KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia menahan 28 individu termasuk seorang lelaki berumur lingkungan 40-an disyaki dalang utama sindiket membekal dan membawa masuk tukang urut warga Thailand dalam operasi tiga hari bermula 21 hingga 23 Julai lepas di sekitar Johor Bahru, Johor.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata lelaki berkenaan ditahan di dalam sebuah kereta Proton Saga yang dipandunya bersama empat wanita warga Thailand yang berada di dalam kenderaan itu.
"Kesemua wanita ini tidak memiliki pas yang sah semasa diperiksa dan mereka dipercayai dalam perjalanan untuk dihantar pulang ke Thailand melalui jalan yang tidak sah. Kesemua mereka yang diperiksa ditahan bersama dalang sindiket," katanya dalam kenyataan hari ini.
Khairul Dzaimee berkata lanjutan daripada tangkapan itu, pasukan serbuan telah menyerbu rumah dalang terbabit dan merampas beberapa dokumen berkaitan aktiviti sindiket membekalkan tukang urut asing itu ke pusat refleksologi dan spa di Johor Bahru dan kawasan selatan tanah air.
Beliau berkata rentetan daripada operasi itu juga anggota imigresen membuat dua lagi serbuan di premis pusat urut dan spa di Taman Austin dan Taman Abad di Johor Bahru yang disyaki ada kaitan dengan sindiket terbabit.
"Hasil serbuan di kedua-dua premis itu, imigresen menahan 18 wanita dan tiga lelaki warga Thailand yang bekerja sebagai tukang urut serta dua lelaki tempatan merupakan penjaga premis. Kesemua 28 individu yang ditahan dalam siri operasi ini berumur antara 20 hingga 52 tahun," katanya.
Beliau berkata modus operandi sindiket berkenaan ialah membawa masuk tukang urut warga Thailand itu menggunakan Pas Lawatan Sosial dan berdasarkan risikan, sindiket itu turut menjalankan aktiviti tidak bermoral selain khidmat urut.
Khairul Dzaimee berkata sindiket terbabit mengenakan bayaran antara RM1,300 hingga RM1,500 bagi setiap tukang urut yang diuruskan dan dipercayai mampu mengaut keuntungan sehingga RM30,000 sebulan manakala majikan pusat urut pula mampu meraih pendapatan sehingga RM50,000 sebulan.
Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta kesemua tahanan dibawa ke Pejabat Imigresen Setia Tropika, Johor Bahru untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 27 2022

Modus operandi sindiket berkenaan ialah membawa masuk tukang urut warga Thailand itu menggunakan Pas Lawatan Sosial. - Gambar/ Jabatan Imigresen Malaysia

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Warga China salah guna pas lawatan sosial, kerja di kilang
Masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial bagi tujuan melancong, sebaliknya bekerja di sebuah kilang di Seksyen U8, di sini.

Kahwini warga tempatan, jadi dalang sindiket pekerja asing
Dua warga asing yang mengahwini rakyat tempatan dan menjadi dalang sindiket pekerja asing terbongkar selepas dicekup di Jalan Duta, di sini, pada Rabu.

Tunku Mahkota Ismail bincang isu libat pintu masuk darat Malaysia-Singapura
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan membincangkan pelbagai isu melibatkan dua pintu masuk laluan darat antara Malaysia dan Singapura di sini hari ini.

Patah kaki terjun bukit, pura-pura pengsan elak dicekup
Usaha mengangkat lelaki berusia lingkungan 50-an itu berdepan kesukaran berikutan laluan yang licin dan gelap.

28 individu termasuk dalang bawa masuk tukang urut warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia menahan 28 individu termasuk seorang lelaki berumur lingkungan 40-an disyaki dalang utama sindiket membekal dan membawa masuk tukang urut warga Thailand.