KANGAR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil keputusan untuk tidak membenarkan kumpulan guru yang enggan atau masih belum menerima vaksin COVID-19 terlibat dalam sesi pengajaran di dalam kelas serta berinteraksi secara bersemuka dengan pelajar.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin menegaskan, tindakan itu dibuat bagi memastikan sesi persekolahan yang akan dibuka kelak selamat untuk kumpulan pelajar, guru dan pihak pengurusan sekolah.
Menurut beliau, setakat ini pihak KPM telah mengenal pasti 2,500 orang guru yang enggan menerima vaksin di seluruh Malaysia atas faktor kesihatan serta sebab-sebab lain seperti tidak yakin dan sebagainya.
Susulan itu, beliau berkata, kementerian akan melaksanakan sesi libat urus bersama tenaga pengajar terbabit selain perbincangan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam masa terdekat dalam menentukan tindakan yang sewajarnya diambil ke atas mereka.
Tambah Radzi, penelitian lanjut berhubung kaedah dan tugasan yang akan dilakukan guru-guru berkenaan ketika sesi persekolahan berlangsung juga sedang direncanakan oleh KPM ketika ini.
"(Setakat ini) ada sekitar 2,500 orang guru yang pada waktu ini enggan divaksinkan… kita akan terus adakan sesi libat urus bersama guru ini dan apabila sekolah dibuka kelak.
“Guru-guru yang tidak divaksin ini tidak boleh mengajar secara bersemuka di dalam kelas dan berinteraksi dengan pelajar.
"KPM (juga) akan keluarkan panduan dan pada masa sama kita sedang berbincangan dengan pihak JPA tentang apakah tindakan yang boleh diambil kepada guru yang masih belum divaksinkan ini," kata beliau.
Radzi berkata demikian dalam sidang media selepas sesi libat urus bersama pihak pengurusan sekolah, guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah negeri Perlis di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa sebanyak 96.7 peratus guru di seluruh Malaysia telah menerima vaksin dos pertama manakala 85.26 peratus, telah menerima suntikan dos kedua.
Bagi kalangan pekerja perkhidmatan sokongan melibatkan pengusaha kantin, pekerja pembersihan dan keselamatan pula, kata beliau, sebanyak 89.35 peratus dalam kalangan mereka telah menerima suntikan vaksin dos pertama, manakala 73.1 peratus menerima dos kedua.
Jelasnya, jumlah peratusan berkenaan akan meningkat menjelang tarikh pembukaan sekolah pada awal bulan depan.
Abd Hadi Che Awang
Fri Sep 03 2021
Menurut Radzi, penelitian lanjut berhubung kaedah dan tugasan yang akan dilakukan guru-guru berkenaan ketika sesi persekolahan berlangsung juga sedang direncanakan oleh KPM ketika ini. - Gambar Astro AWANI
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Iklan raya 'Papa Pipi Pindah' raih 13 juta tontonan dalam 24 jam
Iklan raya terbaharu daripada studio animasi tempatan MONSTA bertajuk 'Papa Pipi Pindah' berjaya meraih 13 juta tontonan dalam masa 24 jam selepas dimuat naik di laman media sosial.
Bapa minta wang, selesai kes guru cabul anak
Yahaya
Guru sekolah menengah, keluarga rugi RM95,000 terperdaya pakej umrah
Che Roni adalah antara 123 mangsa yang membuat laporan polis berhubung penipuan pakej umrah berkenaan dengan jumlah kerugian RM1.3 juta.
Guru sekolah rugi RM236,300, diperdaya sindiket penghantaran, 'phone scam'
Mohd Yusri berkata, mangsa berusia 52 tahun itu hanya sedar dirinya menjadi mangsa penipuan semalam, setelah diperdaya sejak Ogos lalu.
Guru sekolah menang Tilawah Al-Quran Negeri Sabah
Ia kemenangan kedua untuknya, selepas memenangi kategori yang sama pada tahun lalu sejak menyertai pertandingan itu pada 2015.
KPM zahir dukacita pemergian dua guru terlibat kemalangan di LPT2
KPM menzahirkan dukacita atas pemergian dua guru Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang dalam kemalangan di LPT2, petang semalam.
Rezeki Lebaran, guru jana pendapatan sampingan
Walaupun turut menghidap kanser tahap dua, bagi Nor Liyana Abdullah, ia bukan halangan untuk meneruskan minatnya.
Guru enggan divaksin di Perlis hanya mengajar PdPR
Kementerian Pelajaran masih memberi ruang dan peluang kepada guru-guru ini untuk mengubah fikiran sebelum sebarang tindakan diambil.
'Sudah bincang, respons agak positif' - Mohd Amar harap guru YIK sedia ambil vaksin
Hasil pertemuan itu mendapat respons baik serta mengharapkan guru terbabit bersedia menerima suntikan vaksin.
2,500 guru enggan divaksin tidak dibenar mengajar secara bersemuka - Radzi
Tindakan itu bagi memastikan sesi persekolahan yang akan dibuka kelak selamat untuk kumpulan pelajar, guru dan pihak pengurusan sekolah.