PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 25 Sept untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia untuk mengembalikan semula perintah mengharamkan buku "Gay is Okay! A Christian Perspective".
Peguam Michael Cheah Ern Tien yang mewakili penerbit Chong Ton Sin dan pengarang Ngeo Boon Lin mengesahkan kepada Bernama bahawa keputusan mahkamah itu akan disampaikan pada tarikh itu dalam mahkamah terbuka.
Pengurusan kes mengenai rayuan itu didengar hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mariam Hasanah Othman yang menetapkan tarikh keputusan tersebut.
Pada 18 Mei panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Azizah Nawawi, Datuk M.Gunalan dan Datuk Wong Kian Kheong menangguhkan keputusan rayuan itu selepas mendengar hujahan daripada pihak dalam rayuan berkenaan.
Menteri Dalam Negeri dan kerajaan memfailkan rayuan memohon untuk mengembalikan larangan itu yang telah ditarik balik oleh Mahkamah Tinggi pada 22 Feb 2022.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin membenarkan permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan oleh Chong dan Ngeo untuk membatalkan perintah larangan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri.
Pada 17 Feb 2021, Chong dan Ngeo memfailkan semakan kehakiman yang mendakwa perintah pengharaman itu adalah tidak rasional serta tidak seimbang kerana tidak berlaku insiden tidak diingini yang dicetuskan oleh buku tersebut sejak ia diterbitkan lebih tujuh tahun lepas.
Pada 18 Dis 2020, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan satu perintah larangan terhadap buku itu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, yang berkuat kuasa pada 27 Nov tahun sama.
Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly@Alwi yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia dalam hujahnya pada 18 Mei lepas memberitahu mahkamah bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri mengharamkan buku itu adalah sah, rasional dan mengikut undang-undang kerana beliau telah mempertimbangkan kandungan buku itu berkemungkinan menjejaskan ketenteraman awam, moral dan kepentingan awam.
Mahkamah turut mendengar hujahan pada hari yang sama daripada peguam Edmund Bon Tai Soon yang juga mewakili Chong dan Ngeo. Beliau berhujah bahawa hakim Mahkamah Tinggi adalah betul dalam alasannya bahawa Menteri Dalam Negeri gagal untuk mewajarkan pengharaman buku itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 25 2023
![25 Sept ditetapkan keputusan rayuan kerajaan untuk kembalikan larangan buku 25 Sept ditetapkan keputusan rayuan kerajaan untuk kembalikan larangan buku](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644935507_TBMAHKAMAHPUTRAJAYA.jpg)
Pengurusan kes mengenai rayuan itu didengar hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mariam Hasanah Othman yang menetapkan tarikh keputusan tersebut. - Gambar fail/Bernama
![PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735803655_PERKESOperkesolog.jpg)
PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
![KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719417313_pistol.jpg)
KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api
Keselamatan awam dan ketenteraman negara kekal menjadi keutamaan KDN dengan PDRM berada dalam keadaan kesiapsiagaan terbaik.
![KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi 'masturbasi' KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi 'masturbasi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738990557_KDN.jpg)
KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi 'masturbasi'
Kerajaan mengenakan Perintah Larangan ke atas tiga judul penerbitan buku, berikutan dikhuatiri memudaratkan kemoralan masyarakat Malaysia.
![Enam penerbitan dikenakan tindakan Perintah Larangan di bawah Akta 301 Enam penerbitan dikenakan tindakan Perintah Larangan di bawah Akta 301](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694084663_KDN.jpg)
Enam penerbitan dikenakan tindakan Perintah Larangan di bawah Akta 301
Enam tajuk penerbitan tersebut termasuk 'A Million Kisses In Your Lifetime' oleh Monica Murphy dan 'What If It's Us' oleh Becky Albertalli dan Adam Silvera.
![KDN jangka kumpul 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir untuk dilupuskan KDN jangka kumpul 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir untuk dilupuskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734865363_TBALQURANBANJIR.jpg)
KDN jangka kumpul 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir untuk dilupuskan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjangkakan mengumpul kira-kira 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir di Kelantan, Terengganu, dan Kedah untuk dilupuskan mengikut syarak.
![KDN laksana pelan integrasi komprehensif bagi dua bekas tahanan Guantanamo KDN laksana pelan integrasi komprehensif bagi dua bekas tahanan Guantanamo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731912323_SaifuddinNasutionI.jpg)
KDN laksana pelan integrasi komprehensif bagi dua bekas tahanan Guantanamo
Pelan berkenaan dirancang untuk memastikan pemulihan menyeluruh serta membolehkan kedua-dua individu berkenaan berintegrasi semula ke dalam masyarakat.
![Rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo selamat tiba di tanah air - KPN Rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo selamat tiba di tanah air - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731823979_IGPRazarudinGISB.jpg)
Rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo selamat tiba di tanah air - KPN
Dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba sejak 18 tahun lepas, selamat tiba di tanah air hari ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
![KDN bekerjama dengan pelbagai agensi pulihkan fahaman pengikut GISB - Saifuddin Nasution KDN bekerjama dengan pelbagai agensi pulihkan fahaman pengikut GISB - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733486819_SaifuddinNasutionI.jpg)
KDN bekerjama dengan pelbagai agensi pulihkan fahaman pengikut GISB - Saifuddin Nasution
KDN bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menyelaras usaha memulihkan fahaman pengikut GISB, agar mereka tidak kembali kepada fahaman yang telah difatwakan sebagai sesat.
![Siasatan terhadap Yusoff Rawther profesional ikut lunas perundangan - KDN Siasatan terhadap Yusoff Rawther profesional ikut lunas perundangan - KDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733460344_tbmengedardadah.jpg)
Siasatan terhadap Yusoff Rawther profesional ikut lunas perundangan - KDN
KDN mengesahkan siasatan terhadap Muhammed Yusoff Rawther dijalankan secara profesional oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut lunas perundangan.
![AKPS dijangka ambil alih operasi di pintu masuk negara Januari 2026 AKPS dijangka ambil alih operasi di pintu masuk negara Januari 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733383971_TBSHAMSULPARLIMEN.jpg)
AKPS dijangka ambil alih operasi di pintu masuk negara Januari 2026
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dijangka akan mengambil alih keseluruhan operasi di 114 pintu masuk negara pada Januari 2026, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
![KDN gerak anggota PDRM dan aset untuk operasi bantuan banjir KDN gerak anggota PDRM dan aset untuk operasi bantuan banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733101700_bantuanbanjirkdn.jpg)
KDN gerak anggota PDRM dan aset untuk operasi bantuan banjir
Antara aset yang digunakan termasuk 152 kenderaan pacuan empat roda, 68 bot, 51 lori, 15 kereta peronda, 13 van, dan satu helikopter.