KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan 'kuasa' yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
Beliau berkata bakat pemimpin muda perlu digilap dan bersedia untuk meneruskan perjuangan PKR kerana ramai individu yang mengasaskan parti itu termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta rakan-rakannya semakin berusia dan ada antara mereka sudah uzur.
Anwar berkata generasi muda tidak harus melupakan dasar perjuangan parti selama 25 tahun sejak penubuhan PKR.
"Mereka ini berjuang tanpa habuan, tanpa kedudukan tapi semata-mata demi pengorbanan. Saya harap generasi baharu tidak akan melupakan jasa mereka.
"Sepertimana saya selalu sebut, kuasa itu mampu memukau, kuasa itu suatu yang gemerlapan. Maka ingat tentang asas perjuangan, jangan guna kuasa untuk menimbun harta, jangan guna kuasa untuk hilangkan idealisme bahawa kita pegang amanah untuk melakukan perubahan," katanya ketika berucap pada majlis Sambutan 25 Tahun PKR di Depot Sentul di sini malam ini.
Turut hadir Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Rafizi Ramli, Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Penerangan Fahmi Fadzil, Ketua Wanita Fadhlina Sidek dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli Abdul Halim.
Anwar juga berkata meskipun PKR 'diserang' dengan pelbagai tohmahan oleh pihak pembangkang namun sebagai parti dalam Kerajaan Perpaduan, ia tetap memperjuang dasar dan hak rakyat.
"Kita lihat umpamanya kempen PRK KKB (Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu), isu ini terus dimainkan. Mana boleh di Malaysia majoriti Islam, perwakilan di Parlimen Islam tapi nak nafikan hak (kaum) Cina, India, Dayak atau Iban, Kadazan untuk tetap diwakili.
"Saya nak beritahu Keadilan (PKR) akan tetap pertahan Perlembagaan serta negara ini supaya aman dan setiap suku kaum mesti dapat perwakilan (hak) yang adil," katanya.
Beliau berkata Kerajaan Perpaduan akan terus mendukung hak Melayu dan Bumiputera secara adil dan tidak akan berganjak dengan serangan berbentuk sentimen perkauman yang sempit.
Menyentuh soal dasar luar, Anwar berkata Kerajaan Malaysia akan mempertahan dasar negara bebas dan merdeka dalam menjalin hubungan dengan negara asing.
"Kita tetap pertahankan dasar bebas dan merdeka... hubungan kita dengan barat, dengan Amerika Syarikat dan Eropah, kita harus perkukuhkan... dan hubungan (kita) termasuk dengan China, Jepun dan Korea Selatan harus terus dipertingkat serta jiran-jiran yang penting dalam ASEAN," katanya.
Beliau berkata ini termasuk konflik di Gaza, Palestin yang menyaksikan kerajaan Malaysia komited dan tegas memperjuangkan isu itu di mata dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 11 2024

Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Sambutan 25 Tahun Keadilan di Sentul Depot malam ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

25 Tahun PKR: Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan 'kuasa' yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.