MELAKA: Sebanyak 28 kes buli membabitkan 51 pelajar sekolah dilaporkan di Melaka dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini, kata Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 16 kes adalah berdasarkan laporan polis melibatkan sembilan kes di Melaka Tengah, enam kes di Alor Gajah dan satu kes di Jasin.
"Saya dan kerajaan negeri memandang serius kes buli ini dan saya sendiri turun ke sekolah bersama pasukan petugas khas pada waktu malam untuk memberi penerangan dan penjelasan berkaitan isu buli ini," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Dr Mohd Aleef Yusof (PN-Sungai Udang) yang ingin tahu mengenai kes buli membabitkan pelajar sekolah di Melaka dan bentuk hukuman yang dikenakan.
Mengulas mengenai hukuman yang dikenakan kepada pembuli, Rahmad berkata ada yang dirotan, digantung sekolah atau dibuang sekolah, selain ada yang hanya diberikan amaran.
Beliau berkata semua hukuman berkenaan adalah berdasarkan hasil siasatan lembaga disiplin sekolah dan diputuskan oleh pengetua dan guru besar berdasarkan punca kuasa dikeluarkan Kementerian Pendidikan iaitu Surat Pekeliling Iktisas Bil.8 Tahun 2010 dan Garis Panduan Mencegah dan Menangani Perbuatan Buli Dalam Kalangan Murid Sekolah.
"Setiap laporan polis yang dibuka melibatkan pergaduhan atau buli di sekolah dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga tempoh sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
"Namun begitu, semasa dalam proses siasatan polis terdapat perbincangan yang dijalankan antara kedua-dua pihak yang diselesaikan secara mediasi dengan hanya dikenakan hukuman disiplin seperti buang sekolah," katanya.
Beliau berkata dalam usaha menangani kes buli di negeri ini, semua sekolah perlu melaksanakan program intervensi, pencegahan dan penguatkuasaan menerusi aktiviti seperti program kesedaran, kempen antibuli, pemantapan perkhidmatan, bimbingan dan kaunseling untuk murid sekolah, selain mewujudkan peti aduan sebagai saluran bagi murid melaporkan kes buli.
Katanya Portal Aduan Buli juga diwujudkan untuk ibu bapa melaporkan kes buli, selain kerajaan negeri menubuhkan pasukan petugas khas intervensi buli yang diuruskan Jabatan Pendidikan Melaka dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia.
Dalam pada itu, Rahmad berkata sebanyak 652 program advokasi mencegah buli dilaksanakan tahun lepas di sekolah-sekolah dan setakat enam bulan pertama tahun ini, 412 program advokasi telah dijalankan.
Katanya lagi sebanyak 238 pegawai rendah polis dilantik sebagai pegawai perhubungan sekolah di peringkat sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan dan sekolah rendah agama, manakala bagi peringkat sekolah menengah kebangsaan, sekolah teknik, kolej vokasional, kolej tingkatan enam, sekolah berasrama penuh, sekolah menengah kebangsaan agama dan sekolah menengah agama bantuan kerajaan, sebanyak 79 pegawai kanan polis memainkan peranan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023

Rahmad berkata 16 kes adalah berdasarkan laporan polis melibatkan sembilan kes di Melaka Tengah, enam kes di Alor Gajah dan satu kes di Jasin. - Gambar fail

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Pengetua, pihak sekolah diingatkan tidak sembunyi sebarang kejadian buli - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan pengurusan sekolah khususnya pengetua, guru besar dan guru pentadbir, agar tidak menyembunyikan kejadian buli dalam kalangan pelajar.

Isu buli: 'Roll call' lebih kerap, tambah CCTV di ALK UPNM - Khaled Nordin
Langkah keselamatan bagi kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan ditingkatkan.

TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"

Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
Tertuduh yang berusia 22 tahun didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Haziq Ahmad Rashidi dengan memijak perut mangsa.

Suspek kes buli, pijak penuntut UPNM tiba di mahkamah
Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Kertas siasatan pelajar UPNM retak tulang dipijak senior dirujuk ke TPR
Kertas siasatan berkaitan kes buli seorang penuntut UPNM yang parah akibat dipijak penuntut senior akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Hukuman lima kadet ALK-UPNM terbabit kes buli dua minggu lagi
Keputusan hukuman terhadap lima kadet ALK Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terbabit dalam dua kes buli berasingan diketahui dalam tempoh dua minggu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 November 2024.

Polis belum terima laporan perubatan mangsa buli UPNM
Polis belum menerima laporan perubatan melibatkan kes seorang kadet UPNM yang cedera parah di rusuk dan belakang akibat dipijak pelajar senior.

Tiada keperluan rombak pentadbiran ALK susulan kes buli di UPNM
Mohamed Khaled berkata pihaknya akan menyiasat apa yang berlaku di ALK sebelum ke fasa tindakan seterusnya.