA: Sidang Parlimen kali ini mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila 25 Rang Undang-Undang diluluskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata 25 Rang Undang-undang yang diluluskan itu berkait rapat dengan kestabilan negara, ekonomi dan kebajikan rakyat, serta melibatkan beberapa aspek antaranya kewangan, pertanian, industri makanan, jenayah dan kehakiman.
"Semua Rang Undang-undang yang diluluskan akan menjalani proses yang sewajarnya sebelum ia dapat dikuatkuasakan melalui undang-undang dan penguatkuasaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 12 hari bermula 18 Julai hingga 4 Ogos manakala persidangan Dewan Negara selama enam hari dari 8 Ogos hingga 16 Ogos.
Katanya antara undang-undang yang dianggap mempunyai kepentingan kepada rakyat dan negara adalah Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan Larangan Ahli Bertukar Parti, yang turut diluluskan dengan majoriti lebih dua pertiga di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Turut diluluskan Rang Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2022, Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022, Rang Undang-undang Antigangguan Seksual 2021 dan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 yang melibatkan bidang kuasa pelbagai kementerian.
Wan Junaidi berkata sembilan usul dibahaskan ke Dewan Rakyat dan hanya satu usul sahaja yang telah dibahas di Dewan Negara iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Dewan Negara pada 27 Julai lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 17 2022

WAN JUNAIDI: Semua Rang Undang-undang yang diluluskan akan menjalani proses yang sewajarnya sebelum ia dapat dikuatkuasakan melalui undang-undang dan penguatkuasaan. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

RUU Pekerja Gig 2025 bakal dibentang Mac ini
Malaysia bakal menjadi antara negara terawal di dunia yang memperkenalkan undang-undang khusus bagi melindungi pekerja gig sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja GIG 2025 diluluskan.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dibentangkan Julai ini - Nga
KPKT dijangka membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar pada sesi Parlimen Julai ini.

SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan pemberi maklumat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan aktif dalam usaha meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang kini di peringkat sesi libat urus.

Singapura lulus rang undang-undang perkukuh keharmonian kaum
Rang Undang-Undang RH dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan dibacakan bersama RUU Pindaan Perlembagaan Republik Singapura.

Pengesahan identiti pengguna media sosial wajar dilaksanakan - Penganalisis
Langkah keselamatan melalui pengesahan identiti pengguna yang membuka akaun media sosial merupakan langkah yang wajar untuk dilaksanakan.

Singapura perkenal rang undang-undang kekalkan keharmonian kaum
Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) baharu di Parlimen pada Selasa.

Dewan Rakyat selesai mesyuarat ketiga, lulus 26 RUU termasuk Belanjawan 2025
Selepas 35 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 menutup tirainya semalam, dengan 26 rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 dilulusk

Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.

RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.