PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Okt untuk mendengar rayuan Lim Guan Eng mengenai kuantum ganti rugi yang perlu dibayar oleh Utusan Melayu (M) Bhd kepada bekas Menteri Kewangan itu dalam saman fitnahnya.
Tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes itu hari ini melalui e-Review.
Terdahulu hari ini, kes itu disebut di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Hakim Datuk Lee Swee Seng, Datuk Indera Mohd Sofian Abd Razak dan Datuk Seri Mariana Yahya.
Dalam prosiding yang dijalankan secara dalam talian, peguam Felix Lim memberitahu panel hakim bahawa anak guamnya (Guan Eng) mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 15 Ogos tahun ini untuk meneruskan rayuan terhadap Utusan Melayu yang diletakkan di bawah pembubaran sukarela pemiutang.
"Justeru kami memohon arahan selanjutnya daripada mahkamah berhubung rayuan ini," katanya.
Hakim Lee juga membenarkan permohonan Guan Eng untuk meminda notis rayuannya selepas peguam Emily Wong dan Siti Nur Amirah Aqilah Adzman yang mewakili Utusan Melayu dan bekas Pengarang Rencana dan Analisis syarikat akhbar itu Zulkifli Jalil, masing-masing tidak membantah permohonan itu.
Hakim Lee kemudiannya menghantar kes itu untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh pendengaran rayuan tersebut.
Pada 27 Sept 2018, Utusan Melayu dan Zulkifli bersetuju untuk menyelesaikan saman fitnah itu dengan Guan Eng dan syarikat akhbar tersebut menerusi Zulkifli telah membuat permohonan maaf kepadanya di mahkamah terbuka.
Permohonan maaf itu adalah sebahagian daripada penghakiman persetujuan dalam saman fitnah Lim terhadap Utusan Melayu dan Zulkifli. Sebagai sebahagian daripada penyelesaian, Utusan Melayu juga dikehendaki menerbitkan permohonan maaf di akhbarnya.
Pada 24 Nov 2018, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan RM30,000 sebagai kuantum ganti rugi yang perlu dibayar oleh Utusan Melayu dalam saman fitnah berhubung penerbitan artikel fitnah dakwaan berkaitan isu tanah wakaf.
Guan Eng memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu dan Zulkifli berhubung artikel bertajuk 'Pengundi Atas Pagar Jadi Penentu?' yang diterbitkan pada 10 April 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 15 2021

Guan Eng memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu dan Zulkifli berhubung artikel bertajuk 'Pengundi Atas Pagar Jadi Penentu?' yang diterbitkan pada 10 April 2015. - Gambar fail
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

'Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Lim Guan Eng untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan parti komponen Kerajaan Perpaduan.

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.

Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.

Mahkamah tolak rayuan Guan Eng terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ketepi samannya
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng gagal dalam rayuannya berhubung saman fitnahnya terhadap naib presiden MCA Datuk Tan Teik Cheng dan akhbar The Star.

Kes terowong dasar laut: Saksi utama demam, bicara kes Lim Guan Eng tangguh
Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng ditangguhkan berikutan saksi utama pendakwaan cuti sakit kerana demam.

Kes terowong: Hakim tegur peguam Lim Guan Eng tanya soalan sama berulang kali
Hakim yang mendengar perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng menegur pihak pembelaan agar tidak mengemukakan soalan sama berulang kali.

Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.